Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

20100914

Citer raya lagi.

Soalan kurang pandai yang wartawan selalu tanya pada seorang anak yatim yang baru kehilangan ibu bapa ialah.
" Bagaimana sambutan Aidilfitri adik kali ni?"

Aku yang membaca pun boleh sebak, apa ntah lagi budak yang kena tanya tuh.


Duh, belajar la tanya soalan yang bijak sikit.

theblabber: Hari raya kan hari untuk bersuka ria.

20100913

Takbir raya dah, lagu raya pun dah, citer pasal baju raya lak.

Kawan aku cakap, jiran dia puji "pyjamas" kelabu yang dia pakai masa pagi raya hari tu.
Taken from here.

Cilok from here pula
Mana sama baju tidur dengan baju Melayu kan? Kan? Kan?
Mat salih ohh mat salih.

theblabber: Glamer dowh naik train pakai baju pyjamas maroon masa raya, ramai orang stared. Hehe

20100909

Hari Raya is another cuti awam yang semua orang balik kampung dan makan sedap-sedap sambil borak-borak dengan sanak saudara yang jumpa setahun sekali.

Ada siapa-siapa yang sini don't really do raya? For you, raya is just another public holiday.



Angkat tangan.

Ok, nampaknya takde yang sekapal dengan aku dalam escapism tahun ni.
Bye.

theblabber: Perempuan Cantik punya tempeyek adalah yang paling terbaik di dunia!

20100907

Takbir raya.

Daripada survey suam-suam kuku yang aku buat kat sebelah sidebar ni, keputusan survey menunjukkan (poyokan ayat?) bahawa pengudi survey lagi suka dengar takbir raya daripada lagu raya.
Alhamdulilah.

Cerita pasal takbir raya ni, teringat aku masa raya kat kampung abah dulu. Tengah syok takbir sebelum solat tu, dengan tak semena-mena dengar satu laungan sorang pompuan. Bukan hantu, tapi suara itu milik sorang makcik Indonesia (MI) yang turut berada di masjid sama. Maid someone mungkin.

Mungkin MI sedih tidak dapat beraya di kampung. Teringatkan anak-anak. Ditambah pula dengan takbir aidilfitri, lagi membuak-buak rasa sebak MI. Atau mungkin MI sedih atas dosa-dosa lampau bila mendengarkan takbir, wallahualam.

Tapikan, sebenarnya takbir kat Malaysia ni memang bisa meruntun jiwa. Cuba try test dengar takbir dari Mekah or negara-negara Islam yang lain, aku rasa MI tentu tak sedih sangat.

Jadi saranannya, kalau tanak feeling-feeling sedih, cuba la korang ubah melodi (tapi still maintain tajwid etc) takbir tu. Boleh refer kepada takbir masyarakat di China mahupun Nigeria.

Cubalah ye.

theblabber: Nasib baik aku taf, tak secengeng. Yay

20100906

Duit raya lima posen.

I was thinking, zaman-zaman sekarang ni ada lagi ke orang pergi bank nak tukar duit syiling bagi budak-budak duit raya?

Budak-budak zaman sekarang ni intelektual, ok.

theblabber: Pes time sekali 3 entry in one day. Ingat lagi entry ini ? Maksudnya aku tengah berdebar or tension. Debar tunggu flight confirmation. Huhu. Harap-harap semua dipermudahkanNya.

Lagu raya paling best.

Nothing beats "Pulanglah" by Aishah. Sedap pula bila dengar ulang-ulang.
I heart the song forever and ever.

theblabber: Menulis blog pendek-pendek lagi mudah juga best daripada dok copy lalu paste email forward (atau daripada mana-mana sumber tanpa kredit) yang orang dah baca 3-4 tahun lepas.