20101208

Adakah kenaikan harga RON 97 akan menjejaskan jualan album Dafi?

"Tuhan tidak akan menguji hambaNya lebih daripada apa yang kita mampu."

Cliche tak ayat di atas tu? Dan apa kena mengena dengan tajuk? Well, sebenarnya aku nak ceritakan betapa sesetengah daripada kita (atau mungkin aku) yang mudah menyalahkan keadaan atas sesuatu malang yang menimpa diri.

Misal contoh
Satu.
Kenapa kau jadi lesbian?
Sebab aku dah hilang percaya kat lelaki.

Dua.
Kenapa kau hisap dadah
Sebab aku stress family aku pecah belah.

Tiga.
Kenapa kau perangai semakin mengalahkan yahudi?
Eh suka akulah, mak pak aku pun tak bising.

Aku percaya masalah atau sebarang pertelingkahan yang wujud, semuanya ujian dari tuhan. Dan ujian itu bisa dijawab dengan menyalahkan diri sendiri rather than menyalahkan orang lain or worse menyalahkan keadaan. Renungkan apa yang kekurangan diri. Sebab tu ada orang kata, satu jari menunding kat orang lain, 3 jari lain tak pasal2 menunding ke arah kita balik.

Ujian dari tuhan, adil. Dia bagi mana yang kita mampu. Unlike lecturer masa study dulu, yang suka bagi soalan-soalan exam yang kadang kala melampaui kemampuan kita untuk menjawab.

Being jobless, unemployed, aku sendiri tengah diuji Tuhan. Dengan harga petrol naik, harga barang naik, aku masih tetap macam ni. (Ha, baru nampak sikit kaitan tajuk dengan Ismail Sabri dan apa yang aku nak sampaikan).

Apa yang pasti, bersalahlah wahai hati. Segala yang Tuhan bagi ni takkan ada yang sia-sia (another ayat cliche juga untuk sedapkan hati). Akan pasti ada sinar di hujung sana (ini lagi super duper cliche).

Persoalannya sekarang, ada ke orang beli album Dafi?

theblabber: Kena cari ibu gula lepas ni kalau harga barang dan minyak terus2an menikam dompetku.

7 comments:

Peminat Katie Holmes said...

okey.semua salah aku. setuju benar.

theblabber. said...

:)

Janggel said...

Errr Dafi ada kuar album ker?? tak tau pon..hehehe

tintasutra said...

meizi, seroius ko masih ngangur? out of choice or victim of circumstances? any press would love to employ u. i know for sure b'cos i was there once. pls give it a try or adakah jiwa mu akan brontakan? i m concern, simply, pls don't think otherwise. tapikan bagus gak camni - i simply love reading ur entries - all of them. 3 sekali? i like!

Ju Asu Ra said...

ko nak cari ibu gula, aku pulak nak cari bapak gula..kehkehkeh..

semua brg naik, tapi gaji masih xnaik-naik...T__T..

theblabber. said...

janggel..
entah..main tulis je..haha

tintasutra..
no body opt to be unemployed, bro..eheh. takde rezeki lagi, mungkin.any press? wow. but sadly my studies has nothing to do with press la bro.

anyway, thanks for the liking!! :)

ju asu ra..
jom sama2 cari!!

Afida Anuar said...

Ada la tuh, rezeki yang terbaik Dia nak kasi, cuma lambat sket. Mau cuba kerja kat cyberjaya? errr...