20101123

Entry si Jimmy yang berduka lagi lara.

Aminah cakap dia tak rasa apa-apa lagi. Katanya dia perlukan masa untuk ada balik rasa itu.

Jimmy kata, dia cool. Dia dah agak ini semua akan terjadi.

Jimmy kata dia cool, tapi dalam hati dia sakit. Ok, bukan sakit, tapi pedih. Tapi pedih juga satu sakit kot?

Jimmy tengok kat ym dia ada offline mesej Aminah. Dia malas nak reply beriya-iya. Jimmy pun tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. Biarlah, ini semua keje Tuhan-monolog Jimmy menyedapkan hati.

Malam ini, bukan hati saja sakit, tapi gigi juga. Damn it. Jimmy nak tidur. Sebelum tidur, mungkin patut dia gosok gigi. Darlie white pun ada keluar iklan kat nuffnang ni. Mungkin gigi Jimmy akan putih selepas ini.

Ok, Jimmy betul-betul nak tidur. Dia tidur sambil pasang Mix FM. Motif Mix FM pun keluar iklan Nuffnang? No worries Mix, tak keluar Nuffnang pun Jimmy tetap pendengar setia anda.

Ok, now Jimmy nak ucap good night sebab selain hati dan gigi, otak juga agak sakit sekitar hari ini. Banyak perkara-perkara tak perlu yang berlaku dan banyak juga perkara-perkara tak perlu yang dia fikirkan.

Bye.

11 comments:

kin said...

Jimmy...Jimmy... macam Jimmy Asmara tu ka??


* tgh dgr lagu MJ .. Leave Me Alone ;)

Misz-ella said...

Gd nite Jimmy.

Chooyaya! said...

'sakit' kan?

doyah said...

alololooo~

ryann said...

kalaulah nak ada balik sesuatu rasa tu macam petik jari. mesti pedih akan berpanjangan. sebab ia akan boleh hilang balik.

theblabber said...

kak ryann..
sejuk hati Jimmy agaknya membaca komen akak. Nanti saya suruh dia baca. hehe :)

yernterry said...

to jimmy.
sakit mmg sakit.tp kene lalui jugak.time will tell.

try dgr lagu leonna lewis
better in time.
huhu

aina hazuani said...

hamboi sekarang ni banyak entri berunsur kejiwangan hehe

KiTA said...

yeah! Jimmy Neutron sampai skrg xsuke dgn Cindy Vortex kn? haha...

taiptenang said...

Jimmy. pedih tu mmg sakit. semoga tidur dan mimpi indah. escapisme dr memikirkan Aminah tapi jangan plak mimpi Aminah huhu~

Maya Ariffin said...

Bukan tunjuk kuat.. tapi cari kekuatan
Bukan berhenti mencuba... tapi berhenti berharap
Bukan berhenti menunggu... tapi hidup kena terus

Bukan taknak buang masa.. tapi taknak hati pun mati sama.

Erk.. relevant ke?