Thursday, October 30, 2008

Datuk/Dato'/Tan Sri

Disclaimer : Mengupdate sambil bertentangkan luat yang luas membiru adalah sesuatu yang patot dicuba oleh semua orang.

Niat untuk mengupdate di Awana Kijal terpaksa di batalkan kerana charge sebanyak RM25 di kenakan. Daripada aku dok online dengan Rm25 tu, baik makan McD, lagi kenyang
(Pn.MTS tentu bersetuju dalam hal ni). Harus diingat di sini, tempat yang tiptop macam Awana tidak semuanya tiptop kerana Impiana yang cikai (with capital C, bold, fond size 72) pun menyediakan hotspot yang percuma juga agak laju.

Sekarang kat Teluk Cempedak
(erk,perlukah ni pun diwar-warkan??), stay another one night kat Hayat Regency. Mengambil kesempatan berblog di McD berhampiran kerana charge broadband dibilik lebih kurang RM2 seminit. Gilo ko. Niat nak mengupdate gambar banyak-banyak juga terbantut dek kerana bateri sedang di charge. Satu je gambar dapat disnap kat sini, thanks to henpon.

Tempat ini adalah agak cantik. Bosan berenang kat pool, boleh terus terjun laut depan tu. Anyway, abaikan matsalleh laki bini yang sedang bersidai tu (kalau korang nampak lah).

Kat sini, banyak monyet, tell you. (erk, lagi sekali, perlukah korang nak tau semua ni.Eheh). Monyet-monyet ini agak peramah namun ada gak yang berani. Speaking of berani, teringat semalam berita kat TV pasal this guy yang sangat berani sekali dalam menyelamatkan sorang wanita dari peragut. Jap-jap, aku google pasal berita ni.

Ha, klik sini untuk bahasa Inggeris dan sini untuk bahasa Melayu. Walaupun dah meninggal, at least his family deserves something as a token of appreciation of his braveness aite?

Daripada bagi Shah Rukh Khan, yang entah tau ke tidak Melaka tu kat mana.

So "orang-orang besar", what say you?

Till then people, selamat melangkah ke bulan November. Semoga ceria-ceria hendaknya.


P/s: Jangan lupa cuti-cuti Malaysia ye. (baik punya promosi aku buat ni, dapat tak agak-agak Datuk/Dato'?)

theblabber : I still wonder what the biggest contribution of Datuk/Dato M.toottoot (yang gelek-gelek tuh) to Malaysia music scene sampai layak dapat title tuh.

Wednesday, October 29, 2008

Jalan-jalan cari kopi

Disclaimer 1. Sekali lagi berada kat T'ganu. Yay

Disclaimer 2 : Sesuatu yang sedap dan sukar dijumpai tidak salah rasanya untuk di kongsi bersama. Eheh


Seperti yang di suggestkan, aku sekarang berada di Kemaman, untuk merasai kenikmatan Kopi Hai Peng. Hmmm, tak sia-sia jalan jauh. Memang sedap.

Since 1940 gagah hingga kini.


Had this toast bread and kopi ais for the breakfast. A very own resipi turun temurun.

"She" was here.


Anyway, aku bermalam di Impiana Resort Cherating. (
P/S : Do not forget to shut the window before mandi ye. Pelik gila design bilik hotel.)

Lindungi diri dari gigitan nyamuk. Beradu sambil ditemani desiran ombak yang tidak penah jemu memukul pantai memang sesuatu yang mengasyikkan. (Matilah ayat sasterawan)


Banyak lagi gambar nak diupdate, tapi seksa ar, satu gambar pun makan masa seminit nak di upload. Later, aku muatnaik lebih banyak gambar. Malam ni ke Kuantan, mari tengok camne rasa kopi kat sana lak. (Tetibe berasa blog ni perlu ditukar nama kepada- "
Mari mencari kopi")


theblabber : Kali ni aku percaya cakap Maria Tunku Sabri (sambil berpikir untuk menjadi seperti beliau..) Nyum.

Tuesday, October 28, 2008

Orang lain buat, aku pun nak buat gak.

Disclaimer 1 : Orang lain dok upload gambar-gambar makan, aku pun nak gak lah buat. Macam pathetic, tapi sekali sekala no harm kot?

Disclaimer 2 : Entry ni adalah super past tense.

