Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

20101204

Kenapa sesetengah orang sukar jadi pemaaf?

Aku mesej kawan. Tanya khabar. Tanya bila nak nikah. Kata nak suruh aku jadi pengapit.

Senyap.

Memang dah agak. Aku memang tak berharap apa-apa reply.

Susah mungkin bagi sesetengah orang nak jadi pemaaf.

Kakak hot tapi pandai bagi ceramah agama ni cepat-cepat suruh aku gugel mengenai pahala merendahkan diri di sisi Allah bila aku tanya kenapa sesetengah orang sukar memaafkan dan why the hell lah kadang2 aku yang tak bersalah yang kena pergi minta maaf. (wow, ilmiah sungguh perbincangan kami!! Sila kagum)

Terus aku jumpa ayat ni;
“(Orang-orang yang bertakwa yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang, maupun sempit, dan orang-orang yang (selalu) menahan amarahnya, serta (mudah) memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Qs. Ali 'Imran: 134).

Tak salah kan, sesekali merendahkan ego sesama kita.

After all, kau,aku, dia, kita semua sama je di sisi Dia.

theblabber: Aku tak pernah penat jadi terhegeh. Pathetic kan?

20100907

Kawan baik.

Personally, aku tak rasa hidup ni kita perlu ada kawan baik. Sebab (biasanya) kawan yang dianggap baik ni lah yang akan turn you down, hurt you the most. Believe me, I am so been there, done that.
Apa yang kita perlu dalam hidup ni ialah kawan-kawan.
Kau mampu buat camni? Haha. Taken from here.

Sebab tu lah kot, orang tua-tua ada cakap, berkawan biar seribu. Bila the kawan tak boleh 'be there' for you, you can always look for the other kawan.

Selain dari mak bapak, suami/isteri aku tak rasa ada orang lain yang akan sanggup 'susah senang' dengan kita. Dan kawan yang hanya 'berkawan' dengan kita masa senang, bukan lah seorang kawan, apatah lagi kawan baik.

theblabber: Musuh jangan satu.
P/S: Aku ada instinct yang video kat atas tu akan di'disable'kan view soon.

20100902

Sob sob sob

Bila aku bitau nak balik awal dari yang aku planned before, ramai yang marah. Ok, bukan marah, tapi mungkin kecewa (cas glamer theblabber ni).

Aku rasa ralat, tapi dalam masa yang sama rasa dihargai pulak. Hiks.

Kawan-kawan, terima kasih. Anda semua memang terbaik. But I guess it's time for me to learn to say NO out loud.

And as a weak being, aku tak boleh nak puaskan hati semua orang, kot.

theblabber: To say NO is my biggest weakness. Nak jaga hati orang, tapi selalu ended up hati aku yang tak terjaga. Haha

20100827

Doa dan harapan.

If you love somebody, you will understand what they want and why they do so.
Petikan ayat seorang anak yang ayahnya transform jadi 'emak' dalam dokumentari Sexchange tadi. Positif betul budak tu, walaupun 'ayah' yang dulu seorang lelaki bertukar menjadi seorang wanita berbuah dada.

"Kalau budak tu boleh understand camni, aku pun boleh apply the same concept (but in different context) to faham kenapa Jusoh Ahmad (bukan nama sebenar) tak nak buat rawatan susulan untuk penyakitnya". Monolog aku.
Aku tahu aku tak baik, amalan berlubang-lubang, tapi Tuhan tolong makbulkan doa aku yang satu itu. Semoga kawan aku yang bernama Jusoh Ahmad (bukan nama sebenar) itu sembuh hendaknya.

Amin.

theblabber: Tajuk very the angelic. Hehe

20100825

Bersangka baik dan sedikit waspada harus datang dalam satu pakej yang sama.

As of today, I've 33 pending friendrequest which I neither approved nor rejected (wah, cas glamer theblabber ni. haha). Sebabnya, I seriously don't get the idea of people eagerly kumpul kawan banyak-banyak tapi tak pernah keep in touch. Aku tak faham kenapa perlu nak bermegah dengan bilangan kawan yang banyak, tapi haram tak tahu sape pun yang korang add tu.
I wanna share 2 funny experiences being approached by strangers on Facebook.
Satu.
A message from this minah ni.
"Tak nampak muka lah. Boleh tak kenalkan diri?"
What the...Dah la tak kenal, suddenly boleh mesej tanya macam tu. Pelik tol budak-budak baru nak up ni.
Dua.
A message from a guy. Yes, LELAKI.
"Salam, boleh berkenalan? Keep in touch here. Here's my phone number 01x-xxxxxxx".
Again, what the... with these poeple. OMG, you don't know me, and simply can bagi your phone number? Aku siyes tak kesah nak berkawan, tapi janganlah drastik sangat camtu kot.
I wonder, dalam 1000 friends yang korang ada, berapa ramai je yang korang kenal? I also wonder, the more 'friendlist' you have, dapat hadiah kah? That is so Myspace and it's so very the yesteryears!!
Betul,berkawan biar seribu, tapi biarlah dalam erti kata benar-benar "berkawan". No such thing saya add awak pasal nak promote itu ini. Tak rasa annoyed ke berkawan dengan orang yang 'berkepentingan sendiri' or kawan-kawan-yang-treat-ko-as-if-dia-tu-selebriti? Geli mak, nyah! Kawan itself is a 'win-win thing', kan?

This is one of the reason why I didn't put my gambar on my blog here. Biarlah kita berkawan atas sebab apa yang aku tulis, bukan sebab rupa.
Sebab aku yakin, bila ramai dah tahu macam mana muka aku, sure takde sape nak berkawan dengan aku dah *menanges 2 minit*
Yelah, orang kurus, pendek, cengkung and hitam somemore, sape nak berkawan, ye tak? *sambung nanges lagi 2 minit*

theblabber: Anyways, those who added me kat marimerepek punya facebook tu, let's be friend people :)

20100719

# Lima

Change.
Semua orang berharapkan perubahan. As if perubahan akan membawa seribu kebaikan. Perubahan tu sendiri mungkin sinonim dengan perkataan positif.

Ada yang berharap pekerjaan baru akan menjamin kebahagian tanpa mengetahui ianya bukan jaminan masa depan yang cerah.

Ada yang berharap berbadan kurus itu cantik tanpa mengetahui 'badan berisi' kelihatan lebih cantik baginya.

Ada yang berharap menjadi rapper itu lagi baik daripada menjadi pelakon, padahal peminat lagi menggemari Joaquin Phoenix sebagai pelakon (yang super hebat dalam Walk The Line)..What a waste!

Ah, macam-macam lah. Kita kadang terlupa boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. (2: 216)

Go with the flow. Jangan tamak. Jangan cakap besar.

Tuhan itu lebih tahu!

theblabber: Jocelyn Wildenstein silap besar memikirkan perubahan wajah baru beliau adalah satu rahmat.