20101206

Ciri-ciri perempuan yang aku tak boleh nak buat awek.

Malas nak buat introduksi (harap perkataan ini dalam dalam daftar kata Dewan Bahasa) entry kali ini. Terus jump into isi kandungan. Eh tapi ini kira introduksi juga, bukan?

Satu.
Wanita yang terlalu beriya "mengorat" lelaki. Bersungguh-sungguh ni sampai amek maklumat peribadi aku dalam borang butir-butir diri passport dan keesokkan harinya menghantar MMS gambarnya (lengkap berpakaian imigresen) dengan ucapan "Good afternoon, tengah watpe tu?"

What the? Apakah penyakit umat di atas, agaknya.

Dua.
Wanita yang terlalu lembik. Terlalu ingin dibelai, dimanja, dependent dan apa-apa perkataan seertinya. Pendek kata tak boleh masuk Amazing Race lah. Nak ajak masuk hutan takot pacat, nak ajak swimming takot semput, nak ajak jogging takot orang usha boob dia yang turut jogging sama.

Intermission sat. Rasanya entry ni sesuai dibaca sambil mendengar lagu kat bawah ni.

Ok, sambung.

Tiga.
Perempuan dengan makeup yang tebal. Ayoyo. Pergi opis macam makeup untuk orang bersanding. Yang menengok pun rimas kot.

Empat.
Wanita yang buatkan aku tertunggu-tunggu lebih 15 minit everytime nak ajak keluar dating. Hello, tak tau ke demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang ....?(sila habiskan sendiri ayat ni)

Lima.
Perempuan yang bercakap lucah. Aku taktau la kenapa kalau dengan kawan perempuan boleh cakap lucah sikit-sikit (itupun sebagai perencah dalam buat lawak (dan bergurau), tapi biasanya mencarut), tapi kalau nak buat awek, rasa macam "semacam". Faham tak rasa "semacam" ni macam mana? Nanti dah kahwin lebih daripada cerita lucah kita boleh sembang.

Oh anyway, mencarut dan bercakap lucah adalah dua perbuatan yang jauh berbeza.

Enam.
Perempuan yang kuat membebel. Enough said.

Tujuh.
Perempuan yang terlalu kontrol cantik. Kadang-kadang kan, bila aku tengok perempuan yang dah naturally cantik terlalu control, jadi tak cantik pulak. Terdetik hati kecil "dia ni sembelit ke?" Eh,tapi kalau perempuan yang tak berapa nak cantik pun control-control, satu hal gak kan?

Actually, tidaklah aku dambakan perempuan secomel Miranda Kerr, pasal aku pun tak berapa nak hensem. Tidak lah pula aku mimpikan perempuan seseksi Miranda Kerr (lagi) juga pasal badan aku pun sekeping. Dan tidak la pula aku berharap perempuan yang pandai masak sebab aku pun kalau suruh jadi imam mesti banyak alasan. Cukuplah aku mencari wanita yang sudi menjadi suri hati ketika senang dan
susahku dan beserdehana dalam seba serbi (juga tidak memiliki ciri-ciri diatas).

Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Baik kah aku masalahnya? Haha

Sekian, sadakallahulazim.

theblabber: Bila dengar lagu kat atas, rasa macam nak kawen esok. Apa kaitan entah.

P/S: Gambar Miranda Kerr untuk Vogue Australia 2011. Tak keluar dalam mana-mana blog lagi kecuali dalam blog ni dan blog Element ni (dah tentu aku cilok gambar kat atas tu dari sini).

11 comments:

Fee said...

Part perempuan lembik tu, aku setuju.
Kalau botol sos cili pun nak mintak orang tolong bukakkan, madah ah.

M. said...

sy suka amazing race! sy nk sgt sgt sgt masuk amazing race! so dah masuk dlm list belom? HAHA!

opsss!!!nanti tercop gadis gedik >.<

Fyza d.Hana said...

perempuan kuat membebel..

aku sendiri pun tak boleh tahan.. ahhaha..

salam maal hijrah..

theblabber said...

haha..munniey, itu ialah comel :)

baincardin said...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432! ^_^

Chooyaya! said...

ko selalu ajak aku masuk explorace, maknanya apa tu?

nur amir said...
This comment has been removed by the author.
Mimi Dyana said...

kalau tak baik, nak yang baik tak boleh ek??

theblabber said...

boleh boleh...semua orang berhak nak ada ciri-ciri pasangan pilihan :)

yang penting biar realistik..hehe

Fuz said...

mr. citarasa kita sama.

Cik Puan iLa said...

perempuan ada 1001 watak yang berbeza..hati-hati.. :)