Korang yang dok Bangsar or student-student UM sure penah pegi satu kopitiam nama Chawat Chawan (siap google ni) somewhere in Bangsar, Jalan Telawi to be precise. Opposite Bangsar Village, kopitiam ni nampak gah kat luar. We even bumped into satu Menteri ni (tak ingatlah sape menteri tuh) dengan sorang mamat achor talk show RTM ni (lagi ar super taktau nama beliau sape). Pergh, tengok orang yang makan sini pun dah excited nak masuk merasa. Aku dan kawan-kawan pegi sini lepas melahap kat Midvalley, Khamis lepas. Tertarek dengan menu kopi yang pelbagai (ye, macam-macam jenis kopi ada, teruja ni tengok menu dia), so kami pun order lah dengan rasa excited tahap unexplainable.


Sepul order Kopi Kemaman (sebab selalu g Terengganu), Uda order Kopi Kulim (he hails from Kulim), Najib order Kopi Batu Pahat (sebab penah keje kat JB dulu), aku order Kopi Cap Tupai (sebab?? entah..cam sedap namanya. Lagipun takde Kopi Seri Kembangan), together with the freaking oily keropok lekor.

We had this "kopi tasting" nak rasa beza antara setiap kopi, but for god's sake, they're all taste the same. Keji gila perangai, tukar-tukar nama kopi, rasa tetap ar sama. Aku ada tanya waiter tu, apa beza setiap kopi, tapi diam to no answer. Nampak sangat ar dia pun pakai sedap mulut cakap ini kopi kerteh, kopi kulim, kopi itu ini.

Ok adik-adik, sila cuba mana satu kopi kemaman, kopi cap tupai, kopi batu pahat dengan kopi kulim (Jawapan : Aku pun taktau.)

Daripada apa yang aku google kat
atas tu, feedback orang ramai pun tak baper bagus untuk kopitiam ni. Daripada 4 komen tu, 3 dok ngutok, satu je puji (anyway, pengomen yang bernama MMM tu adalah aku. Eheh..shhh..jangan bocor rahsia)


Sekarang aku nak google satu lagi kopitiam kat Shah Alam lak.(Mati ar gua pelanggan yang perfectionist)- Wahh, siap ada website nih, teknologi sunggoh, tapi tetap lipas nak merayap kat kaki masa makan-makan. Spoil gila.

P/S: Habis ar pasni taukeh-taukeh kopitiam tamao kasi aku masuk kedai depa dah. Apa-apa pun OldTown White House Coffee gak yang sedap menjilat jari. Lagi pula pengunjung-pengunjung wanita di kopitiam ni (note :Jalan Yap Kwan Seng) adalah "sedap mata memandang" *drooling*

theblabber
: Jangan percaya sangat cakap Maria Tunku Sabri. Dia makan apa pun semua sedap.

Sunday, October 26, 2008

Great escape.

Disclaimer 1 : Entry ditaip pada pukul 7.14pm ketika sedang menunggu kawan bersiap-siap menonton Mamma Mia buat kesekian kalinya.


Masuk hari ni dah 3 kali aku escape dari sedara mara yang datang beraya kat umah. Taktau la pesal, bukan sombong tapi rimas ar bila sesedara tetiba jadi caring sebok tanya " kenapa tak balik sana?", "sekarang ni buat apa?". Serius aku rimas, bertanya as if depa yang dok kuar duit bayar tol masa aku nak g melahu, diaorang yang isikan full tank keter bila aku nak p merayap.

As to escape myself lagi sekali, had this simple BBQ kat umah kawan semalam. Thanks to her and the Tu
nku Kursiah clan. Enjoy the night to the max!! And as for today, the friend and me once again kuar, g open house. Entah umah sape, aku layan je. Lepas tu boleh lak g umah akak ipar akak sulung dia. Tu dia, sangat takde kena mengena dengan aku, tapi still lah boleh escape dari mendengar soalan-soalan yang dah tahu jawapannya.

On the other note, happy 18th birthday to my wee bro, Mr. Nash. A year older, the mature you grow.

Sweetkan kitaorang?? (hakkptuihh beramai-ramai).Gambar I kidnapped dari friendster.


Done at 7.22 pm. hmmm..Laju gak aku menaip, 8 minit jer. Sila abaikan typo jika anda jumpa di mana-mana.

theblabber: Tahun ni je escape2..Tahun depan tak buat dah. Janji.Lalala

Friday, October 24, 2008

My all time feveret

Disclaimer 1 : Sedang takde mood nak menaip. Erghh

Hmm..Stuck in the middle of another sleepless night yesterday, I ended up watching
this movie-My Best Friend's Wedding. It was like my zillionth time, and still it has never bored me.

"Kimmy says if you love someone you say it, you say it right then, out loud. Otherwise the moment just passed you by "- quote yang best dalam citer ni. Psst2, I think I did, tapi bertepuk sebelah tangan.Malu je. Eheh

Citer ni betul reminds me of my best friend and I have the feeling that soon aku akan rasa apa yang Julliane rasa dalam citer ni. Erk..Loser.

Mula minat Julia masa tengok citer Hook, masa darjah 4 or 5 dulu kot. Comel je tengok dia jadi pari-pari bersenyum lebar. And since then, perempuan ni berjaya menjadi idola aku. Pret
ty Woman, Pelican Brief (adaptation from Grisham's kan?) , Stepmom, Monalisa Smile, Notting Hills, Ocean Twelve..banyak lagilah.Dan semestinya citer Erin Brockovich yang buatkan dia dapat bawak balik sebijik patung Oscar kat umah.

Selain tu A Beautiful Mind is another citer kegemaran aku, dan menonton setelah disarankan oleh seseorang. Menonton citer ni buatkan aku terpikir, entah-entah orang gila kat tepi-tepi jalan tu pun pandai matematik kot? Berdelusi sesorang diri. Eheh. Based on a true story of Professor Nash. (Oh, Wikipedia is the easiest resource for blogger aite?). Another award winning movie. Taniah!! Oh ye, Russell dengan mamat Titanic tu akan kuar dengan filem baru, Body of Lies. Let's!!

Kebanyakan filem kegemaran aku dari Tom Hank dan Julia Robert. And who can forget Tom Hank dalam Forrest Gump which is also an award winning punya citer. Favourite quote aku dalam citer ini tak lain tak bukan "My momma always said, "Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get." Yeah.. you're right Momma. Am glad Julia and Hank berganding bahu dalam Charlie Wilson War (sanggup tuh bersesak-sesak naik komuter pas keje g tengok citer ni. Komuter ialah suck anyway). Citer lain dari Tom Hank yang aku minat antara lain Saving Private Ryan, Apollo 13, Catch Me if You Can (satu lagi kisah benar yang difilemkan), You've got Mail, Sleepless in Seattle, Cast Away ,Road to Perdition (also from Grisham's) ehh..banyak lah. Walaupun muka tak baper nak ada, tapi lakonan dia simply superb. Kalau kat Malaysia camni, sah-sah takde orang nak amek berlakon. Silap-silap jadi pemandu teksi je, macam sape tuh? Entah lupa lak namanya.

Ni lagi satu citer yang aku minat- Count of Monte Cristo. Taktau kenapa aktor sebest Jim Caviezel minat nak berlakon dalam Angel Eyes sebelum citer ni, maybe sebab ada JLO kot? But the idea nak gunakan nama-nama penyanyi popular jadi pelakon dalam citer yang bertarap sampah adalah sangat tak menjadi. (Taktik Yusoff Haslam habis ar ni). Dalam Passion of the Christ, Caviezel juga tidak mengecewakan. Korang tengok tak citer ni? (Tanya cam ada je orang baca blog ni kan? Haha)


I'm not a big fan of Tim Robbins, tapi he was simply superb dalam citer ni- Shawsank Redemption, apatah lagi Morgan Freeman. Nominated for 1994 Best Movie, tapi aku baru start tengok masa form 2 camtu. Matilah ketinggalan. Malaysia kan? Biasalah.



Ni latest addition. Kite Runner. It's all about friendship dan aku betul-betul berharap ada kawan cam Hassan, kawan masa susah senang. A friend in need is a friend indeed kata orang kampung aku. Aku penah tulis pasal citer ni sini before. Another never boring movie. Tapi kan bila dah tengok ulang-ulang, aku rasa part masa dak-dak ni kecik je yang menyentuh hati. To cry for-bak kata Sepul. Aku wonder mana Marc Forster jumpa young Hassan dengan young Amir ni. Seperti yang aku cakap sebelum ni, dua-dua budak berlakon way better dari Jehan Misken, Fahrin Ahmad, mamat-yang-berlakon-citer-TV3-setiap-hari-pukol-6.30-petang-tu (sape ntah nama dia), Awal Ashaari..dan sape-sape je lah lagi yang berperasaan hensem tapi sebenarnya hidup dalam delusi semata-mata. Bajed Professor Nash! (Puking blood)

Citer ni takde satu pun nama-nama glamer, tapi still boleh meruntun hati yang menonton..(Cewahh ayat). Oh ye, disini jelaslah formula cheesy (Datuk??) Yusoff Haslam sama sekali tidak boleh diimplemantasikan dalam pembikinan sesebuah filem. Filem-filem sampah yang memualkan mungkin boleh, itu pun kalau ada yang rajen nak pegi tengok.


