Monday, November 30, 2009

Aidiladha.

Kawan-kawan,

Thanks for the time (and money) spent. Makasih tak terhingga. Sudi datang jauh-jauh dari Malaysia. It marks a wonderful aidiladha for me.

True, experience is not that cheap and a group of good friends is something money can't buy.

Sori, if ada apa-apa yang terkurang. Tidur berhimpit-himpit. Makan cincai-cincai. Mandi kena amek nombor.

Jangan serik nak datang lagi ye.

;)

theblabber: Matilahh, jamu tetamu dengan Maggie.

Wednesday, November 25, 2009

Quick recap.

Satu.
Huarghhh. Kononnya beli duvet 2 biji untuk kawan-kawan yang akan datang sini Raya Haji nanti. Beli online, canggih kan? Tapi hampa bila delivery tadi sampai, bukannya duvet yang aku dapat, tapi rupanya sarung duvet. Huarghhh lagi.

I hate online shopping, tiba-tiba. Eh, sendiri cuai, online yang aku salahkan? Hehe

Dua.
Just recently, saya belajar, dalam hidup ni, kalau saya tak worth menjadi sesuatu pada seseorang, lebih baik saya back off.

I don't ask for any re-pay, cukup a token of appreciation. It won't cost you any pence.

Tiga.
Mak saya called. Dia tanya pasal insurans etc. Saya cakap tak mao bayar (obviously sebab takde duit). Beliau cakap, "nanti Ma bayarkan". Saya terharu. Betul kan, orang yang bernama Mak tu "will always be there when we in need".

Saya anak mak. So?

Empat.
Kesian kan, orang yang ingat dia kelakar, buat lawak (yang kononnya lawak) tak tentu arah sebenarnya adalah makhluk paling annoying sekali.

Camne nak bagi orang macam ni sedar diri?

Lima.
Sekarang pagi petang siang malam hujan. Sejuk. Nak pergi kelas pun macam liat. Tapi tadi dalam kelas, lecturer saya boleh pesan "I know it's getting colder now, but please get yourself wash everytime you wake up in the morning". Haha. Macam berpesan kat budak sekolah rendah. Tapi betul kata beliau, "you won't smell yourself, but other does".

Dan saya berharap budak depan saya tadi terasa dengan nasihat lecturer saya tadi tu.

Enam.
Ada sorang ni add saya dalam ym, lama dah. Kami pun jarang chatting. Dia add saya dari blog,katanya. Satu hari, saya bosan, lalu saya tegur (setelah sekian lama) dia di ym. Pastu, dia boleh tanya, "siapa ni?"

Pathetic kan orang tu? Ko yang add aku.

Tujuh
.
Satu hari, kawan saya tanya, "kau marah ke?", saya jawab, "takdelah, aku cool".

Kawan : Walaupun aku sekolah tak tinggi, aku tau orang cool tak mengaku diri dia cool. Orang poyo je macam tu.

Betul gak cakap dia kan? Saya rasa orang poyo je yang self-worshiped dan self proclaimed nih.

Lapan
.
Jangan berjanji kalau rasa tak boleh buat.

Sembilan.
Kepada siapa-siapa yang dah terima poskad, semoga anda bergembira saya ucapkan.

Itu sajalah yang saya mampu.

Sepuluh.
Bye.

Tuesday, November 24, 2009

Selamat

Tiba-tiba saya teringat kawan-kawan yang sama kerja di Saudi dulu.

Selamat mengerjakan ibadah haji kepada depa semua. Doakan aku pass exam dengan gemilang dan jayanya. Haha.

Selamat Raya Haji semua. Have a blast! Aku raya dalam kelas je nanti.

theblabber: kalaulah aku tak cabot dulu, dah jadi haji agaknya now. Haji Miezi. Eheh

Tuesday, November 17, 2009

Wishful wish.

Sometimes I wish I don't have any wishes.

And I always wishing me the best in wishing the wishful wish to not make any wish.

Oh, I wish!!

Monday, November 16, 2009

Writer's block?

Beli poskad banyak-banyak, tapi tak tahu nak bagi kat siapa. Haha

Nak ingat orang yang significant dalam hidup pun payah.

Nampak sangat ntah apa-apa!

Haishh.

Friday, November 13, 2009

I don't know if I can yell any louder . How many times have I kicked you outta here? Or said something insulting?

Sekeras-keras batu boleh dilembutkan dek titik-titik air.

Inikan pula kerasnya hati Encik Miezi.

Wahai hati, berkeras lah. Aku penat jadi muka tembok.

Heh.

theblabber : Matilah, tajuk copy paste lirik lagu Pink. Haha

Wednesday, November 11, 2009

When stress strikes.

