Wednesday, November 11, 2009

When stress strikes.

Hari ni marked 2 months aku tak tengok Astro.

Dengar ceritanya, artis feveret I masuk Sehati Berdansa?

Semoga berjaya, Sazzy!! Love you foreber and eber.

Doa dari peminatmu yang kejauhan..Haha.


theblabber
: Kejap je masa terbang. Sedar-sedar, dah nak exam.

Monday, November 09, 2009

Trust

Seperti kawan aku juga, nasib baik Perempuan Cantik a.k.a Mak sangat memahami.

Jadi, bila aku kata aku tak percaya siapa-siapa melainkan diri sendiri, aku sebenarnya dalam tak sedar sedang menipu.

Biarlah rasa kurang percaya ini terus ada pada yang lain, sekurangnya kalau esok terjatuh, aku lebih bersedia.

Dan yang paling penting, boleh bangun semula.

Hmmm. Selamat Isnin semua!!

Saturday, November 07, 2009

Dear marimerepek,

Ok, lupakan kisah plagiat di bawah. Tak faham aku apa motif Cik Wati memplagiat entry pasal Nota untuk perempuan. (Tak pasal-pasal aku dah syak wasangka yang bukan-bukan). Tapi takpelah, syak wasangka tu perlu, agar kelak lebih berhati-hati dalam menghadapi hari-hari mendatang. Matilah ayat! Well, mungkin dia juga mengalami kejadian yang sama dengan aku kot. Maafkan lah, budak-budak baru nak ada blog.

Anyway, being busy this week. Class full 9am-5pm, everyday termasuk esok, Sabtu. Tapi aku suka lecturer tu. Mr. Dave Bowie nama dia. Pandai cakap Melayu 4-5 patah. First day class, dia cakap "selamat pagi". Pastu dia ada cakap "terima kasih". Kalau budak-budak lambat masuk kelas, dia panggil "cepat-cepat". Dan paling best, bila dia tersilap tulis, dia boleh cakap "alamak". Mengajar pun bagus, walaupun hari ni lepas lunch aku dah tak boleh nak adsorb satu apa pun dia merepek. Tapi dia best. Pengalaman luas gila. Cool lak tu. Aku tak tahu lah kenapa lecturer-lecturer yang dah tua-tua ni cool, unlike some those yang baru jadi lecturer, kereknya perghhh. Lantaklah, perangai masing-masing. Asalkan tak terhakis kulit aku sudah. Erk. Esok aku plan nak ambil gambar dengan dia lah. Lecturer paling best dalam hidup, by far :)

Aku ada order CD kat Amazon. Hari-hari balik kelas, check mailbox dengan harapan dah sampai. Hampa je sampai la ni tak sampai lagi. Betullah penantian satu penyeksaan. Erk.

Sekarang weather dah mula berubah. Pukul 4.30 petang dah maghrib. Pukul 5 je dah gelap. Sejuk tak payah cakap lah. Dah tengah hari pun bercakap keluar asap kat mulut sekarang ni. Malam semalam check suhu dah jadi -1. Sekarang ni hujan. Bertambah lah sejuk.Tapi takpelah, pengalaman. Syukur je dapat rasa ni semua.

Matilah, merungut.
Exam lagi sebulan, tapi heck aku rasa macam satu apa pun tak terisi otak ni. Mungkin sebab aku penat kot. CD lak tak sampai-sampai lagi. Plus pulak macam-macam happened recently. Pastu aku rindu-rindu kot. Rindu kat Perempuan cantik, abah, adik-adik, along, Iyad, orang kat kajang, kawan-kawan. Semualah aku rindu. Lagi satu sebab lapar kot. kuikuikui (aduh, citer makan lagi? haha)

Duh, time-time macam ni lah baru teringat, alangkah bagusnya ada bahu aku nak menyandar, ada telinga nak mendengar. Tapi takpe, aku cool juga tough! Lalala.



Oklah, nak tidur dulu. Nak mengadap kelas terakhir esok dalam minggu ni. Night!!

Pen off,
Miezi AJ.
Friday, 6th Nov, 6pm, Edinburgh.

Friday, November 06, 2009

Told you :)

Anonymous Anonymous said...

hi miezi.
got to tell u something.

someone copied your entry.
and dia buat benda sama to other bloggers too.

http://qasehvda.blogspot.com/2009/11/nota-untuk-wanita-yang-tidak-dapat.html

poor her lah.

Thank you, Anon ;)

Takpe Anon, orang yang mampu berfikir (seperti anda), mesti tertanya-tanya apa motif pemilik blog qasehvda tu kan?

theblabber
:
Hmm, walaupun the blog no longer wujud, boleh saman tak agak-agak? Ceh, cakap macam banyak duit. Haha.

P/S: Wonder kat blog mana dia buruk-burukan aku. Sian lah. Bak kata cik anon, poor her. Indeed.

Thursday, November 05, 2009

Pilem

Aku tak ingat bila kali terakhir aku menonton movie.

Mesti apek jual DVD depan Giant kat rumah tu rindukan kunjungan aku.

Erk.