Oh ye, sebelum terlupa, citer arahan Marc Forster yang terbaru akan kuar bulan depan-Quantum of Solace. Let's!! Mana tau kot-kot young Hassan ada berlakon dalam citer James Bond terbaru ni. Eheh


Sekian, terima kasih


theblabber : Tu dia..dalam mood sedang tak ingin menulis, panjang gak karangan kali ni. *Tepuk*

Tuesday, October 21, 2008

Cakap (Semua yang aku perlu)

Disclaimer 1 : Layankan aje.


Kau tau kat mana hati kau?
Kau pikir kau boleh jumpanya?
Atau adakah kau dah tukarnya dengan sesuatu
Kat mana-mana lebih baik hanya untuk mempunyainya?
Kau tahu di mana cinta kau?
Kau pikir kau dah hilangnya?
Kau merasakannya sangat kuat, tapi
Takde apa-apa yang jadi seperti yang kau nak

Restui jiwa aku
Kau adalah jiwa yang sunyi
Sebab kau takkan biarkan pergi
Apa-apa yang kau pegang genggam

Apa yang aku nak
Udara yang aku sedut nafas
Dan tempat untuk merehatkan
Kepala otak aku

Kau tau apa takdir kau?
Dan adakah kau cuba untuk menggongcangkannya?
Kau dah buat yang terbaik dan
Penampilan kau yang terbaik
Kau bersembahyang berdoa kau melakukannya

Adakah kau fikir kau boleh menjumpainya?
Adakah kau fikir kau boleh menjumpainya?
Adakah kau fikir kau boleh menjumpainya?
Lebih baik daripada yang kau ada?
Adakah kau fikir kau boleh menjumpainya?
Adakah kau fikir kau boleh menjumpainya?
Adakah kau fikir kau boleh menjumpainya?
Yeah, lebih baik daripada yang kau ada

Bila-bila pengakhirnya
Adakah kau fikir kau akan melihatnya
Sampai kau dapat ke sana
Teruskan, teruskan dan jeritkannya
Cuma cakapkannya.

Saturday, October 18, 2008

If money can buy me anything..

Disclaimer 1 (nak gak disclaimer) : Persetankan tatabahasa mahupun struktur ayat entry di bawah, will ya?

My friend yesterday calling-calling me from Saudi. We had chat-chat and change story a lot. Sadly, he telling me that he lost my beloved watch which I borrowed him long time ago. I'm sad and a bit angry because the watch keep a lot of memory, plus it's XXX's limited edition. He asking me how much for him to repay the price of the watch, I said "It's OK" but then when I thinks that my current saving is getting little, I asking him to pay RM YYY, which almost RM50
expensive than the real price. Haha (evil laugh).

I'm actually don't mind of the "lost", but it's the memories that count
s. I wonder if money can simply settle people's problem. Let say you're very sad, and with money you can buy something to dissappear the sadness (not a tissue yeah). Or maybe you hate someone very-very much (that you wanted to kill him/her), and with a bulk of money, you can easily get that something to heal the hate-ness. How easy life would be.

Picture I kidnapped from here .

Well, if money can really solve people's problem, I'm wants to buy a pack of pills to get rid of the miss-ness (as in rindu) feeling towards someone. Eh, a lot of people actually.

Oh ya, when I'm saying that I miss someone, it don't meaning that I am sexually attracted/desperate to you and you're funny if you thinks so. Pity you.


Ok, I wanting to said I miss you, you and you. Oh yeah you too.

And I miss you is not the same as I love you, get it?



theblabber: No wonder why some ugly Datuks / Dato' / Tan Sris can win a beauty queen's heart.

P/S : Now I just remember that the friend also borrowed my Converse shoe. Don't tell me he lost it too, or else sure I mark up crazy-crazy.


Even cheap and ugly, the white shoes still pojaan my heart.


***Menanges cikgu inggeris aku baca karangan ni. Eheh =D

Thursday, October 16, 2008

Calling for " mak gula"

Lemah betul nak mencari sponsorship (dan jugak mencari referee) ni. Dulu take for granted je, tengok kawan baik dah pi sana sorang, barulah nak terhegeh-hegeh.

Ok, sekarang aku berharap ada sugar mommy yang betul-betul membaca blog ni, dan dengan murah hatinya sanggup sponsor I ke sana. Eheh.


theblabber : Nak sambung ke nak keje? -See how undecided I am.
Cheesy Miezi. Erk

Wednesday, October 15, 2008

Title-less

Kenapa ye orang marah bila kita (aku, literally) "ter"buat benda yang dia tak suka (unknowingly), tapi dia boleh buat (purposely) kat kita (utterly with no qualms)?

Fucked!!

And I'm puzzled still.


theblabber
: Betul kata 47, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Erk.

Monday, October 13, 2008

Lain pulak citernya.

Disclaimer 1: Entry ini juga mempunyai banyak contoh. Eheh.

Ok, berada dalam situasi "Ditelan mati mak, diluah mati bapak" bukanlah sesuatu yang kelakar. In fact, it's indeed suffocates. Dalam situasi aku, kadang-kadang taktau mana nak didulukan, mana yang nak dipentingkan. Implikasinya, orang sekelilinglah yang kena bagi tunjuk ajar.

Dulu-dulu. (masa nak jumpa jurutera tersohor kat Pavillion)
Aku : Dik, pakai camni pegi Pavillion ok tak?
Adik : Selekeh je, cam mat rempit.

Beberapa minit kendian. (berkemeja long sleve belang-belang hitam putih)

Aku
: Camni ok tak?
Adik : Ok, tapi cam over lak.
Aku : Argh..lantak lah, dah lambat ni.

Walaupun contoh kat atas tiada kaitan dengan peribahasa yang aku tulis kat atas, tapi it shows betapa aku sangat tak berpendirian. Natijahnya, keluar pertanyaan ni daripada window ym engineer tersohor (ET?? Eheh) tersebut.

ET : You look metrosexual, do you?.
Aku : I'm not. That the shabbiest me ever.
ET : It doesn't makes you look less metro.
Aku : Whatever (dalam hati tapi)

Impaknya, mulai dari hari tu tidak penah lah aku berpakaian sedemikian rupa bila hangout dengan beliau. Baru-baru ni dengan hanya berselipar jamban, berseluar kodroi murah dan berbaju tshirt putih aku kuar dengan dia dan rakan-rakan. Tapi apsal aku rasa dia dan rakan-rakan cam ala-ala jalan menjauhkan diri dari aku? Selekeh sangat eh aku? *sigh*

Erk.. Aku bukan nak citer pasal ni sebenarnya. Nak citer camne aku selalu prioritize the wrong one, which always hurts me the most. Next time lah citer, mao layan Heroes sat. (Episod 4 bila kuar gamaknya?)


theblabber : Mana contoh yang dikatakan banyak tadi?? Erkk

Sunday, October 12, 2008

Do not confuse

Disclaimer 1: Menulis setelah berasa disturbed dengan apa yang berlaku baru-baru ini serta didorong rasa marah setelah tertera ayat "Sevis karenly not avelebel" di peti TV akibat hujan lebat. Bodoh, mahal mak aku bayar bil bulan-bulan, servis masih tahap tahi (tahi pun mulia sikit, aku rasa). Ok, termarah pulak, cerita lain.

Disclaimer 2 : Entry ini juga agak panjang. Seperti biasa, tak perlu baca kalau tak nak buang masa. Move your cursor to the X sign on your right at the very top of the window- tiada paksaan dalam Islam. Peace!!

Disclaimer 3 : Contoh-contoh yang dinyatakan adalah benar , unless otherwise mentioned sebagai penipuan semata-mata.



Ok, adik-adik yang bijak bestari, hari ni kita akan membincangkan tentang personality traits seseorang. Apa beza tiga perkataan ni- ALTER EGO, HIPOKRIT dan SPLIT PERSONALITY? (P/S : Couldn't find the appropiate Malay word for "alter ego", maafkan aku
. Mengubah ego mungkin?). Sekali imbas ketiga-tiga perkataan mungkin membawa makna yang sama, but on a second thought, these three words really indicate a very huge differences. Sama analoginya bila kita tak boleh nak menyamakan "finally" dengan "eventually" yang membawa maksud yang agak sedikit berlainan, tapi masih berasa dalam konteks yang sama. Berlainan pula bagi "jerawat" dan "jeragat" yang kedengaran seakan-akan sama tetapi merujuk kepada subjek yang totally different. Ok, please don't get confuse.

