Tuesday, June 02, 2009

Menaip ketika marah (mungkin kerana lapar)

Lumrahnya, bila kita marah kepada seseorang, sering kali (sedar atau tidak) kita akan mengharapkan sesuatu akan berlaku kepada yang dimarah. Sesuatu itu boleh jadi perkara yang buruk, petaka, mahupun pengajaran supaya mereka yang dimarah atau benci itu sedar "tinggi rendahnya langit".

Aku sedang marah. Marah yang tidak tahu punca. Atau aku sedang kecewa, mungkin?

Bila marah atau berkecik hati (lelaki juga punya hati yang terkadang diperkecilkan), aku selalu berharap yang mengecilkan hati itu akan sedar apa yang telah dia lakukan. Tapi aku silap, tak semua manusia itu lahir dengan satu warna, warna yang punya sama tona.

Bila marah, setan mencucuk. Aku yang lemah, bertambah lemah. Macam-macam aku cakap (dalam hati lah tapi). Aku doakan kau blablablablabla, semua pun yang negatif. Jarang aku nak terfikir nak katakan sesuatu yang positif. Bodohkan? I just being me, a weak being. Infact everybody does!

Nikmatilah setiap detik gemilang kau, bai. Sementara khidmat diperlukan. Tapi aku yakin, dengan hidup mendongak langit, takkan lama kau nak berklimaks dengan apa yang kau jimakkan sekarang ni.

Bila waktu kau tersungkur nanti, bilamana apa yang kau bangga telah ditarikNya, bilamana tiada lagi yang berminat menunggu kehadiran kau, bila mana kedut di muka dianggap hina oleh mereka yang "meminta", saat itu aku berharap kau sedar langit tak selalu cerah. Dan ketika itu, ketahuilah aku tak pernah penat menganggap kau sebagai seorang kawan.

Reality check bai- Kalau kau rasa kau bagus, ada yang lebih bagus. Cuma mungkin nasib lebih menyebelahi kau. Period.

theblabber : Aku sebenarnya takut satu perkara; KEHILANGAN. Tapi kau tak pernah appreciate apa yang aku takutkan. Fuck!

12 comments:

naza nur saad said...

Aku pun selalu mintak yang bukan2 bila marah... adoi.


p/s: September kan penyabar...katanya..huhu

addyaholix said...

"Dan ketika itu, ketahuilah aku tak pernah penat menganggap kau sebagai seorang kawan."

aku yakin kau kawan yang baik bro!

takut pada kehilangan itu normal. lumrah. mati juga satu kehilangan. yang itu pasti. itu paling penghujung. titik noktah hidup pastinya mati.

have a great day miezi!

patungcendana said...

haru biru kau ni...

kata aku...orang baling batu, kita baling bunga....

tapi tak semudah itu kan...

aku suka analogy 18sx kau tu...hehehe... :-)

orangorang said...

marah...mmg mcm2 yg akan keluar.
1 je yg kne ingat..

"MARAH ITU ADALAH SAHABAT SYAITAN"

miezi said...

naza..
biasa ar tu. September panas baran lah. Erk

addy..
mati itu pasti, tiada apa yang perlu ditakotkan. cuma bila dan bagaimana, itu yang perlu kita khuatirkan.

patungcendana..
aku juga suka "kata" kau tu. Hehe. well, yeah talk is cheap.

orangorang..
sedar tak sedar, hari-hari kita bersahabat dengan syaitan kan? nauzubillah.

zamspotte said...

Haha... Gi lah makan (aku lapa gila ni...)

naza nur saad said...

September panas baran?? tidaklah..aku jarang je marah budak..

tapi skali marah salunye dowang bagi ayat "miss..tamau la marah2..takot."

nadeah said...

kawan mmg camtuh..
kadang2 kter jer harus mengalah demi menjaga sekeping hati yang bernama kawan..

dah muak dgn smer nieh..

CAHAYA said...

When something fall into their direction, doesn't mean that they're good or worth it. They are just lucky. And who knows until when it will last.

kin said...

Fush!
Lapo bebeno si Mie nih.
Kalau dah masuk angin perut tu sure ....mau meletops blog ni....hahaha ;)

kamal fnd hashim said...

hangin satu badan? ahh, itu bukan penyakit. Itu resmi alam.

Suara meniup di hati di klimaks marahmu? ahh, itu bukan saka. Itu Qarinmu.

Aku juga begitu.

Hanya sahaja kita manusia.

miezi said...

tuan kamal?? wow.sekarang saya perlu menulis sesuatu yang bukan merepek. Heh.