Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

20121120

One of Malaysian most annoying habit is refuse to return call or text message.


Aku terbaca TheStar, mengenai seorang expat yang duduk Malaysia. Dia kata dia suka Malaysia, tapi dia tak faham dengan satu mindset sesetengah Malaysians yang tak reti nak reply and return call or SMS. Aku ada snap gambar keratan kata-kata mat salleh tu, tapi macam leceh lak nak upload kat sini.

Memang aku akui ni menjadi sesetengah habit rakyat Malaysia. Pada aku, tindakan ini macam kurang ajar dan tidak bertamadun. Pernah baru-baru ni aku janji nak bawa kawan-kawan pergi makan. Siap nak berjemput lagi ni. Bila dah sampai tempat yang dijanjikan, seorang pun tak reply mesej dan call. Kurang ajar gila aku rasa memandangkan aku dah inform awal-awal. Turned out that one of the kawan tu MC on that day, and the other kawan tengah recharge phone dia.

Tu satu, baru-baru ni aku ada invite sorang kawan untuk datang ke event yang aku buat. Ajak kat Facebook, personally DM ni, namun tak berjawab. Sudahnya beliau inform tak dapat join kat satu laman social lain, katanya takde transport to make it to the event. Mati-mati aku ingat dia tak dapat mesej yang dihantar kat Facebook tu.

Dannnnnnnnn yang paling bangang of the bangang ever is bila ada kawan ajak aku tengok wayang Sabtu lepas, bila aku dah siap iron baju, dia tetiba senyap tak reply whatsapp. Alih-alih dia text  "aku rasa dah lambat la, malam kang nak balik kampung. Kita cancellah". Cipet tak? 

Thing is, I am ok with rejection or cancellation. Tapi jangan lah buat orang macam bodoh tertunggu-tunggu jawapan samaada ye/tidak. Kita tak tahu orang yang kita dah janji tu dah excited ke, dah bersiap sedia ke apa. Be a man lah. Bagitahu direct, takde salahnya kot.

Dan aku sungguh tak kisah bila sorang blogger popular ni tak reply email aku wishing him congrats and what not. Memang dah dijangka. Well, bodoh sombong is as bodoh sombong does. 

Definitely not my loss.

20100830

# 32

Benci.
Dulu, aku tak suka makan Oreo, manis giler!
Dulu gak (takdelah dulu sangat), aku tak suka tengok citer Judge Judy ni. Sebab rasa annyoing gila makcik tua ni nak marah-marah.
Oh, dulu pun aku tak suka makan nasi berkuahkan kicap semata.

Sekarang?
Oreo lah yang aku duduk cari nak ngunyah-ngunyah time tengok TV.
Pastu bangun pagi je setiap Kames and Jumaat, mesti nak tengok citer Judge Judy. Seronok pulak tengok makcik tu meroyan-royan handle case.
Ko ingat ko ada orang gaji nak masakkan sedap-sedap? Nasi lauk kicap dengan telur goreng pun dah kira sedap time-time lapar (and penat).

It's not about karma, but you never know the future. We might hate the person, but who knows he might be there when you in need. You never know benda yang ko detest the most tulah benda yang ko akan cari-cari later.

Tu sebabnya mat salleh ada kata "keep your word sweet and nice because you might just have to eat it".

theblabber : Tak payah la nak benci-benci aku (atau seseorang yang lain). Buatnya esok aku jadi pakwe/menantu ko, sape nak jawab? Haha.

20100826

"Malik, boleh ajarkan aku subjek ini?",kata Munir kepada pensyarahnya,Prof Madya Malik Salam.

Rasa awkward giler bila lecturer yang dulunya aku panggil Encik, sekarang ber'bro-hang-aku".
"Buat malu aku je berencik-encik." ex lecturer aku pesan masa berborak hari tu.
Nak buat camne encik, Asian upbringing dah ajar kita semua camtu kot kan. Lainlah kat sini, selamba je panggil lecturer guna nama dia.
Well, dah masuk kandang kambing, pandai-pandailah mengembek kaedahnya. Haha.

theblabber: Teringat pada sorang kawan yang memanggil pak guard bila his student (who's apparently is his friend's girlfriend) referred him as his name instead of Sir or Encik di kawasan universiti. Tak hormat lecturer katanya.

20100819

# Dua Tiga

Teka teki yang cheesy.
Dalam banyak-banyak anggota badan wanita, which part yang boleh makan?

Haipp, tak baik fikir lucah-lucah bulan puasa.

Ok, sila jawab.

theblabber: Kekerapan aku mengupdate blog berkadar langsung dengan ke'stress'an atau kebosanan aku. Kalau nampak aku dok update hari-hari tu, faham-faham je lah ye.
Oh ye, siapa-siapa 3 terpantas yang dapat jawab soalan kat atas tu (dengan betul), akan dapat hadiah misteri.

Good luck!!

20100806

# Lima belas

Setiap kali pergi ke town nak beli ayam kat satu kedai ni, mesti owner dia cakap Hindi dengan aku.

Dah dua kali dah.

Aku pun tak tahu nak gembira ataupun sedih.

Muka aku ada iras-iras Salman Khan, gamaknya?

Apa-apa pun, salam Jumaat semua.

theblabber: Mesti korang malas nak buat keje kan hari ni? Macam aku taktau. Hehe