Aku sembang dengan kawan. Di whatsapp. Bertanya tentang sinopsis drama beliau yang tewas di Finas. Aku tanya kenapa. Menurut dia, mungkin orang Malaysia tak sedia lagi dengan cerita begini.
"Tak nak cerita yang deep", kata dia.
Aku fikir-fikir balik bila kali terakhir cerita Melayu buat aku terfikir. Ada satu. Cerita arahan Zulhuzaimy. Tak ingat tajuk tapi Sariyanti yang berlakon. Masa tengah menonton aku rasa cerita tu sangat lembab. Draggy. Tapi bila dah habis menonton, baru terfikir. Fikir the possibility of why and what.
Bukan nak condemn, tapi aku rasa memang betul. Kita senang dengan Halimah Capang. Senang dengan cerita cliche yang menuntut air mata. Jangan marahlah kalau aku lagi excited nak tengok Oscar daripada Filem Festival Malaysia (??).
Bercakap pasal air mata, aku terfikir takde pelakon Malaysia yang sehebat Wan Maimunah dan Nurkhiriah. Siapa boleh lupa Nomi dalam Kerana Cintamu Saerah? Oh Benjy,anda juga adalah rare breed kat Malaysia ni. Tapi sayang...
Orang Malaysia judgemental. Jadi selebriti kena cantik dan kacak. Bakat boleh dibentuk (kononnya).
Orang Malaysia judgemental. Jadi selebriti kena cantik dan kacak. Bakat boleh dibentuk (kononnya).
Aku terfikir mahu saja berguru dengan nama-nama kat atas tu. Underdog, low profile, tapi superb. Berguru dengan orang mantap, inshaAllah hasilnya pun mantap.
Eh objektif tiba-tiba nak jadi pelakon?
Penatlah jadi engineer.
Cam sial!
Bakat kan boleh dibentuk.
Hahaha.
Ok. Cukup merepek. Bukan semua orang faham bahasa sarkastik. Sebab entri ini bukan skrip Halimah Capang. Oh ya kepada kawan itu, semoga cita-cita menjadi script writer tercapai satu hari nanti. Amin daripada sahabatmu.