20161209

IG/gift/paid review.

Dalam nak mempromosikan tudung keluaran brand aku, selain daripada buat fbads (iklan di fb), aku juga ada approached some so called social media influencers. Tapi most of them yang aku jumpa, akan bagi aku bad impression.

1- Ada sorang minah ni ig dia dalam 100k lebih followers. Janji nak buat review DUA kali. Alhamdulilah, yang pertama dia dah buat, tapi untuk review yang kedua, ya ampun, macam peminta sedekah kawan aku (who has been dealing with her) dok suruh dia buat review. Alasan, terlupa. Sudahnya, kami give up, dan there's no second review as promised.

No, aku tak halalkan duit tu.

2- Ada satu minah ni, pun sama alasan terlupa. Bila aku tanya bila nak review, ko tau apa dia buat? Amek video dia gayakan tudung tu dalam tandas, and immediately post kat instagram dia.  Nampak tak betapa cincainya. Alasan ambik video tu ok la boleh terima- sebab kalau amek gambar, corak tak berapa clear sebab lighting.  Tapi dalam jamban? Tu pun ko buat right after  aku tanya bila nak review.

No, aku tak redha. Banyak sangat job review kau kaut, sampai terlupa dan akhirnya sangat cincai hasil kerja, aku harap LHDN cari kau.

3- Ni kes satu cikgu yang konon viral. Kes dah selesai, and dah maafkan but please la tak payah batak sangat nak ambik semua "job" review. Busy katanya. Bila minta refund, mula-mula dia boleh refund half je from total amount, and tudung tak pulang semula (tudung tu aku memang dah niat nak sedeqah ja). "Term and condition applied" katanya. Bila aku tanya apa tnc and why tak mention beforehand, dia reply "atas rasa tanggungjawab, saya bayar full refund and harga tudung".

Do you even know what "term and condition" in the first place?

Dude, kalau betul kau claimed "atas rasa tanggungjawab" (mulia sungguh bunyinya hatimu), kau akan rasa bersalah sebab tak jalankan kerja  (atau kau boleh ja inform aku cakap delay sebab kau busy sangat) yang diberikan iaitu buat review. Tak payah nak treat orang lain macam cokia sangat.

Yang ni takpa, dia dah minta maaf dan aku dah maafkan. Forgive tapi bukan forget.



.............
So itulah kesimpulan aku berdasarkan pengalaman dengan instafamous ni. Aku percaya tak semuanya teruk, ada ja yang baik. Dah lama entry ni kat dalam draft, tapi tetiba nak publish sebab ternampak ada satu kawan kat fb nak guna kaedah ig review as one of his marketing tools for year 2017.

And kalau tanya aku ig review ni berkesan atau tak, to be honest, not at all. UNLESS, those people beli sendiri, they like it and share dengan followes, that would work. Kalau buat review dengan ayat "copy paste" dan kedengaran macam kena paksa, trust me, anda sebenarnya membuang duit saja.

Aku berharap tahun 2017 Tuhan temukan aku dengan orang-orang yang ikhlas. Ikhlas dalam nak bekerjasama, ikhlas dalam cari rezeki, ikhlas dalam bersahabat. Ikhlas dalam segala hal. Semoga Tuhan memudahkan urusan aku, juga urusan-urusan mereka yang memudahkan urusan aku.

Banyak yang aku belajar sepanjang 2016 ni (uikkk dah 10 tahun blogging rupanya) and that will only make me grow even stronger.

And better.

No comments: