Friday, October 30, 2009

Makciks.

Saya lapar. Bila lapar, tak leh study. Teringin nak makan nasi. Teringat nasi pilau. Bila teringat nasi pilau, teringat auntie. Auntie ialah mak kawan kelas saya dari Oman. Bila teringat auntie, teringat makcik-makcik yang pernah baik dengan saya dulu.

Boleh dikatakan setiap tempat saya belajar, mesti "melekat" dengan sorang makcik.

Masa form four, ada satu makcik keja cafe ni baik dengan saya. Saya panggil
dia Darling. Dah tua, masih kerja. Kesian tengok dia. Budak-budak lain pun ikut panggil dia Darling. Darling baik. Saya pernah lompat pagar sebab nak pergi lunch kat rumah dia. Bila pergi rumah Darling, saya rasa insaf dengan keadaan dia. Walaupun Darling jenis blur, tapi hati dia mulia. Barang pemberian saya, dia simpan dengan baik (walaupun ianya hanya secucuk bunga rampai). Kami berhubung sampai saya masuk matriks. Ada anak Darling kasi kad raya (Darling buta huruf), saya tak tahu mana dah perginya kad tu.

Teringat dulu Darling ada minta nak bergambar sama. Saya tak mahu. Saya tak mahu terlalu rapat sangat dengan dia sebab kawan-kawan ada cakap "jangan rapat sangat dengan orang. Nanti terhutang budi". Saya ingat lagi apa Darling cakap masa saya refuse nak bergambar dengan dia, "eleh, macam la orang nak mandrem dia", (cakap sambil cebek bibir). Comel!!

Saya tak tahu mana Darling sekarang. Macam mana kes cerai dia dengan hubby dia. Saya teringin nak tahu anak dia belajar mana sekarang. Harap anak bongsu kesayangan dia tu berjaya masuk universiti. Dan berharap sangat, Darling tak pindah rumah. Huhu.

Masa auntie peluk saya di airport masa saya hantar dia balik hari tu, dia ada pesan "take care of my daughter". Betul, saya tak tipu.

Masa kat universiti pulak, saya ada baik dengan seorang makcik kerja potong ikan dekat medan ikan bakar Kuala Perlis tu. Makcik tu bahasakan diri dia Mak. Baik sangat. Selalu malam-malam pergi sana as to borak dengan dia. Mak boleh borak dalam bahasa jawa dengan kawan saya. Oh, dengan bahasa jawa tu lah saya dan kawan jadi baik dengan Mak.

Saya ingat lagi beberapa hari sebelum raya, Mak ada pesan suruh datang jumpa dia. Dia nak bagi kuih raya. Tapi kami tak pergi, sebab kawan saya cakap, makcik dia pesan jangan baik sangat dengan orang, nanti takot terhutang budi. Again!

Saya rasa kesal sangat bila dapat tahu Mak beriya bawa kuih ke tempat dia kerja (dan dengan kecewa terpaksa bawa pulang balik kuih itu). Ae, kawan kerja Mak bagitahu semua. Masa tu Mak cuti, tak datang kerja. Eh, ke dia dah resign. Saya lupa. Untuk hilangkan rasa kesal, kami end up pergi rumah dia. Beli kain batik, bagi hadiah.

Saya ingat lagi bila saya bawa parents saya jumpa Mak masa convo hari dulu. Mak cakap "bagus budak ni, pandai bawa diri tempat orang". Saya berharap Mak ikhlas cakap camtu. Dan berharap parents saya bangga ada anak macam saya. Lalalala.

Bila teringat dua orang makcik ni, saya nekad balik Malaysia nanti nak pergi jumpa mereka. Saya nak cakap "minta maaf sangat-sangat, pasal dulu saya pernah tersangka buruk kat you all".

Kalau jumpa Darling nanti, saya nak ambik gambar puas-puas dengan dia.

Kalau panjang umur, jumpa Mak, saya nak bagi kuih raya banyak-banyak kat dia.

Harap mereka berdua panjang umur lagi lah. Amin.

Oh, saya betul-betul lapar sekarang!

theblabber: Tak timbul istilah hutang budi, kalau kita betul-betul ikhlas buat baik kan?

13 comments:

i'm_siCK_n_tiReD said...

yep betol, takde istilah terhutang budi sebab makcik2 tu sume ikhlas. Kalo die nak balasan budi, tu urusan die dgn tuhan.

Pelik gak kawan ko pesan camtu..erm.. not necessary..haha.. ikhlas is the BIG word.. being friendly is not a crime..ahaha..

CAHAYA said...

1 masalah dalam hati manusia. Buruk sangka. Kalau prasangka baik, insyaALLAH semuanya mudah. Buat apa komplikat benda yang mudah.

nottingham said...

miezi, auntie rasa miezi ni seorang anak yang baik. sebab itulah semua makciks suka pada miezi. orang tua tau akan keikhlasan hati seseorang tu. itulah jiwa seorang ibu.

balik malaysia nanti, jumpalah mereka. kasihan mereka tu. mereka sebenarnya ikhlas. auntie pun pernah berada di tempat makcik dan Mak tu. hingga kini! auntie masih menunggu kedatangan 'anak' yang baik itu.

post yang sangat syahdu bagi auntie. terusik jiwa auntie ni! (tak lah sampai meraung)

mieraaj said...

seme pn relate ngn mkn2 huhu kesimpulannye die ni nk mkn sedap2 je <= pe kaitan???? haha

ezzati said...

kesimpulannye miezi adalah bakal menantu yg baik...gitu eh??

fyziviruss said...

memang btl xder istilah hutang budi.lagi pun orang malaysia semua nya baik2 blaka

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

betol...

ryann said...

memang sedih kalau keikhlasan disangka lain. namun, menyedari yg kita pernah bersangka tidak baik,satu kesedaran yang terpuji

naza nur saad said...

hmmm..
selalunya apa yang ada depan mata kita tak berapa nak hargai kan miezi?




(T_T) sedey la entry ang nih..haih

YanTzYanTtiE said...

suwettt

AIMI D said...

oedipus complex...? ;p tp makcik2 tu yg suka u kn ? u x fall in love dgn mereka kn ;p heheh

love & peace ; aimi d

SUXX said...

aku suka tulisan ko mcm ni.

dalam kias ada sebaknye.

tengku_fir21 said...

ouwwhhh....
mengigatkan aku pada family angkat...
rase bersalah gielr sebab terlalu sibuk utk call diaorg...
thank q sebab ingt kn sekrg gk call




*singgah ler ke blog