Disebabkan aku rasa hidup ni terlalu singkat to stress out (really?? hahaha) over something unnecessary, aku rasa mulai entry ini, ruangan komen akan ditutup buat selama-lamanya. Ye, korang akan cakap "ada aku kesah?", and to tell the truth aku pun tak kisah ada orang baca dan komen apa yang aku tulis atau tidak.
Kadang-kadang aku terfikir, depa ni betul-betul baca ke atau hanya baca tajuk terus nak komen? Ke baca perenggan pertama dah terus nak komen? Ke komen sebab expect aku pergi baca blog depa balik dengan harapan akan dapat trafik tinggi lalu boleh menjadi kaya raya dan dapat beli kasut jenama Bata buat pakai raya nanti?
Dan maaflah kalau salah satu entry aku dikategorikan sebagai bangang oleh seorang budak ni. Sian ko terpaksa baca sesuatu yang bangang. Tak pasal-pasal bangang juga.Tapi sebelum nak membodohkan diri, apa kata habiskan dulu study tu. Sian mak pak hang hantar study susah-susah, tapi ko dok habis masa update/baca blog.
Study entah ke mana. Duit hasil berblog? Tapi takpe, nanti aku kasi duit raya RM50 kat ko. Tak payah susah-susah tinggalkan jejak kat blog orang lain untuk memalukan diri demi untuk nak cash out kan duit nuffnang.
Ok?
Aku rasa dengan tiadanya ruangan komen, aku akan lebih bebas nak bersuara untuk apa yang aku rasakan tanpa perlu berhati-hati untuk tidak menyinggung mana-mana pihak lepas ni. We'll see how it goes.
Aku rasa dengan tiadanya ruangan komen, aku akan lebih bebas nak bersuara untuk apa yang aku rasakan tanpa perlu berhati-hati untuk tidak menyinggung mana-mana pihak lepas ni. We'll see how it goes.
Apapun, selamat berpuasa dan berhujung minggu, semua. Dah jangan buang masa baca blog. Pergi mengaji lagi bagus. Apa lah sangat duit berblog berbanding ganjaran pahala mengaji Quran, ye tak? :)) Dan kepada yang dah terjadi bangang sebab baca blog merepek ni, pergilah belajar rajin-rajin. Aku cabar kasi dapat Dean's List, boleh?
P/S : Kalau ada rasa apa-apa, email je lah. Oh ye, bukanlah nak berlagak (ehem2). Walaupun blog ni suam-suam kuku tidak seperti anda yang lain, puluhan email yang saya dapat bercerita dan berkongsi segala rasa adalah sesuatu yang pada saya sudah cukup lebih daripada puas. Ejakulasi pun tak sepuas itu! Terima kasih banyak-banyak :))
No comments:
Post a Comment