Dalam berbual dengan mereka yang "native language"nya bukan Bahasa Melayu, kita dengan secara tidak langsung haruslah berbahasa Inggeris untuk memudahkan komunikasi. Tapi dalam pada berbual tu, saya perasaan, ada beberapa perkataan bahasa melayu yang saya TERSEBUT/TERCAKAP bila berkomunikasi bersama mereka.
Gila kan, tiba-tiba intro citer pasal bahasa dan komunikasi? Takde salam takde apa. Hahaha.
Ok, mari kita lihat contoh-contoh dialog di bawah.
Satu.
Aku : John, who should sign here?
John : The company man.
Aku : YELAH, I know, but who?
Dua.
Wilson : theblabber, let's go dinner.
Aku: JOM
Tiga.
Andy : theblabber, is true that this one should be here?
Aku: TAK. It should be there.
Ok lah, tu je contoh-contoh yang dapat saya fikirkan setakat ni. Nanti kalau ada lagi teringat, saya update (bajed ramai orang nak tahu). Saja-saja update taknak bagi blog ni bersawang.
Anyway KL, here I come!! Yay.
Oh sebelum tu, aku (??) terdaftar untuk kategori 21km untuk Putrajaya Night Marathon Sabtu ni. Ada sesiapa nak tukar kategori dengan aku tak dengan rela hati? Hahaha
P/S: Hi to new followers :)