mari merepek

20200320

Nasehat.

Haritu aku sumpah seranah kawan yang tak bayar duit aku. Yang buat aku teramat marah is how dia berjaya convincedkan aku yang beliau akan bayar lepas solat Jumaat. Dah nak masuk 4 Jumaat, masih tak bayar. Pastu kata nanti ayah dia bayarkan malam sikit. Esoknya takda juga. Bila aku dah mengamok-mengamok, baru dia cakap rupanya ayah dia bagi dia duit RM100 je. Sebelum tu alasannya he has to draw the money sikit-sikit, sebab sebagai bankruptcy, kononnya dia takda bank akaun.

I try to understand, in fact aku boleh faham kalau cuba berterus terang bagitau tak boleh bayar. Bukan dolak dalih.

Bila dah maki-maki tu, aku cerita dengan someone ni. That someone cakap instead of berharap/doa/cakap benda-benda tak best/buruk berlaku kat dia, cuba divert to doakan diri aku sendiri- Moga kesusahan ini menyenangkan aku kelak. Tak kat sini, kat akhirat kelak.

Macam tu lah lebih kurang nasihat-nasihat beliau.

Btw, kawan aku tu ada kereta Merz satu. BMW satu. Ayah dia Pengarah satu badan kerajaan. Layak kot aku maki-maki macam tu.

theblabber : Thank you awak for the nasehat. Very much appreciated.

20200319

Korona virus.

Tadi aku pergi derma darah, sebab anak HOD aku yang sakit Talesemia katanya in need of blood. Masa kat PPUM tu akak nurse bagitahu memang ada shortage of blood supply sebab Covid-19. Well, masa check up prior to donating my blood tadi, blood pressure aku borderline-pre hypertension. Aku rasa last aku check masa kena GERD dulu, macam OK reading BP aku. Ni semua sure gara-gara client-dari-neraka.

So much lah aku rasa I have done for this company. Most of the time aku rasa tak berbaloi, tapi acap kali juga aku ingatkan diri aku kerja ni juga part of ibadah. Macam baik sangat kan bunyinya? HAHAHAH

Btw, tadi aku buka balik email  blog ni. Lepas tu jumpa email-email lama almarhum kawan baik aku.

Ini one of his email thanking me. Masa dulu baca macam takda apa-apa ja, tapi tadi baca rasa dada ni macam berat sangat.

Tadi macam banyak nak tulis, tapi kepala aku macam pening. Berangin. Aku syak sebab pagi tadi tak berak.

Ok lah, nak mandi.

Salam alaik.

theblabber: Hi, orang US tu. Rajin baca blog nampak? Hehe

20200229

Kurus kering.

Setiap kali join maraton, mesti gambar aku takda cameraman berjaya capture gambar.

Tertutup hijab depa- aku kata.

Tapi Selangor Maraton baru-baru ni ada gambar aku. And to be honest, aku kelihatan sangat kurus. I dont like it. Denial much.


Nak bayar personal trainer mahal tak?

Duit lagi

Leap year. And also congrats TSS Muhyiddin Yassin!

20200224

Mahathir resigned.

If you (read: my late best friend) were still around, am sure you'll be on air commenting on the current political situation. Mahathir or Onyang you called, resigned today.

Oh, semalam aku joined another half marathon, Selangor Marathon. It was all good cuma tak tahu apa pasal tah tak puas hati. Target nak buat 2 jam 30 minit, tapi lebih kurang je timing dengan Twincity tempoh hari.

Esok ada audit ke Labuan, sampai hari Khamis. Yang bestnya tak payah pergi meeting dengan client. Yang tak bestnya, aku masih berfikirkan banyak barang-barang client masih pending. Boss pun macam tak bother ja. Oh ada lagi tak best, duit claim tak masuk-masuk lagi. Anjir  betul.

Adoi.

Banyak mengeluh lately. Bila tah nak bershukoooorr.


20200104

2020

Happy new year kepada yang masih membaca blog ni.

Banyak yang berlaku pada tahun lepas, and mostly takda yang menceriakan aku. 

Fokus 2020 ni ialah nak lebih menghargai apa yang aku ada. Yang dah tiada, semua memori yang aku ingat aku akan kenang sepanjang hayat. Samaada yang baik, mahupun yang buruk.

Those yang still believe in me, terima kasih banyak.

And those yang rasa boleh hidup bahagia atas kesengsaraan orang lain, I hope I live long enough to witness balasan tuhan kat kau. That time kau sedar your play victim game adalah benda paling bodoh kau pernah buat. Allah itu Adil, tak cepat, lambat.

I try to forgive, but i just can't- let alone to forget.

Sorry, i just being human- a weak being.