Hari ni marked 2 months aku tak tengok Astro.

Dengar ceritanya, artis feveret I masuk Sehati Berdansa?

Semoga berjaya, Sazzy!! Love you foreber and eber.

Doa dari peminatmu yang kejauhan..Haha.


theblabber
: Kejap je masa terbang. Sedar-sedar, dah nak exam.

Monday, November 09, 2009

Trust

Seperti kawan aku juga, nasib baik Perempuan Cantik a.k.a Mak sangat memahami.

Jadi, bila aku kata aku tak percaya siapa-siapa melainkan diri sendiri, aku sebenarnya dalam tak sedar sedang menipu.

Biarlah rasa kurang percaya ini terus ada pada yang lain, sekurangnya kalau esok terjatuh, aku lebih bersedia.

Dan yang paling penting, boleh bangun semula.

Hmmm. Selamat Isnin semua!!

Saturday, November 07, 2009

Dear marimerepek,

Ok, lupakan kisah plagiat di bawah. Tak faham aku apa motif Cik Wati memplagiat entry pasal Nota untuk perempuan. (Tak pasal-pasal aku dah syak wasangka yang bukan-bukan). Tapi takpelah, syak wasangka tu perlu, agar kelak lebih berhati-hati dalam menghadapi hari-hari mendatang. Matilah ayat! Well, mungkin dia juga mengalami kejadian yang sama dengan aku kot. Maafkan lah, budak-budak baru nak ada blog.

Anyway, being busy this week. Class full 9am-5pm, everyday termasuk esok, Sabtu. Tapi aku suka lecturer tu. Mr. Dave Bowie nama dia. Pandai cakap Melayu 4-5 patah. First day class, dia cakap "selamat pagi". Pastu dia ada cakap "terima kasih". Kalau budak-budak lambat masuk kelas, dia panggil "cepat-cepat". Dan paling best, bila dia tersilap tulis, dia boleh cakap "alamak". Mengajar pun bagus, walaupun hari ni lepas lunch aku dah tak boleh nak adsorb satu apa pun dia merepek. Tapi dia best. Pengalaman luas gila. Cool lak tu. Aku tak tahu lah kenapa lecturer-lecturer yang dah tua-tua ni cool, unlike some those yang baru jadi lecturer, kereknya perghhh. Lantaklah, perangai masing-masing. Asalkan tak terhakis kulit aku sudah. Erk. Esok aku plan nak ambil gambar dengan dia lah. Lecturer paling best dalam hidup, by far :)

Aku ada order CD kat Amazon. Hari-hari balik kelas, check mailbox dengan harapan dah sampai. Hampa je sampai la ni tak sampai lagi. Betullah penantian satu penyeksaan. Erk.

Sekarang weather dah mula berubah. Pukul 4.30 petang dah maghrib. Pukul 5 je dah gelap. Sejuk tak payah cakap lah. Dah tengah hari pun bercakap keluar asap kat mulut sekarang ni. Malam semalam check suhu dah jadi -1. Sekarang ni hujan. Bertambah lah sejuk.Tapi takpelah, pengalaman. Syukur je dapat rasa ni semua.

Matilah, merungut.
Exam lagi sebulan, tapi heck aku rasa macam satu apa pun tak terisi otak ni. Mungkin sebab aku penat kot. CD lak tak sampai-sampai lagi. Plus pulak macam-macam happened recently. Pastu aku rindu-rindu kot. Rindu kat Perempuan cantik, abah, adik-adik, along, Iyad, orang kat kajang, kawan-kawan. Semualah aku rindu. Lagi satu sebab lapar kot. kuikuikui (aduh, citer makan lagi? haha)

Duh, time-time macam ni lah baru teringat, alangkah bagusnya ada bahu aku nak menyandar, ada telinga nak mendengar. Tapi takpe, aku cool juga tough! Lalala.



Oklah, nak tidur dulu. Nak mengadap kelas terakhir esok dalam minggu ni. Night!!

Pen off,
Miezi AJ.
Friday, 6th Nov, 6pm, Edinburgh.

Friday, November 06, 2009

Told you :)

Anonymous Anonymous said...

hi miezi.
got to tell u something.

someone copied your entry.
and dia buat benda sama to other bloggers too.

http://qasehvda.blogspot.com/2009/11/nota-untuk-wanita-yang-tidak-dapat.html

poor her lah.

Thank you, Anon ;)

Takpe Anon, orang yang mampu berfikir (seperti anda), mesti tertanya-tanya apa motif pemilik blog qasehvda tu kan?

theblabber
:
Hmm, walaupun the blog no longer wujud, boleh saman tak agak-agak? Ceh, cakap macam banyak duit. Haha.

