20110331

Of Mak Sue.


Entry saikosis sebelum ni terpaksa didelete atas sebab2 yang tak dapat diumumkan di publik (ini macam ka eja public ni Malay?) Makanya untuk itu, marilah kita menulis perkara2 yang menggembirakan saja.

Entry ni khas untuk Kak Sue, or Mak Sue, Suraya Sulatin or Choyaya or whatever people called her.

Mak Sue (jap2, nak pi amek kertas yang aku dah jot down malam tadi point2 apa nak tulis. Haha),

Siapa sangka kan, daripada email kau sebagai peminat blog kepada aku (sound effect bunyi petir), kita boleh berkawan baik sampai hari ni. Aku nak cakap terima kasih banyak2 sebab sudi berkawan dengan aku yang serba kekurangan lagi hina ini.

Terima kasih sebab jadi a real friend during the ups and downs,
Terima kasih sudi pinjamkan telinga masa aku nak bercerita,
Terima kasih bagi pinjam bahu masa aku nak menyandar.

Terima kasih juga for having faith yang suatu hari nanti aku akan berjaya dan juga hot.
Terima kasih untuk kata2 semangat tatkala orang lain sendiri tak percaya kat aku.

Teringat lagi masa mula2 aku bagi kau FB aku. Gila tak boleh blah reaksi kau. Told you, aku ni gemok, pendek, hitam, tapi tak caya.

Teringat lagi satu entry kau yang ada stranger buatkan kau tersenyum dan hilang sedih di hati dengan tulisannya. Aku tahu stranger tu aku, tapi aku malas nak perasan lebih2. (reputasi kena jaga beb!!)

Dan, bangga lak aku gambar kari ayam aku masak berjaya mempengaruhi kau untuk masak benda yang sama untuk suami tersayang, Abang Saz.

Kata bestfriend dengan aku (dan2 mengaku kawan baik), tapi haram sekali pun tak pernah bawa jumpa Fouziah Gous tu (tiba2 minat dia. Hahaha)

Mak Sue,
If I am gonna get married soon, sure kau orang pertama aku bagi tahu (*kata nak suruh kau jadi pengapit?Gila,tak pernah buat kat orang pengantin laki pengapit perempuan. Haha).

Mak Sue,
Aku nak bagitahu satu benda. Tapi janji jangan marah ek. Aku kan.....sebenarnya kan.....hmmmm. Janji? (haha) Aku kan sebenarnya tak pergi pun test pilot kat Air Asia masa Chinese New Year lepas. Sebab tu aku refuse to talk about it. Tapi Air Asia panggil gak amek test tu bulan June nanti. Tengok lah macam mana. Jangan marah ek, nanti marah dah tak nampak muda (bunyi cengkerik tiba2). Aku memanglah teringin sangat nak jadi pilot, tapi penatlah kot nak belajar lagi. Hmmm.

Mak sue,
Aku masih ingat lagi email mu 2 tahun lepas dimana kau beriya2 berjanji untuk belanja aku makan seafood di Lalachong sekembalinya aku di Malaysia. Dah dekat 6 bulan aku balik, mananya seafood tersebut? (muka berang)

Mak Sue,
Sila doakan aku dapat kerja cepat2. Biar aku je lah yang belanja kau dengan Abang Saz (mungkin juga Poja??) makan di LalaChong. Nak tunggu kau belanja takot nanti kempunan. Plus aku rasa ni cara terbaik nak suruh kau constantly doakan aku. Haha

Oklah Mak Sue, aku doakan semoga Mak Sue dengan Abang Saz dapat baby cepat. Sure nanti baby tu comel macam aku parentsnya (dah kata menang pertandingan XYZ. Lagi berani nak cakap kau tak cantik? <--kena ugut ni selalunya)

Oh sebelum terlupa, kepada sesiapa yang tercari2 di mana untuk makan di mana2 restoren, jangan malu jangan segan untuk bertanya Kak Sue, dia memang handal dalam bab2 makan memakan ni.

Again Kak Sue, terima kasih untuk semua2. (sambil menguap). Eh jap, jangan menangis lak bila baca ni. Kau tahu kan, aku tak suka kau jadi pondan. Haha

theblabber: Betul kan restoren tu nama LalaChong? Aku pakai tibai je ni.

10 comments:

Fyza d.Hana said...

sangat..sangatt..sangattt..sangattt suka dengan entri ni..

-tibe2 kita pula yg rasa sebak.. ;P

theblabber. said...

nah tisu.

syamimi fatin said...

asal ak yg sebak ni? cis

Chooyaya! said...

aku rasa ni kali keempat ko berjaya buat aku sebak. cilake lu !

aku nak buat point jugak, tak kira

1. terima kasih pasal ada entry khas untuk aku. sob sob. nanges dah ni.

2. terima kasih pasal jadik kawan aku jugak. walaupon aku selalu emosenel, mengamuk tak pasal2 tp sebagai adik u know how to handle. bagus. ingat senang nak handle aku? hormat sikit kt kakak ni. Pang!! (stop call me orang tua)

3. yg gemok pendek hitam tu semuanya 360' berbeza. kau kacak, putih, kurus. gigi tersusun. cuma sgt kurus jerk. macam tak ckp makan. and jadik buff blom tentu kacak. so tak perlu nak mengada2 masuk gym kalau makan sekali sehari. dah tu makan tak berkhasiat mana nak gemok.

4. ko end up akan jadik pilot yg hot. trust me. and pasal ko tipu aku yg ko tak pergi pon masa cny tu, ko mmg jahat kerana mampu menipu aku hingga ke saat ini. cis !

5. la la chong tu, jom la nanti kiter pergi. ahad ni ker.. hahahah. ajak mira skali. poja tadek now. dia pi umrah. so ko pilih date. mana tau poja tetiba nak dgn nko ker lepas jumpa ko. hahahaha

6. selama ni ko dengan mira tak ikhlas la eh kata aku cantik? pasal takot kena marah dgn aku jerk la kan. cis! hampir aku terperasan

7. aku tetap nak jadik pengapit nko nanti and ko kena carik gf yg tidak kuat jeles la kan?

8. paling aku tak blh lupa, mcm mana ko jaga aku dengan sarah masa dkt downtown, smpi ko alert sesape yg sebok usha aku. so sweet of u (eh ni dah mcm skendel) haha.

9. i wish u all the best! harap ko akan berjaya. dan kacak. dan hot. dan kaya. pada masa tu, ingatlah aku yg never ever stop believe in u. :)

theblabber. said...

Tunggu poja balik umrah dululah..haha (nak jugak nihh).

Thanks and now aku lak terharu *sambil mengelap sesuatu di pipi dgn kolar baju.

Hehe

A E D A said...

gahh pilot is soooo my ambition jugak! tetibe tersesat masuk utp :|

zarina said...

ohh..entri sblm ni ada menyinggung perasaan somebody ek..sib baik sempat baca semalam

theblabber. said...

aeda..
cool gila bila pompuan jadi pilot.

zarina..
unfortunately, yes :(

H.A.N.A said...

oommmjjjaaaayyyyyy!!! so sweet! untungnya kak sue ade kawan mcm nie..

touching pon ade gak :P

FUZ.QYM.Y said...

haha. i bet after this you still insist to call kak sue "orang tua". Do you?