Wednesday, July 15, 2009

SETEM

Seperti biasa, makasih tak terhingga kepada Ajami merangkap kepada Tayangan Unggul kerana sudi mengundang menonton preview filem SETEM ini.

1Malaysia, konsepnya :)

I would say this is the best Malay film yet, after Talentime by Yasmin. Sathia betul-betul menghidupkan cerita ni. Sejam 50 minit yang berjalan, langsung tak terasa dek kerana terhibur dengan semua watak (dan of course watak Vellu lakonan si Sathia)
. Dan tidak keterlaluan kalau katakan Sathia outshine amongst others. Yang lain-lain bukan tak best, biasa-biasa saja. Bront juga hebat!

Tak tahu nak cakap apa, sebab filem ini memang best. Sumpah best, Transformer pun tercicir 7 tiang kebelakang. Mengisahkan bagaimana kerana tamakkan wang ringgit, manusia sanggup bersusah payah hingga mengabaikan kebahagian hidup (matilah ayat). Cerita berkisar mengenai beberapa kumpulan manusia berusaha untuk mencuri setem yang bernilai USD 4 juta semasa untuk kepentingan sendiri. Heh.

Jadi kawan-kawan, jangan lupa menyaksikan filem ni 30 Julai nanti, di pawagam berhampiran anda.

Sangat best dan anda tak akan menyesal menonton buah tangan terbaru daripada Kabir Bhatia ni. Untuk info-info yang lebih detail, boleh click setemmovie.


theblabber :Tak mampu nak tulis panjang-panjang. Badan adalah kurang sihat. Kepala berdenyut-denyut. Hidung berlari-lari sejak pagi tadi. Tsk

Daaa.

20 comments:

Marissa said...

Memang best. Ahaha. Bront, Sathia, Isma. 5 star for them!

CAHAYA said...

woa, puji melambung. harus tonton ni.

jumapx said...

tgk preview mcm best...dan sgt tertarik nak tgk...he3

addyaholix said...

aku dah terlalu banyak ketinggalan tonton filem yang bagus-bagus.

paiseh said...

ciss.. !komen mcm dh main kat panggung

sHaH said...

preview je ke?
so..
kat cinema xkuar lg la kan?

Ajami Hashim said...

"Transformer pun tercicir 7 tiang kebelakang."

begitulah!!!

sori tadi x sempat say hi & laga2 pipi ekk!

Mr PenyuBiru said...

Kabir Bhatia. hasil keje pengarah ni dah makin menarik minat aku utk menonton hasil kejenye.

Paksu said...

Penyu is right! aku tak tau apsal tapi kabir bhatia punya buah tangan has always been appealing to me.

Last filem melayu yang aku tengok kat wayang yang aku keluar dengan rasa puas hati ialah Cinta.

ainfazrin said...

takpe2. 30 julai. harus pergi tengok. dah lama sangat tak tgk movie.

miezi, get well soon ya. makan ubat! :P

tengku_fir21 said...

buat gue teruja

patungcendana said...

jangan lupa menyaksikan filem ni 30 Julai nanti, di pawagam berhampiran anda.

tak tahan aku ayat BM standard kau...aku gelak terguling2 sebab teringat kat polis nahu...hehehe

W. Hidney said...

you were there for the premiere? i was too... memang best cerita tu especially scene tembak menembak kat dalam rumah tu. suka tengok shot burn tarik picu bom sebelum melemparkan bom tu kat polis 'kayu' tu hahaha

KIBA kline said...

macam besh je.
kalau ada adflin mmg besh en.
=D

miezi said...

marissa..
sathia adalah sangat rock!! haha

cahaya..
please do, cahaya :)

jumapx..
sila tengok 30hb ni ;)

addyaholix..
kau tak terlepas. 30hb ni tayangan :)

paiseh..
dude, as the name preview, mestilah belum kuar pawagam. =P

sHaH..
i think i wrote that it will be out on 30th, didn't i? ;D

ajami..
begitulah bestnya cerita ni. where was you last night?

mr.penyubiru..
memang karya kabir luarbiasa dan tak rugi tengok :)

paksu..
nanti kita p tengok, dude :)

ain..
sila tunggu ain. lebihkurang 2 minggu je lagi. sangat best!!

anyway, thanks. i MC today ;p

tengku_fir21..
memang aku nak buat orang teruja.

patungcendana..
polis nahu tidak pernah penat menjalankan tugas demi bahasa tercinta. Erk

w.hidney..
as for me, every scenes of Vellu are simply remarkable.

KIBA kline..
memang best. sila tengok sebelum ke Mesir. Sana mana ada pawagam. Eheh.

amirnazrin said...

sumpah!aku akan tengok secara berbayar.walaupun takde org belanje.

itu hari tak sempat la.kerja..

naserol said...

seronok ke bang ?

naza nur saad said...

adakah ayat kamu benar wahai Encik Miezi?

"Transformer pun tercicir 7 tiang kebelakang."

hoihhhhhh..kena tengok nih.

AIMI D said...

meizi,
jom tgk sama2 wayang bln 12 nnt =p

* semoga cepat sembuh

take care

miezi said...

Aimi D..
kenapa mesti bulan 12 ya? Esok tidak boleh ka? Ehehe