P/S: Wonder kat blog mana dia buruk-burukan aku. Sian lah. Bak kata cik anon, poor her. Indeed.

Thursday, November 05, 2009

Pilem

Aku tak ingat bila kali terakhir aku menonton movie.

Mesti apek jual DVD depan Giant kat rumah tu rindukan kunjungan aku.

Erk.

Wednesday, November 04, 2009

Nota untuk wanita yang tidak dapat menerima hakikat aku meng"hide" tagged photo di FB dan juga sakit hati kerana aku kurang melayannya ber"chatting".

Get a life. It's not even my our loss. Berhentilah jadi Melayu yang suka ambil tahu hal orang. Tidak penatkah kau? Apakah niat kau sebenarnya? Ingin memberitahu kepada wanita-wanita di dunia bahawa : "Don't get close with Miezi. Dia hanya mempermain-mainkan perasaan kamu saja". Itu niat mulia yang kau maksudkan? Berhentilah menyalak kalau kau di pihak yang benar, Cik Nini.

Dan kau yakin apa yang kau dengar itu betul belaka? Duhh, someone has never learnt. Grow up babe! Cukuplah 2 kali kau interfere dalam hal aku.

Untuk wanita yang dimaksudkan di atas (yang mengaku kononnya dulu pernah ter"feeling" kat aku walau pada masa yang sama sudah berpakwe), aku tinggalkan kau dengan dua hadith ini;

"Daripada Ibn Abbas r.a:”Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar ,adapun yang seorang disiksa kerana tidak istinjak setelah kencing , sedangkan yang satu lagi kerana suka mengadu-domba (melaga-lagakan)". (H.R Al-Bukhari).

dan

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.

Teringat pesan seorang kawan, bila masalah wujud, ada 2 saja pilihan yang perlu kita pilih. Samada memeningkan kepala memikirkan mengenainya, atau let it be. Sekarang aku memilih untuk let it be, kerana terang-terang bukan aku yang cari masalah tu. Plus I am no highschool boy untuk turut sama jump into your mud of stupidity. Let alone moron clowning themselves.

Oh Tuhan, am glad semua ini berlaku. Sekurang-kurangnya aku belajar untuk mengenali satu lagi jenis manusia di dunia ini.

Semoga dengan meng"remove" kami dari Facebook, akan menggembirakan kau (walaupun agak loser tindakan itu). Tak terhakis sedikit pun kulit kami- quoting a friend of mine.

I'm quit playing your shit and may you be happy with the result. Pergilah main jauh-jauh.

theblabber: Awas, jangan ingat yang bertudung itu tidak "bertanduk" semuanya.

P/S: Kasihan dengan Nadiah, tak pasal-pasal terlibat sama. Nasib baik wanita yang dimaksudkan itu tidak mengenali Amal dan Munirah (rakan study aku dari Oman), else sure dia dah approached mereka ni dan menyatakan niat sucinya itu kepada mereka ini. Huh.

P/S/S: Hide dan remove adalah 2 perkataan yang sangat beza maknanya. Sila rujuk kamus untuk pengesahan.

P/S/S/S: Maaf, tidak perlu terasa jika bukan engkau yang aku maksudkan. Makin aku diam, makin menjadi-jadi kau. Dan makin kuat kau cuba melaga-lagakan aku, makin terbuka pekung kau dengan sendirinya.

Monday, November 02, 2009

Pesan buat adik.

Tengah masak dinner tadi (asek citer makan je kan?), sambil bercerita apa yang berlaku recently, aku sempat pesan kat Nad.

Nad,
Life is short. Pointless to mourn over unnecessary stupidity.
It's short for us to complicate the straight-forward route. And it's even shorter for us to sad over the imperfection. Life is to be shared with the loved one. Not to be hated. Tak payah cari musuh, esok mati kawan-kawan juga yang sedekahkan al fatihah.

"Eh, kawan-kawan awak ada yang dah meninggal?" Nad tanya.

Aku berhenti kacau bihun tu jap. Berfikir. Teringat pula kat depa yang dah takde.

"Ada 3-4 orang, kot", aku jawab sambil jolok-jolok botol garam yang seakan berkeras untuk bekerjasama dengan bihun dalam kuali tu.

Tiba-tiba.. TUPP

"Nad, saya tercurah garam dalam bihun ni. Macam mana ni? Matilah darah tinggi". Aku gelabah bila suku botol garam tercurah dalam kuali tu.

"Takpe wak, life is too short to cry over the past". PIAK. Dia pulak nasihatkan aku.

Heh!

theblabber: Oh, I even pesan to her, jangan sesekali dah baling batu, lepas tu sorok tangan dalam poket. Show the whole world you got tits. Haha.. (berkata lucah kepada seorang kanak-kanak).