Showing posts with label emak. Show all posts
Showing posts with label emak. Show all posts

20101201

Mak yang comel.

Kadang-kadang, bila kita stress, kita tend to membuat sesuatu yang tidak berfaedah. Misalnya, aku telah menukar layout background blog ni kepada warna asalnya iaitu hitam. Aku suka yang simple-simple. Rimas kot tengok yang semak-semak.

Mukadimah takde kolerasi dengan tajuk entry kan? Baik lah, let's cut the crap and straight kepada point-point entry kali ini.

Kadang kadang, aku rasa mak aku comel sangat. Dia bukan buat-buat comel macam sesetengah orang, tapi comel dia naturally lahir dari jiwa yang suci gitu. Kadang-kadang, dia tak rasa pun benda yang dia buat tu comel, tapi aku je yang rasa macam tu (contohnya macam dalam cerita-cerita kat bawah ni). Dan ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke atas nasi kan?

Ye, aku comel. Puking blood, everyone.

Cerita Satu.
Ceritanya, petang Jumaat lepas, sebelum keluar rumah, aku nampak ada satu nota yang Perempuan Cantik (PC) conteng-conteng. Mungkin dia take few notes daripada rancangan kuliah agama yang dia tonton sebelum tu. Melihatkan nota tu, aku ketawa.

Aku: Mak nak cari pasangan lain ke?
PC : Takde lah. I wrote it for you (tipu sangat mak aku spiking london)

Haha.

Cerita Dua.
Aku tanya mak kalau-kalau dia ada simpan sarung tilam dan bantal yang baru, pasal yang aku guna sekarang ni dah kusam. Sebagai seorang yang mementingkan aspek kebersihan (haha), sarung tersebut harus ditukar.

"Nantilah, mak naik bilik tukarkan", mak aku cakap bila aku bagitahu dia aku tak jumpa sarung tilam dan bantal yang baru.

Dan setengah jam kendian, bila aku naik...

Tadddaaaa.. Sarung tilam dan bantal cap mickey mouse. Ko ada? Haha. Oh ye, saya tidur dengan bantal yang banyak. (Objektif tiba-tiba membahasakan diri saya?)

Oklah, aku nak tidur. Tidur atas mickey mouse. Sila jangan jeles.

Night.

Oh ye sebelum terlupa, sesiapa yang nak di sayangi dan ingin mencari pasangan, boleh amalkan dua surah kat atas tu.

Selamat mencuba dan again, night!!

theblabber: Syurga di bawah tapak kaki ibu. Hargai depa selagi boleh.