Dapur ni banyak sejarahnya. Pernah diugut oleh beberapa kali oleh warden untuk dikunci (which eventually it was locked twice due to the complaints by the housekeepers).
Masalahnya, dapur ni, sering digunakan mamat dari China tu. Kira hari-hari dia lah yang berkompang kat dapur. Aku and the other two Irish selalu makan kat cafe or atleast akan baked or re-heat je frozen food saja. Penat dan malas nak spend masa lama-lama memasak (baru tahu penat rupanya menjadi seorang ibu yang berkerjaya ni). Makanya, disebabkan dia selalu masak, we surely expect him to clean up all the kekotoran. Sponsorhip kami tak bayar kami untuk melakukan amal jariah untuk membersihkan dapur setiap kali dia habis masak.
Nak dijadikan cerita, bila housekeepers selalu tinggalkan notes ugutan yang dapur tu akan dikunci oleh warden, makanya aku dengan ikhlas hati membersihkan dapur tu. Ye, walau bukan aku yang masak, demi nak re-heatkan makanan aku sanggup bertukar jadi housekeeper untuk 10minit. Aku lah yang buang sampah. Aku lah yang mop lantai. Pendek kata merasalah jadi housekeeper untuk 10 minit. Aku pernah tegur mamat tu, tapi dia kata "I don't have sponge". Dasar lelaki birah!
Nak dijadikan cerita lagi, satu hari yang hening, kerana geram yang teramat akibat menerima another ugutan by the housekeepers, aku pun bersihkan la dapur tu. Entah taktau dari mana idea datang nak dajalkan mamat China tu.
What I did was, aku lap dan sental dapur tu guna sponge dan berus kasar (dengan sabun of course) dan aku perah air perahan yang aku lap tu dalam periuk kat atas yang berisi turkey tu. Hamekkk!! Puas hati weh..Puas sebab selain dapur bersih (dan housekeepers akan tersenyum girang), aku juga puas hati kerana si pengotor akhirnya menerima pembalasan yang setimpal.
Aku tak tahulah kenapa selalu jadi mangsa berkongsi hidup dengan pengotor, which always ends up aku yang jadi janitor. #$@#()@! gila. Dulu masa degree pun sama. Sakitlah kalau setiap kali cleaning, aku je yang nak buat, kalau gotong royong boleh terima gak.
Betul la kan, Islam dah ajarnya umatnya menjaga kebersihan and thats why aku tak leh tolerate pengotor. That was my second time mendajalkan orang pengotor dalam diam (dan secara bijak, definitely).
Pengajaran dari citer di atas ialah berhati-hati lah kalau melihat aku berseorangan sedang tekun membersihkan kotoran akibat perbuatan orang lain.
You are what you eat- kata orang kampung aku (juga kata2 menyedapkan hati agar tidak rasa bersalah), maknanya si pengotor memakan benda-benda yang kotor.
Serve him right.
theblabber: Nanti aku citer pulak kisah aku basuh kolah dan lubang jamban masa degree dulu- which aku pernah tulis dulu kat sini.
6 comments:
saye pun tak suke duduk dgn org yg pengotor..rase mcm nak belasah je..tapi end-up saye tak belasah pun die, saye jadi tukang cuci lak..haishhhh..
memang sukar hidup dengan orang pengotor bukan.
langsung tak ada perasaan!~
Duh. Aku tau mcm mane rase die jadik "bibik" kpd malaun-malaun pengotor ni sebab, aku pun selalu kena mcm tu!
Member aku ni slalu mention psl kerajinan dia mengemas bila kat rumah sendirik, but Im not buying it sebab aku sendirik nmpk betapa pengotornya dia dkt rumah sewa kitorang.
Dh byk kali dia biarkan makanan yg dia masak kat dapur semalamam smpi dah busuk.
Esoknya, aku jugak yg kena hadap bersihkan makanan busuk tu sebab aku tau dia takkan kemas. Blergh.
prnh ade roomate pengotor. xtaw nk tegur mcm na... skit mata tgk tmpat dia, nk la tlg bersihkn, dia xbgi kot... xfikir lgsg org yg kgsi 1 bilik dgn dia...
http://surayasulatin.blogspot.com/2009/02/penyakit-pemalas-pengotor.html
nak share jugak. kiter bernasib yg sama. rasa mcm pantek. geram aku.
bagus taktik hang.........
Post a Comment