20101025

Festival Filem Syok Sendiri.

Ok, I am no one lah to question keputusan Festival Filem Malaysia. But sebagai pemerhati (kan??) aku ada hak gak kot nak menyuarakan apa yang aku terfikir mengenai festival yang dibangga-banggakan ini (ye ke??).

So here I list some points of view mengenai keputusan FFM (yang dibangga-banggakan itu).

Satu.
Ok fine, Lisa Surihani cantik dan lelaki mana je yang tak teringin nak rasa bibir munggil beliau, but for her to win the title Pelakon Wanita Terbaik, adalah sesuatu yang agak kelakar. Aku boleh terima kalau Mislina Mustaffa (Karaoke) kalah kepada Jasmine Micheal (Estet)-[ala-ala Joaqin Phoenix(Walk The Line) kalah kepada Philip Seymour Hoffman pada Oscar 2005], but to Lisa Surihani?? What the..Apa-apa pun, Lisa still cantik.

Dua.
Kemenangan Erra Fazira (Hingga Hujung Nyawa) over Tiara Jacquelina (PGL) masa FFM13 adalah satu lagi benda absurd yang aku tak boleh terima. Gila ko??

Tiga.
I don’t know whether it just me or what, tapi right after preview movie SETEM aku rasa rata-rata semua agree cakap Sathiya lah yang menghidupkan almost 80% daripada keseluruhan movie tu. But heck, he’s not even listed in any nominations. Ok fine, atleast Indi Nadarajah kalah kepada super talented Syafie Naswip, boleh la diterima logik akal.

Empat.
Janet Khoo (Paloh) sangat cemerlang dalam filem tersebut, tapi sayang kalah kepada Nasha Aziz dalam filem Trauma dalam FFM 17. Adakah cantik itu salah satu criteria juri dalam memilih pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik FFM? Janet pun cantik juga. 1Malaysia la sangat!

Lima.
Maya Karin (Pontianak Harum Sundal Malam) kalah kepada Nasha Aziz tetapi menang besar di peringkat antarabangsa. 2004 Best Actress-49th Asia Pacific Film Festival dan Best Actress-Estepona Fantasy and Terror Film Festival (Spain). Kesian kan FFM. Entah apa-apa yang depa nampak.

Enam.
Pelakon M.Subash dalam filem Pensil gagal dalam kategori Pelakon Harapan. Sedih la dia tak menang. You have to watch this movie, only then you know why I say so.


Hmmm.. Apa lagi ek? Tadi macam banyak benda nak carut, dah tengah-tengah malam ni lupa pulak. Tapi tulah kan, kalau semua pemenang mengikut kehendak hati aku, baik aku jadi juri kan?

Bagi aku lah personally, dengan pemilihan pemenang yang macam nilah yang buatkan minat aku terhadap filem-filem Malaysia tak pernah bercambah.

Filem kita wajah kita, tapi ada aku pedulik?

theblabber: Dah tengok trailer Merong Maha Wangsa? Superb uols. I can’t wait!! Dan menonton Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Seri Menanti adalah jauh lebih menarik (dan teruja) daripada menonton Festival Filem Malaysia tadi. *geli

10 comments:

SUXX said...

aku ada tgk trailer Mantera kat youtube. superb gila mcm transformers dah tp syg bila Tomok yg jd hero dlm cerita tu. mcm dah kehabisan pelakon dah kita.

Ann said...

tomok ker heronye..
dulu takleh dgr sore tomok nyanyi b4 dia masuk oiam..rupenya boleh jer nyyi tanpa sengau tu..
hrp lakonan dia pun xsengau lah...

Suara Kalbu said...

theblabber,

Sudah lama saya tidak menonton rancangan Anugerah Filem kita. Bukan benci tapi kadangkala keputusan anugerah menyakitkan hati.

Cuba mencari alasan mengapa dan bagaimana Mislina Mustaffa gagal menyandang pelakon wanita terbaik sedangkan saya merasakan dia calon paling layak. Ok ketepikan wajah cantik dan senyuman menarik. Dan ya. saya pernah membuat satu entry mengenai cerita Pensil dalam blog saya. How saya sangat merasakan watak M.Subash itu sangat superb tapi i am very sure ramai malaysia yg belum tengok cerita ni walaupun dah lama ditayangkan.

Finally, saya membuat rumusan, barangkali ramai penonton lebih suka filem cinta-cinta dengan watak manis dan kacak. Atau barangkali terlalu suka cerita-cerita seram hantu yang meloyakan tekak.

W. Hidney said...

FFM? apa tu?

kakchik@ella said...

trailer Hikayat Merong Mahawangsa mmg menarik. mcm tak percaya filem melayu mcmtu. tak sabar ni ..

tengku_fir21 said...

1 lagi. berapa nilai anugerah itu bila disambut di shopping mall

Benedict Bernard said...

waaaah.. mengalahkan juri antaravangsa! Anyway aku agree bab erra menang over tiara.. gua tak bole terima siot! ;)

theblabber. said...

sapelah kita nak mempertikaikan keputusan juri yang super profesional itu.

eh, aku pun baru tgk trailer Mantera.tp sekejap sgt tgk tomok *tak puas.

haha

Kap said...

filem kita wajah monyet.
btw, lisa biasa saja di mata aku :)

Afida Anuar said...

Hurmmm...

terima aje la miezi... depa menang ke, depa kalah ke...well,kita masih di sini.