20111019

Roundabout dalam bahasa Melayu apa eh?


Hari tu saya kemalangan. Hari apa saya lupa, tapi minggu lepas lah. Alhamdulilah, takde apa-apa yang buruk berlaku ke atas saya, cumanya kereta yang kena masuk bengkel.

Masa kemalangan tu, macam biasalah, pemandu-pemandu kereta sekeliling akan slow down kan kereta mereka untuk melihat kemalangan yang berlaku. Excited mungkin.Tapi selain daripada memperlahankan kereta, tahukah anda terdapat 4-5 biji kereta bodoh yang dok meng"honk" aku. Eh bodoh ke apa? Kalau lah kemalangan tu ada bau, dan boleh dielakkan, sure stastitik kemalangan jalan raya kat Malaysia ni 0. Ye, sifar. Depa ingat aku suka-suka nak accident kot?

Disamping membodohkan diri dengan memperlahankan kereta untuk melihat kemalangan, dan membangangkan diri dengan meng"honk" kereta orang yang terlibat kemalangan, ada few lagi sikap (sesetengah, bukan semua) pemandu di Malaysia yang agak memualkan.

Satu.
Dah sampai simpang baru nak bagi signal. Gila macam mana dia boleh lepas ujian memandu, aku pun kurang pasti.

Dua.
Memandu di lorong laju (kanan) dengan kelajuan 50km/j. Like hello???

Tiga.
Meng"honk"kan pelatih/orang yang sedang belajar memandu sebab dia bawa kereta perlahan. Macam lah masa dia belajar kereta dulu tiba-tiba datang bakat boleh bawa kereta dengan cekap dan hebat kan?

Empat.
Jika di roundabout kalau nak masuk simpang di hadapan, tapi memandu di lorong kanan. Kejadian ini seringkali berlaku di Labuan. Why lah Labuan? Kalau nak masuk simpang depan semasa berada di roundabout (roundabout dalam bahasa melayu apa ha??), silalah memandu di barisan paling luar untuk mengelakkan orang lain berhenti sebab nak bagi anda jalan. 

Lima.
Kereta yang "bajed" import nak pakai lampu warna putih? Silau kot ngok! 

Eh yang kelima tu termasuk dalam list sikap pemandu juga ka? LOL. Biaq p lah  asal cukup 5 points nak tulis. Hehe. 

For a record, that was the second time kereta ni kemalangan. And both aku yang drive. Haishhh..Kena mandi bunga 7 jenis bawah jambatan 3 malam berturut-turut ni.

Apa-apa pun, pandulah dengan cermat dan sebolehnya cubalah elakkan menjadi antara pemandu-pemandu yang disenaraikan di atas.

Wasalam.