Pertama sekali, terima kasih kepada Ryann (bila agaknya dapat berjumpa eh?) untuk jemputan menonton teater Mahsuri ini. Jemputan daripada orang STEFANI sendiri adalah sesuatu yang tidak harus ditolak. Terima kasih juga kepada Ajami . Mahsuri bukanlah teater pertama yang aku tengok, dan apabila ia di pentaskan di Panggung Sari, ia semestinya sesuatu yang "gah"- pada akulah.
Untuk sinopsis, aku rasa korang boleh baca mana-mana kat internet. Ada a bit facts yang diubah, menurut Fauziah Nawi, untuk menyesuaikan dengan “kelogikan” jalan cerita. Boleh rujuk sini .
From my point of view (I try to make it short, rushing for a meeting lah):
1) Mahsuri orang Langkawi. Weird is, orang Langkawi takde yang bercakap loghat utara? None of them. Atau mungkin masa zaman Mahsuri loghat utara belum wujud, wallahualam
2) Lokanan Mahura yang kurang berkesan lah. Erk (macam pandai sangat kan aku ni). Bukan tak bagus Sabera Shaik tu, tapi macam payah naa aku tengok dia nak berdialog.
3) Banyaknya tari menari yang kadang fikir macam tak perlu. Personally, aku rasa kalau dipendekkan lagi masa untuk teater ni, lagi bagus kot.
4) Bak kata Dr. Zubin , (anyway, nice meeting you Dr) ni teater pasal Mahsuri atau Mahura?
5) Ending yang buatkan aku tertanya-tanya, “eh, dah habis?”
Untuk sinopsis, aku rasa korang boleh baca mana-mana kat internet. Ada a bit facts yang diubah, menurut Fauziah Nawi, untuk menyesuaikan dengan “kelogikan” jalan cerita. Boleh rujuk sini .
From my point of view (I try to make it short, rushing for a meeting lah):
1) Mahsuri orang Langkawi. Weird is, orang Langkawi takde yang bercakap loghat utara? None of them. Atau mungkin masa zaman Mahsuri loghat utara belum wujud, wallahualam
2) Lokanan Mahura yang kurang berkesan lah. Erk (macam pandai sangat kan aku ni). Bukan tak bagus Sabera Shaik tu, tapi macam payah naa aku tengok dia nak berdialog.
3) Banyaknya tari menari yang kadang fikir macam tak perlu. Personally, aku rasa kalau dipendekkan lagi masa untuk teater ni, lagi bagus kot.
4) Bak kata Dr. Zubin , (anyway, nice meeting you Dr) ni teater pasal Mahsuri atau Mahura?
5) Ending yang buatkan aku tertanya-tanya, “eh, dah habis?”
Yang bagus pasal teater ni.
1) Azizah Mahzan. Lupakan seketika watak annoyed beliau dalam Spa Q, kerana dalam Mahsuri ni, beliau sangat cemerlang. Aku ternanti-nanti setiap kemunculan beliau. Membayangkan beliau memegang watak Mahura, tentunya aku pulang ke rumah dengan sesuatu yang notable malam tadi.
2) Prop yang cantik dan canggih. (but no baju kurung kedah?)
3) Vanidah herself cemerlang. Babak terakhir ketika dia dihukum bunuh tu, betul terasa sedihnya. Tapi dek kerana lagu nyanyian yang mengiringi kematian beliau meleret-leret, kesedihan itu terbantut sikit. Erk. Love youlah Vanidah
4) Alunan muzik nobat. Saya suka!!
Kepada korang semua, jangan ketinggalan menyaksikan teater ini di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 24 hingga 30 April 2009. Antara barisan pelakon : VANIDAH IMRAN (Mahsuri) ARJA LEEAZMAN, AZIZAH MAHZAN CICO dan ramai lagi.
