Sunday, April 26, 2009

Pesan beliau

Dulu, masa zaman susah, zaman masa Abah baru nak set up business, macam-macam aku dah lalui dan buat. Ingat lagi bangun pagi-pagi pukul 5, temankan Mak pergi kedai jual nasi lemak. Masa tu sorong basikal, adik aku yang bongsu duduk belakang. Terkedek-kedek lah kami anak beranak meredah sejuk pagi cari duit.

Dulu-dulu, aku dengan adik- Miera nak pergi sekolah semua buat sendiri. Aku umor 9 tahun, adik umor 8 tahun. Daripada gosok baju, sarapan nak ke sekolah, homework, semua buat sendiri. Tak macam budak-budak sekarang, semua kerja maid kena buatkan.

Ingat lagi macam mana aku selalu ponteng kelas dulu bila hantar Mak pergi hospital for her regular check up. Entah macam mana aku boleh jadi macam “orang besar”, walhal umur masa tu baru 11 tahun. Lepas teman Mak pergi check up, aku balik rumah sorang-sorang, sebab mak kena warded. Sedih kena tipu dengan pakcik driver teksi. RM20 dari Kajang nak ke rumah. Semoga kau berbahagia pakcik dengan duit tak halal itu. Hahaha

Lepas balik sekolah, aku kena pergi ambil adik bongsu, bawak balik rumah. Suruh dia balik rehat, makan, tidur. Tough gila la masa tu (matilah puji sendiri). Tapi aku tak ingat pula aku ada merungut masa tu.

Mana boleh lupa zaman aku jadi kelindan lori, ikut Abah. Rasa rendah diri gila bila orang tend to look down tengok aku naik lori. Ah, tipikal lah manusia. Tapi rasa kelakar (bangga pun ada) bila ada yang melopong bila abah citerkan keputusan peperiksaan anak-anak dia. Dalam hati aku “hah, anak kau yang tak naik lori macam mana?”.

Aku paling tak boleh lupa bila Abah selalu pesan kat kitaorang adik beradik “jangan rapat sangat dengan orang yang lebih dari kita, nanti kita lupa diri”. Aku tak paham kenapa Abah cakap camtu. Tapi syukur, kawan-kawan masa sekolah rendah sampai sebelum masuk MRSM semuanya aku rasa biasa-biasa je. Takdelah yang terlalu well off. Bila masa masuk MRSM, baru aku faham “Oh, ini maksud Abah dulu”. Budak-budak sana ada anak pakar bedah, lawyer lah, businesman yang berjaya, Datuk lah, macam-macam. Aku segan nak berkawan rapat dengan budak-budak oldmoney- yang aku pasti mereka tak pernah hidup susah walau sesaat cuma.

Ah, banyak lagi lah pengalaman-pengalaman masa aku membesar dulu. Ada yang best, ada yang tak best.

Tapi sekarang, syukur Tuhan tu Adil. Takkan Dia nak tengok hambaNya susah sentiasa. Takde lah senang, tapi alhamdulilah kami nak beli apa boleh dapat, nak pergi mana boleh pergi. Sekarang, pesan Abah pula “jangan sesekali lupa pandang bawah”. Pesan Abah yang ni pun aku akan ingat sampai bila-bila. Aku sedar hidup ni bukan mendongak langit.

Objektif aku cerita semua ni? Hahah. Aku bengang dengan sorang awek ni. Merungut keje tak best. Itulah ini lah. Hoi..Syukurlah, kau dapat bonus, tak macam aku. Syukurlah kau ada increment, tak macam aku. Syukurlah gaji kau ontime, tak macam aku (yang aku sangat pasti bulan depan baru gaji masuk). Dan syukurlah, sekurang-kurangnya kau tak pernah rasa apa yang aku rasa dulu.