SATU
Kita mulakan kelas hari ni dengan ALTER EGO. Selain dari membawa maksud "your significant other", ia juga membawa maksud "another side of oneself" atau dalam erti kata lain, sifat-sifat dal
am diri seseorang yang berlainan dari kebiasaan yang kita tengok. Contoh paling senang, ada sorang lebai ni rajin pergi ke masjid, tetapi in the same time gemar menonton filem porno. Huh, tu dia alter ego lebai tersebut. Contoh lain, mamat itu kelihatan sopan santun di hadapan orang ramai, tetapi bermulut cibai mengutuk di belakang. Mengubah ego a.k.a alter ego tidak seharusnya sentiasa dikaitkan dengan negative value semata-mata.

Contoh lain
satu- penulis marimerepek kelihatan sangat sombong dan kerek, tapi beliau sering bersusah payah menjaga hati kawan-kawan. (tetapi kawan-kawannya selalu memberi taik in return). Dan penulis itu sentiasalah makan hati dengan kawan-kawannya (padahal 2-3 orang je) yang agak celaka itu. Tetibe?? Erk.




***************************************************************************
Kita iklan jap ye. Makasih kepada Fauzi atas award ini. Terharu aku, ada selebriti meningk
at naik bagi award. Nanti habis entry ni kita tengok aku nak tag sape pulak. Eheh.


DUA

Ok2..(sambil ketuk-ketuk pembaris panjang kat meja) kembali kita dengan pembelajaran hari ni. Kita beralih pula kepada HIPOKRIT. Hipokrit ni lebih kepada menipu diri sendiri dan ini golongan paling dibenci ramai, namun dalam sedar tak sedar, aku percaya ramai orang yang penah, sedang dan akan berhipokrit. Contohnya, penulis marimerepek penat buat-buat suka pulang ke kampung baru-baru ni, namun dalam hatinya meronta-ronta ingin pulang ke rumah. Penat dowh, nak buat-buat senyum, nak buat-buat suka berborak, buat-buat muka lapar even makanan yang dihidang dah dimakan sepuluh kali before. Erkk. Hipokrit tidak sama langsung dengan alter ego, kerana hipokrit lebih kepada sifat dibuat-buat (dan menipu) berbanding dengan alter ego yang menjurus kepada natural tabii seseorang.

Contoh lain dua
, sorang mamat ni sentiasa lah memulakan sesuatu dengan bismillah, menyudahkan sesuatu dengan alhamdulilah. Nak angkat itu, bismillah, nak langkah kuar umah dengan bismillah, selesai sesuatu alhamdulilah. Semayang tak tinggal, ngaji Quran sangat lancar (Ok, yang ni aku tokok tambah pasal aku tak penah dengar mengaji pun). Kadang-kadang sambil borak-borak tetiba boleh dikaitkan dengan ceramah agama like " bersyukur la kita dengan blablabla". Baikkan? Sejuk perut mak dia mengandongkan dia sembilan bulan. Tapi siapa sangka dia adalah sorang perogol bersiri? (Ok, yang ni contoh aku reka-reka). Berpura-pura alim demi menutup diri yang sebenar? You're busted man! (and BASTARD!!). And I'm pissed off!!


TIGA
SPLIT PERSONALITY
pula lebih kepada kekeliruan tentang diri seseorang, taktau which and which. Namun dah jadi semacam satu stigma kat Malaysia ni, orang lebih mengaitkan mereka yang berpersonaliti pecah ni dengan PONDAN or MAK NYAH. Tapi aku tak rasa depa ni hipokrit sebab tak rasa depa ni berpura-pura menjadi jantan, in fact they are what they are, dan sebagai manusia tentu sekali punya alter ego yang tersendiri. Ye, mungkin ada kaitannya pondan dengan split personality ini, tapi melihat dari perspektif yang lebih meluas ada banyak lagi contoh-contoh mereka yang dalam kategori ini.

Contoh lain tiga.
Aku penah (dan masih) berkawan dengan sorang minah ni, comes from a mix parentage. Ayah Malay, mak Chinese. Bila parents dah divorce, minah ni (kita namakan dia M) jadi confuse. Keliru taktau nak ikot sape- samaada Islam atau sebaliknya. Menurut M, dia dah murtad since form 3 dan penah masuk macam-macam agama, namely Kristian (ikot boifren), Buddha kejap dan terbaru menjadi seorang atheist. Dalam kes M, jelas beliau keliru dengan identiti sendiri; taktau nak ikot yang mana tapi yang penting, M tidak hipokrit (dengan memberitahu keadaanya kepada kami). Anyway, bersubahat ke aku dalam kes ni? Cerita lain.




Kring kring.. (Ringtone henset aku bunyi lagu Coldplay sebenarnya)
Jap2..ada orang call....Murid-murid, kita sambung kelas malam kang la ye. Ada orang ajak cikgu main boling lak.

