20120509

Stalk.


Rasanya semua orang pernah jadi stalker. Sebagai stalker, ada beberapa etika yang perlu kita titipkan untuk menjaga kewibawaan diri agar cemerlang sentiasa.

First and foremost, bila kita dah stalked seseorang, don't ever let the person we stalked know that s/he is being stalked. Tak perlu terlebih rajin nak email orang yang distalk "eh, theblabber ni muka macam Josh Hartnett ek? Saya nampak kat xyz hari tu". Please don't. Simpan je apa yang anda tahu pasal seseorang itu dihati sendiri.

Sebabnya mudah saja. Taknak bagi orang yang distalk itu cuak/annoy/takut/rimas dengan anda. Buat relax je dah.

Biasalah, manusia memang sering didorong rasa curios. Macam aku pun ada rasa curios nak tahu how this kakak looks like, her name and whatnot. Ditakdirkan Tuhan, aku TERtahu lak macam mana (blame it all on the curiosity). Tapi disebabkan tak mahu hubungan virtual dengan kakak tersebut berantakan, maka saya buat2 taktahu je yang saya sebenarnya dah TERtahu perkara-perkara yang disorokkan akak itu.

Apapun etika di atas hanya applicable untuk stranger to another stranger (macam saya dengan kakak itu). Kalau long lost friend atau someone yang close yang stalk kita, tak perlu kot nak rasa cuak/annoy/takut/rimas. Rasa bangga ada lah kot? Erkkk..

So itu jelah updates kali ni. Tadi kata beberapa etika, which is plural ie. lebih dari satu, tapi isi pentingnya satu je aku point out. Kalau karangan SPM, pemeriksa harus terus bagi D.

Dan sebenarnya, apakah makna stalk dalam bahasa melayu? Intip? Selidik?

Entahlah. Good night!!