Monday, July 06, 2009

Bukan kerana weekend hangover.

Terjaga pukul 2 pagi tadi, aku belek henset tengok ada SMS daripada adik. Gedik, getus hatiku. Bilik tidur sebelah menyebelah pun nak bersistem-pesanan-ringkas?

Mak ngah da meninggal. Ringkas mesej adik.

Dengan takde perasaan sedih atau pun terkejut, aku sambung memeluk bolster bentuk tulang tuh.

Bangun pagi, aku cepat-cepat cari abah.

"Bah, nanti pergi tengok arwah Mak Ngah, tolong ambilkan surat mati. Abang nak cuti lah hari ni, tapi tak nak ikot abah balik Pahang tengok arwah. Saja nak cuti pasal takde mood nak pergi kerja".
Kata aku selamba, setan gila perangai.

"Ok". abah replied ringkas. Makin tua, makin cool abah aku nih. hik hik. Tapi aku rasa abah faham, kot.

Tak, aku malas pergi kerja bukan sebab Monday blues, tapi sebab gaji tak masuk-masuk lagi. Jadah apanya dah 6hb pun tak masuk lagi?

Demmit la company ni. Lesson learned. Never judge a company by its website! Eheh.

Oh, Al Fatihah kepada arwah Mak Ngah. Lama sangat dah pun dia terlantar sakit.

Tuhan lebih tahu.

theblabber : Thanks to those yang concern, tapi takpe, aku survive. Korek-korek mana-mana tabung or mak hayam yang ada. Eheh.

14 comments:

tengku_fir21 said...

huhuhu..lewat giler..6hb blm masuk laee...

Afida Anuar said...

Al-Fatihah untuk mak ngah kamu...

PS:apa website kampeni kamu miezi?bole aku surf di masa lapang..erkkk

nadeah said...

oh i hate late payment!
:P

Marissa said...

Never judge a company by its website!

- the best lesson learned!! Ahaha..

Al-fatihah buat Mak Ngah. Rejab perginya.. Insyallah di bulan milik Allah sejahtera rohnya barangkali?

p/s: Positif, 6 hb gaji lum masuk, bermakna miji akan ada balen duit yang byk ketika duit org lain dah licin. Cheers bro!

amirnazrin said...

gua kerja dulu dah tgh bulan br gaji masuk.
masuk tahap kritikal, gua collect semua syiling2 gua,pergi tukar kat mamak.

al-fatihah utk mak ngah..

julie^beth said...

kalau buat boikot besar2an, kawtim dgn bdk2 lain, rasa2 comp masukkan gaji tak? itu yg aku buat kat comp aku n it works.. hehe

CAHAYA said...

6hb pun blom dapat lagi? Isk, teruk tu. Kalau 10 pun tak dapat. Terus pi komplen Jabatan Buruh. Huhu. Sanggup ke?

naserol said...

aak takut uh malam tu nak tidur sorang sorang bilik dia .

bEtTy said...

entri yang sangat jujur..

nice.. =)

takziah kepada keluarga kamu..

naza nur saad said...

1. takziah..aku pn penah rase malas nak g melawat jenazah..hmmm

2. gaji lambat sampai 7hb..da macam previous kampeni aku..tu pun dont judge d kampeni by its website.

3. moga gaji ko masuk petang ni.

patungcendana said...

takziah to u and your family...

belum masuk gaji ke...

jadi la part-time gigolo...ahahaha...lari!!!!!!

iza said...

dalam buku akta jabatan buruh jika majikan bagi gaji lewat smp 7 hari bulan kte sebagai pekerja boleh saman.

ainfazrin said...

:)

miezi said...

tengku_fir21..
dah 7hb ni beb, aku dah nyawa-nyawa ikan.

afidaanuar..
apa website? haha. tak perlulah cik fida. nnt kamu pula tertarik nak kerja di sini

nadeah..
well, who doesn't.

marissa..
haha. baik, akan cari di mana positifnya late payment ni.

amirnazrin..
naseb baik tabung ayam gua ada sikit lagi duit syiling ;)

cahaya..
bukan tak sanggup, tp malas as i'm going to resign very soon =)

naserol..
sunyi la pulak rumah bila hang dah dok jauh oii!!

betty..
jujur ye? saya tak pandai nak berbohong la betty.

naza nur saad..
oh tidak. give up in hoping.

patungcendana..
tak payah bersuruh, malam ni ada 4 datin tunggu i

iza..
oh eh? :)

ain..
=)