Tuhan ciptakan manusia dengan keistimewaan tersendiri. Kalau macam masa sekolah dulu, aku jeles dengan budak-budak yang gifted. Bila dah besar ni, aku jeles lak dengan orang yang well build badannya. Aku pun rasa aku ada keistimewaan yang lebih bersifat "pelik". Ada beberapa perkara pasal diri aku yang kadang-kadang aku tertanya-tanya, "ada tak orang lain yang pelik cam aku ni?". Ha ha.
Satu, pusar.
Aku ada pusar kat tengkuk, which is sangat obvious bila rambut dah panjang, dan mempunyai dua pusar ialah tidak langsung cool. Erk
Dua, rabun.
Kalau semua orang muda (remaja juga dewasa) pakai glasses sebab rabun jauh, aku lak lain. Kalau rabun jauh power cermin mata korang negative (-ve) kan,aku pulak positif. Bukan rabun dekat, tapi apa ntah namanya. Rasanya dalam Men's Health bulan lepas ada citer pasal ni.
Akibat daripada keunikan ini, perempuan cantik boleh guna my glasses bila dia nak membaca, only that dia kena adjust sikit kedudukan bahan bacaan beliau.
Tiga, jerawat.
Oh, korang ada jerawat atas kulit kepala tak? Atas kepala maksud aku di celah celah himpunan rambut ini. Mostly takde kan? Aku ada banyak gila, which is sangat sakit dan sangat tak best bila picit berdarah-darah. Tapi ok lah kot, daripada depa tumbuh melata kat muka.
Empat, ingin tahu.
Aku dilahirkan (rasanya lah) dengan kuriositi yang menebal. Bila instinct aku dah di triggered, mesti aku nak find out sampai dapat. Contohnya kalau ada orang misscalled aku banyak kali, bila aku tanya "ni siapa" dia tak jawab, harus aku pergi tanya kawan aku yang kerja kat syarikat telekomunikasi ni. Nama penuh dia aku dapat, tell you!!
Nasib lah siapa yang misscall tu kebetulan adalah pelanggan syarikat telekomunikasi tempat kawan aku kerja tu. Haha
Orang putih cakap "Curiosity kill the cats", tapi lantaklah, aku bukannya kucing. Eheh
Lima, tidur.
Satu lagi, kalau tido aku akan pastikan either side kanan or kiri lebih tinggi daripada the other side (macam mengereng). Maknanya aku akan letak bantal bawah badan nak bagi tinggi. Kalau ada dinding, aku sandarkan sikit kat dinding. Jangan tanya apa motif, aku pun taktau kenapa ntah.
Oh, aku juga perlukan bantal untuk memeluk untuk tidor. Memang tak boleh tidor kalau takda benda nak dipeluk. Erk
Enam, kurus
Aku makan lah banyak mana pun, badan maintain je. BMI cukup-cukup makan, iaitu 19. Kelebihan ini membuatkan rakan-rakan perempuan agak cemburu dengan kebolehan badan aku, tapi seriously aku tak suka. BMI ideal dalam 21 kan? Akan ku usahakan!!
Tujuh,
Aku pun tak tahu kenapa aku buat senarai ni. Macam cheesy je, tapi blog aku kan, suka aku lah. Siapa suruh korang baca. ha ha. Bluweekkkk.
Gambar hiasan.
Apapun, setiap ciptaan tuhan itu sempurna sifatnya. Marilah belajar erti bersyukur :)
Nauzubillah, susah betul nak ucap Alhamdulilah. Kalau mencarot tu, lancar lagi fasih mulut aku menyebut. Huhu