So, if you guys are a big fans of Fauziah Nawi, go support her, tak rugi ;)
Ok, am off for a meeting. Chioww..
theblabber : Matilah, banyak komplen aku nih. Erk
15 comments:
Rugi tak ikut u :(
takperlah...kita komplen apa yg kita nampak dari kaca mata kita jer....mungkin nanti diaorang boleh perbaiki...kannnnnnnn
a blogger smsed me last nite, "sifu dan tongga lagi best. hehe"
so, i laughed my head off. i wasnt there. met a genius last nite :)
Shaira Amira..
rugi you!!
Umi Mia..
haha..kak. Tapi takot je actually dek kerana preview ni, orang tak mao tengok. erk
one love..
kak, i received the SAME text, from the SAME person. hahaha.
genius?? Who?
xda loghat utara lagi eh zaman tu?
mungkin dorang masih guna bahasa
hamba ber hamba lagi koyt..
kena siasat neh
bukan komplen...positive criticism...ok la tu...:-)
really??
aku ske azizah mahzan walau die se annoying mane skalipon
Kalau tak silap, langkawi masa tu dibawah jajahan Kesultanan Melaka, sebab tu ada rumah Melaka di sana, tentunya boleh berhamba segala untuk orang Melaka kot iaitu pembesar-pembesar tu termasuk Wan Mahura, tapi Wan tu Wan mana ya, Terengganu, Perak? Kata member Wan Mahura tu sepatutnya mertua, tapi mungkin ini research dia kata begitu. Ya sebenarnya saya setuju watak tu pelik sikit diperlakukan, dia pun tak fasih malah tersasul berbahasa Melayu, dia pelakon teater Inggeris, tapi dia menonjol. Saya tak setuju kalau dipendekkan, brape minit tinggal, nanti jadi drama 30minit atau 10minit. Sebenarnya Mahsuri deserved to be a musical, banyak lagi babak yang perlu diberi perhatian, banyak babak simplified! Selalunya muzikal ada at least 2 jam, 15-20 lagu. Ramai orang tu tak mengapa kalau berfungsi, PGL pun ramai jugak, tapi less set, ini banyak sangat set and set change yang tak berfaedah. I think something is not right about casting also, atau memang tak ramai yang datang audition, atau memang selalunya Istana Budaya control siapa yang mereka mahu.
baru pulang dari IB... Vanidah sangat cantik dan superb!! :P
TsUjUn..
kau rajin, silalah siasat.
patungcendana..
oh really? tq mam :)
@tune..
aku tak suka bila dia cakap omputih. English accent dia sangat weird.
zubin..
1) Dr.Zubin, supposedly lah kan, tapi Fauziah Nawi altered sikit, sebab dia cakap "mana ada mertua yang sanggup nak bunuh menanatu". Saya ada letak link kat situ :)
2)inaugurably, watak Mahura menonjol, kerana selain dari faktor Mahura kerap keluar, Sabera sendiri tidak mengecewakan. Lakonan dia superb, cuma pengucapan dialog dia kurang berkesan lah. Apapun kudos la to Sabera for trying.
3) saya cakap dipendekken mungkin sebab banyak babak yang tidak perlu dileret-leretkan shownya. Ada yang best, dan ada yang forgettable.
4) Haha.Set satu hal.Trasmisi antara set yang tak smooth membuatkan kosentrasi sedikit terganggu.
5) Azizah Mahzan superb kan? Saya suka la watak dia :)
kasih..
Undoubetedly, she is talented too kan? Hidup Vanidah :)
one love/nurul.. tak baek blogger sms cegitu kannn! ahahaha!
bila aku tahu vanidah yang wataknya mahsuri, otak aku cuma terfikirkan sesuatu yang hebat!
komen dari orang langkawi: ehem.
rasanya..dulu2 kalau tak cakap berhamba hamba segala...mungkin ada sound2 siam, patani, bugis..alah..loghat langkawi pelik sket..huhu~
biler maw datang kerteeeh...
(tetibe je lari dari tajuk, sebab ko takde tag-board)
tak ajak aku pon tgk mahsuri... :(
mesin_
Post a Comment