20191119

Telegram.

"Samad joined Telegram".

Aku dapat notifikasi dari Telegram bahawa Samad- kawan lama aku yang lama tak bertegur sapa dah joined Telegram.

Aku tegur tanya khabar. Dia jawab "siapa ni". Satu keja lak aku nak explain siapa aku.

"Samad" cakap dia tak kenal. Dan tak lama lepas tu, aku tengok "Samad" punya gambar profil updated kepada gambar sorang perempuan.

Aku syak Samad dah tukar nombor baru, and perempuan Telegram tu beli nombor lama Samad.

Tak tau kenapa aku tetiba curious nak tahu Samad punya whereabout. Intrigued, aku cari FB dia. Tak jumpa. Teringat kat kawan Samad, aku stalked FB kawan Samad tu. 

Scroll punya scroll, aku nampak ada satu gambar Samad dalam koleksi gambar kawan dia tu yang bertarikh tahun lepas, dengan caption "sedekahkan Al Fatihah kepada Samad yang menghembuskan nafas terakhir pagi tadi".

Allah....

Seorang lagi kawan dah pegi rupanya.

No comments: