Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

20100917

Setankah aku?

Kenapa bila saya marah, saya tend to cakap benda yang bukan-bukan? Bukan la marah, tapi upset. Well, who doesn't kalau khilaf sekelumit juga yang dikenang, jasa yang menggunung tak diendahkan.

P/S: Sekali lagi ayat skema.
theblabber: Marah itu shaitonnirrajim.

20100915

Ok, cerita raya dah habis.

Happy sweet 16 untuk diri sendiri. (sangat menipu umur itu)


Ayat tipikal Perempuan Cantik "Masa umur Mak 22 dah ada sorang anak dah".
Lalala.

theblabber: Kak Kin, I still remember akak ingat saya dah umur 30plus dua tahun lepas. Haha

20100912

Setahun sudah.

Happy one year aboard, theblabber!!

20100909

Hari Raya is another cuti awam yang semua orang balik kampung dan makan sedap-sedap sambil borak-borak dengan sanak saudara yang jumpa setahun sekali.

Ada siapa-siapa yang sini don't really do raya? For you, raya is just another public holiday.



Angkat tangan.

Ok, nampaknya takde yang sekapal dengan aku dalam escapism tahun ni.
Bye.

theblabber: Perempuan Cantik punya tempeyek adalah yang paling terbaik di dunia!

20100818

# Dua Dua

Unsung Hero.
Minggu depan, inshaAllah at this very moment, aku akan habis master ni, Alhamdulilah, rasa macam baru semalam datang Edinburgh ni. Balik Malaysia nanti, macam-macam aku nak buat (dan makan). And of the things yang aku nak buat ialah jumpa makcik-makcik yang aku pernah baik masa dulu-dulu. (aku pernah citer dulu kat sini, sebelum blog ni didilit kejap)


High school.

Masa ni baik dengan sorang makcik cafe. Kitaorang panggil makcik cafe ni Darling. Darling ni baik dengan aku dan 2-3 orang lain. Apa yang aku ingat, aku pernah fly untuk ke rumah Darling sebab dia masakkan lunch satu weekend ni. Masa pergi rumah Darling, rasa insaf gila. Kalau kita merungut-rungut rumah kita kecik, rumah Darling pakai tampal-tampal kayu je.
Darling masa ni tengah dalam proses nak cerai dengan laki dia. Bayangkan budak lelaki macho (aku ler tu) umor 16 tahun jadi 'telinga' kisah rumah tangga makcik umor dekat 50 tahun.

Darling juga sangat appreciate apa-apa yang aku bagi.Bayangkan, lepas hari sukan, aku petik bunga maggar sehelai p bagi kat dia, Darling boleh simpan bawa balik. Terharu aku!! Aku pernah refuse bila Darling nak ambil gambar sama-sama, sampai Darling cakap 'eleh, macam la orang nak mandremkan dia'.huhu. Malas masa tu nak beriya.

Hubungan dengan Darling berterusan sampai masuk matrik. Anak dia rajin bagi kad raya (Darling buta huruf, so anak dia yang tuliskan), called tanya khabar sampai to one extent aku rasa rimas. Dan aku pun tatau since when kami lost contact. Masa tu aku rasa I need my own space, kot.

Uni-life.
Masa masuk uni lak, aku suka makan ikan bakar kat satu restoren ni. Nak dijadikan citer, entah camne boleh ter'rapat' dengan makcik yang keje potong ikan kat situ. Makcik ni bahasakan diri dia 'Mak'. Mak ni orang jawa, kebetulan kawan aku pun jawa so dari situlah kot kitaorang getting closer dengan Mak.
Satu hari, masa Mak dah nak benti keje, dia suruh datang restoren tu, dia nak jumpa nak bagi kuih raya. Tapi kami tak pergi. Tak pergi sebab auntie kawan aku tu pesan- jangan baik sangat dengan orang, nanti terhutang budi. Huhu

Tapi, aku rasa ralat gila bila kawan Mak tanya kami time kitaorang datang buka puasa kat situ days later 'awat hangpa tak mai? Sian Mak dia bawak kuih raya untuk hangpa. Dia bukan keja lagi sini'(sila baca dengan nada sorang pondan). Huhu

Balik ni, kalau panjang umur, aku nak jumpa Darling. Nak minta maaf sebab tak contact dia. Nak ajak Darling amek gambar banyak-banyak. Dan inshaAllah, ada rezeki nak p utara jumpa Mak nak mintak maaf sebab terburuk sangka (ni semua gara-gara terpengaruh kata-kata auntie kawan aku la ni). Nak bagi Mak kueh raya banyak-banyak.

Darling and Mak, you two are really my Unsung Hero(es) (or Heroin(s), appropriately).

What I learned from this life experience is -appreciate those who appreciates you. Because these people treat you like you are really matter.

theblabber: Oh, aku pernah bawa parents aku jumpa Mak masa kami having dinner time datang konvo dulu, and bertambah terharu bila Mak bitau parents aku 'bagus theblabber ni, pandai bawa diri tempat orang'. Ma, abah, I hope you proud upon hear that. Haha