***************************************************************************
Ok, murid-murid. Cikgu kalah main boling tadi. Tempat tu panas lah, mengganggu kosentrasi. Lagipun kat Saudi dulu takde pusat boling lah. (alasan)

***************************************************************************

Ok, sebelum kelas dismiss (idea nak menulis lagi terbantut gara-gara kekalahan tadi), dapat lah disimpulkan, manusia rambutnya hitam, tapi hatinya lain-lain bukan? (only applicable to Malaysians sebab aku tak rasa semua matsalleh berambut hitam, kan?). Berterus terang lah dalam hidop, dan tak perlulah berusaha keras menjadi sesuatu yang bukan diri anda. Ianya bukan saja sangat bodoh, malah kelihatan sangat pathetic.

Oh ye..sekarang aku nak tag orang-orang kat bawah ni.
1) che det
2) yasmin ahmad
3) marina d/o tun
4) afdlin

Perlukah aku ke blog mereka dan bagitahu "Salam Tun/ Kak Min/ Datin/ Afdlin, sila ke blog saya. Anda telah di tag"? How bout that? Ha ha, mampos tak layan.


P/S : Colorful entry aku kali ni.Ha ha

theblabber : Dan kenapa aku menulis pasal ini semua?? Coz I'm sick and tired. PERIOD!!

Friday, October 10, 2008

Terima kasih daun keladi.

Aku menyedari kebolehan luar biasa dalam diri-Tidak-tido-sepanjang-malam-membaca-blog-sambil-menghayati-keindahan-KL-dari-tingkat-12-pangsapuri-dia-dan-dia-dengan-ditemani-suara-dengkuran-yang-saling-menyaingi-antara-satu-sama-lain.

Terima kasih kawan kerana sudi menumpangkan aku tido sekali lagi. Tiada kalian, dalam kereta la gamaknya malam ku hari ni. Tapi aku tak tido pun. Apakah?


P/S : Bila mao atasgredkan memori capaian rawak komputer peribadi kalian?


theblabber : Sesekali dengar suara mengaji dari masjid pagi-pagi ni, syahdu pulak rasa di hati.

Wednesday, October 08, 2008

Dilarang berbahasa inggeris



Oh Tuhanku, beliau-Kina Grannis ialah berasap panas. Tersadung pada kamutiub dia semasa sedang melompat-lompat blog. Ovasi berdiri untuknya. Kongratulasi!!


Empat baris saja? Sedang tiada perasaan hati. Sangat penat menjadi terhegeh-hegeh. Apa neraka
??

Monday, October 06, 2008

Lebih sket jer

Disclaimer (mati ar semua entry ada disclaimer) : Entry ni sangat crap. Tak perlu baca kalau tak nak buang masa. Move your cursor to the X sign on your right at the very top of the window.

****************************************************************************************************************************************

" Aku fly 12 hb, jemput datang kenduri 5hb. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
"- mesej hari raya paling @#$@# aku dapat tahun ni. Haha.


Umah kawan.

Pelawaan ke kenduri doa selamat sorang kawan lama yang akan berangkat ke UK minggu depan, tak mampu aku mengelak. Beriya betul dia ngajak. 1.40 sampai umah dia, orang tengah baca doa. "Ko ingat ko sape?"- kata mangkuk tu bila aku call suruh jemput aku yang keseganan kat luar. Eheh. Segan la bongok, takde pun muka member-member kita kat umah ko.

Masuk dalam umah dia, aku heran. Ni kenduri kesyukuran ke kenduri tunang, ke kenduri kawen? Mana ada orang buat kenduri doa selamat ada sireh junjung
, cincin etc.

"Nanti jom ikot aku g umah Sarah. Aku nak bertunang hari ni, 2 in 1.". Glup. Aku terkedu. "Budak-budak matrik ko sorang je tau ni", sambung kawan aku tu lagi. Aku honoured, in the same time terkejut. Nampaknya mamat ni memang sentiasa lebih sket je dari aku. Celaka la kan kalau nak tunang tak bitau aku.


***************************************************************
*************************************************************************
Dulu-dulu.