Pengalaman itu cikgu yang paling bernilai, kau tahu? Life itself a lesson to be learnt, and it’s even something that teacher can’t feed you. Faham?

theblabber : Abah Mak, anda lah sumber kekuatan daku. (walaupun selalu kecik hati dengan abah..Gagaga)

19 comments:

Marissa said...

Dulu basuh baju sekolah, iron baju sekolah, semua buat sendiri. sejak 7 tahun sampai 17 tahun.

Berapa byk baju/kain/tudung sekolah yang berlobang sbb iron too hot. Terpaksa pakai baju tampal sbb susah babe nak beli baju baru.

Ahahahaha...... kenangan babe, kenangan.

Sekarang kalau budak kecil basuh baju sendiri/ pakai baju tampal, harus masuk BERSAMAMU.

hoh.

piqah SHJ. said...

“jangan rapat sangat dengan orang yang lebih dari kita, nanti kita lupa diri”

setuju sgt sgt.

Yantz Yanttie said...

*salute*

F A R Y N said...

apa yang pasti,ketika recession ni dia masih mempunyai pekerjaan... ;)

TsUjUn said...

wah..entri yang mengingat kan kembali kisah lama..
life kita tak banyak beza,cumanya sy starting dari umo 6 thun,n xda abah nak tolong pesan begitu bagai.
haha..
org y suka merungut neh kebanyakkannya tak pernah rasa jalan kaki balik sekolah..mostly cmtuh la.

..looking back.. said...

.haip.

baca n3 kamu tringat abg Raja bagi speech(ceramah ala2 motivasi)..waaa tak tertahan memang kompem2 banjir daripada 10min selepas die bercerita sampai habes!!!.demn..its either berjantina lelaki mahupon perempuan..

tapi tak tahula klu kne kencing ngn pakar motivasi tuh..tak kesala yang pasti mesti nanges,diri Termuhasabh,sedar diri untuk beberapa minggu pastuh..hahaha~

@tune® said...

manusia xpernah puas dgn ape yg die ade..

jumapx said...

betul...
pengalaman adalah cikgu terbaik utk mengajar erti kehidupan...

patungcendana said...

yup...kau memang tabah dan aku pasti sangat cute juga...:-)

aku pun suka merengek tau...kau bukan cakap pasal aku kan...:-p

paiseh said...

dah manusia brader.. mana nak penah cukop..

naza nur saad said...

awat aku sedey baca blog anda...
isk..is...cedey..awat wat entry sedey..(apa aku merepek..ni kan blog anda..)

anda tuff la kecik2.. :D

btw, 'abah' mmg byk pesan n sangat kewl...abah aku pun begitew...

one love said...

:)

Afida Anuar said...

Miezi, klu buat cerita ke, filem ke kisah kehidupan zaman lalu kamu ni..aku rasa boleh jadi spt goreng pisang panas yang laku ni;)

sebak pulak rasa lps bc entry ni..huhuhu

nurulzallifah said...

miezi..aku betul betul salute la dgn ketabahan ko dalam menempuh dugaan hidup yg penuh panca roba nih..Syukur yg ko tak pernah mendongak langit bahkan dengan sifat low-profile ko tu lah yang paling org senangi ketika bersama ko..Keep it up kay..!!!

47 said...

cool story bro! thanks for sharing.

subbdink said...

yes. I have to agree with you. I get kind of annoyed when a friend complained her maid was not around to do the cleaning. so she has nothing to wear. gosh. sampai macam tu sekali..bukan ke senang je boh baju dalam mesin tu dan tekan satu butang on??

ok.that reminder from your dad is one great advice.

p/s:i stumble upon your blog on accidental finding :)

sHaH said...

sedeynye..

rudy bluehikari said...

entri ni penuh pengalaman. seharusnya dibaca semua org. aku suka entri ni.

* aku ingat aku sorg jer yg merasai zaman sorong basikal jual nasi lemak n kueh..kau pun jugak! salute bro!!!!

lezi-moskito said...

count your blessing not your troubles