20101129

Tiada sakit, tak dapat apa-apa.

Aku terbaca satu testimonial seorang pembeli produk menguruskan badan yang lebih kurang bunyinya macam ni

"Saya membeli produk XYZ sejak Jun lalu dan mengikuti program diet yang disyorkan Dr.ABC. Sepanjang menggunakan produk ini, saya tidak makan nasi dan hanya makan bihun sup, roti dan buah-buahan. Mulanya lapar juga, tapi lama ke lamaan, sudah jadi biasa. Saya juga menaiki tangga ke pejabat saya di tingkat 13 setiap hari untuk mengeluarkan peluh."

Nampak tak apa yang kurang bijaknya pembeli produk kurus badan cap XYZ itu? Kalau dah berbulan tak makan nasi, bukan setakat 20kg boleh hilang, 50kg hilang pun orang tak kisah. Makan lah XYZ 5 tahun sekali pun, kalau amalan pemakanan tak jaga, takdenya boleh hilang lelemak degil kat badan tu.

Ini salah satu orang kita. Taksub sangat dengan segala produk yang ada di pasaran. Dr.ABC terbahak-bahak je tergelak pasal produk dia jual tu takde apa pun, susu tepung biasa yang boleh didapati di pasaran harian biasa.Tapi kau tetap konfiden produk dia yang berjaya menguruskan badan kome.
Well, for those who can't afford to buy Dr.ABC product, all you can do is drink as much MILO as you want, but do not forget to escape heavy meals, and do exercise regularly.

Few months later, tell me about it.

Kesian kan, mereka kadang terlupa, no pain, no gain.

theblabber: Mencari ubat untuk menjadi taf, tanpa perlu masuk gym dan makan segala bala benda alah protein lain.

5 comments:

AISA. said...

taff dari segi emosi. :D

Chooyaya! said...

susu tu sebenarnya sebagai motivasi jerk... kot nak diet tanpa motivasi ni susah jugak.. contoh motivasi paling best, 'setiap 1kg yg u hilang, i kasik u rm500'.

Maya Ariffin said...

Do not emphasize on minuman manis. Tapi cuba tala at least 4 liter air kosong satu hari, at least 2 gelas sebelum makan, nasi once a day, half a size. breakfast mesti mau. Try to avoid dinner. takleh avoid kalu, replace ngan buah2an. Tapi air tu tolong la tala sampai terkucil2 ok!. Dengarlah nasihat ahkak! Memula je asik nak terkucil.. lepas seminggu ok dah.

Pas sebulan.. silalah timbang!

Anonymous said...

akhirnya jumpa balik blog ni walau ingat-ingat lupa!!

nk jd taf susah woo..sedangkan nk stat exercise pon liat. tp aku bg 100% utk effort!

theblabber said...

anon ini ialah sapekah?