Aku kenal dia dah lama.Memang dari dulu dia mesti lebih sket dari aku. Kalau dia dapat no satu, aku lak nombor lima camtu. Sekelas darjah lima sampai enam. Satu sekolah masa lower form. Masa ni pun , dia lebih sket dari aku. Kalau dalam form dia top 10, aku top belas-belas. Tak jauh kan? Upper form satu MRSM, kat Jasin. Nasib baik result SPM sama, kalau tak dah tentu dia lebih sket dari aku lagi. Haha. Satu matrik. Dia dah mula jadi kaki pukul, aku suka. Sebab ada back up. Kalau nak gadoh, anytime, cam no hal je. Kat matrik dia lebih sket lagi, tapi aku cam tak heran. Konon-konon nak p Indon. Huh..Melepas. Di pisahkan hanya masa masuk U, dia kat UPM aku nun kat UniMAP yang overrated tuh. Sama-sama saing. Sem satu pointer lebih kurang, sem dua dia lebih sket. Sem tiga masa time aku rebel, jatuh gila babi dapat 2.7, dia dah 3.7. Pastu dia tak toleh belakang, 3.8, 3.9, 4.0,4.0 da 4.0. Shit!! Aku hanya mampu berbangga dari belakang. Nak buat camne, dia memang sentiasa lebih sket dari aku dari dulu . (sket?? haha..saja-saja nak sedapkan hati). Redha je lah. Memandangkan first class degree kat UPM sangat tinggi iaitu 3.75, maka dengan 3.73 he falls into second class upper- sama je kelas kita. Lebih sket je kan? (Gila ko, padahal berbatu-batu dia tinggalkan aku).

****************************************************************************************************************************************

Dalam LRT, ke Low Yatt lepas majlis selesai. Gila skema pegi Low Yatt pakai baju kemeja.

Banyak yang kami sembangkan. Dengan dia aku berani sembang pasal politik, apa yang aku pikir sama yang dia pikir. Dari dulu. Great minds think alike kan? (Sila meludah!!) Haha.

"Aku malas nak pegi. Dulu masa apply beriya. Amek IELTs
, pegi BTN, jumpa Melayu-Melayu bodoh sombong (oh ye, we did even mengutok Melayu tanpa segan silu dalam tren sambil dipandang slack oleh sorang budak yang jelas kelihatan sangat disturbed. Dak UiTM kot-kami berkongklusi.)" , bual kawan aku tu.

" Gila ko. Bukan ramai orang leh buat PhD terus pas degree. Orang cam aku ni sah-sah kena amek Master dulu. Aku dulu beriya apply nak p
sana, ntah kenapa excited nak keje cam orang bodow. Tengok ko nak g sana rasanya nanti balik aku cari balik borang IELTs, borang MARA yang aku take for granted dulu tuh." bual aku lak.

" Hah, apply la. Tulah dulu lagi aku suruh, tapi kerek nak sangat keje".

****************************************************************************************************************************************

Minggu ni.

Minggu terakhir before he off to Manchester. Aku happy untuk dia. Dia tunang dulu dari aku. Memang dia lebih sket dari aku. Tapi ko jangan lupa, tunang ko kat Malaysia. Aku juga kat Malaysia. Uniten tempat tunang ko mengajar tak jauh dari umah aku. Lalala.

Jangan terkejut ko balik Malaysia nanti aku dah ada anak satu. Masa tu baru aku betul-betul lebih sket dari ko, lebih banyak mungkin? Jangan risau, aku baik, tak makan member. Macam yang ko cakap " Ada orang lebih bagus daripada F". Aku tertunggu-tunggu sape orang tuh. Erghhh!!!

**********************************************************
******************************************************************************
On the way balik.

"Tulah ko, dari dulu aku suruh apply, tak nak", terngiang-ngiang kata Hafis sampai aku imsonia malam tadi. How I wish aku lebih berpendirian tetap dari dulu. Huhu..

****************************************************************************************************************************************

Aku happy untuk ko dan dalam masa yang sama bersedih dengan nasib diri yang tak penah lucky ni. Oh Tuhan, Ko sangat adilkan?

theblabber: People changed, and I haven't even lebih sket.

Friday, October 03, 2008

Superhero

Incik 47 rupa-rupanya ialah sorang The Flash. Aku pulak ialah sorang Green Lantern, sangat tak best. Aku mao jadi sorang Spiderman sebab Kirsten Dunst ialah super hot!


Your results:
You are Green Lantern.























Green Lantern
95%
Superman
75%
The Flash
70%
Hulk
60%
Spider-Man
55%
Catwoman
50%
Supergirl
48%
Wonder Woman
43%
Robin
40%
Iron Man
40%
Batman
35%
Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.


Click here to take the Superhero Personality Test



Good imagination?? Eheh.. I bet Neng Byezoora pun mungkin juga sorang Green Lantern.