Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

20101215

Sayang tak bermakna nak kena cakap I Love You

Aku suruh adik bongsu aku pesan kat Lelaki Macho suruh pergi klinik, pasal beliau mengadu sakit dada tempoh hari. Pesan yang sama aku ingatkan pada Perempuan Cantik.

Bukan aku taknak cakap direct dengan LM. Tapi segan lah. Tak biasa.

Biasalah kot, anak lelaki.

Oh betul kan, sayang tak semestinya diukur dari percakapan dan tingkahlaku? Cukup dan syukur dengan rasa sayang yang ada ini.

Abah, kami sayang abah. Sila ke klinik ye lepas ni.

theblabber: Macam mana lah anak aku dengan aku pulak nanti ek. Harap hensem seperti atuknya juga ;)