20110112

Ibu tiri dan jodoh.


Sebenarnya, ini entry yang aku nak tulis. Entry kat bawah ni saja peramah2 bajed popular.
.................................................................................................
Masa kecil-kecil dulu, I have this thought that ibu tiri adalah seorang yang garang. Ibarat sebelum makan, kena sapu sampah dulu. Sebelum tidur kena tolong urut2 kaki dulu. Salah sikit kena pukul. Jangan sesekali tinggi suara, alamatnya ICU lah tempat kau.

Blame it all on cerita Bawang Putih Bawang Merah. Garang kot Mak Tiri tu kan?

Well, I didn't exactly remember when "this" thought gradually disappear. Maybe as I grow older, I realized that anybody can be garang, regardless of who they are.

Semalam, bila aku baca suratkhabar budak 3 tahun mati kena dera oleh mak tiri, aku geram gila. Bukan tu je, adik arwah yang berusia setahun pun kena juga. Dan hari, menurut laporan akhbar (karangan SPM punya bahasa), kakak arwah yang berusia 5 tahun juga turut menjadi mangsa dera.

Bila acap kali terbaca kes2 penderaan ni, aku terfikir kenapa tergamak depa pukul budak kecik yang super comel tu. Segera terbayang di fikiran budak sebesar Iyad didera. Nauzubilahh. Kejam betul.

Acap kali juga, bila kes2 seperti ini dilaporkan, aku terfikir- kenapa berkahwin kalau tidak mampu? Mampu dalam erti kata bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami, ayah, ibu dan juga isteri. Kalau mampu dalam pemahaman kau ialah "kemampuan zakar mengalami ereksi dan ejakulasi", budak laki darjah 5 pun boleh kahwin macam tu. Dan kau, kaum wanita pula, kalau mampu mengikut definisi kau ialah 'pandai masak dan boleh mengandung", baik kau fikir 2 kali sebelum betul2 bersedia berumah tangga.

Anak kena dera, si bapa boleh buat laporan polis mengatakan arwah lemas di kolam. Kesian. Kalau bukan kepada ibu mahupun bapa, kepada siapa lagi kanak2 kecil ni boleh mengadu. Kalau bukan kepada ibu dan ayah untuk bergantung harap, kepada siapa lagi?

Jadi, sebelum berkahwin, fikirlah semasak2nya. Except financially unstable, I guess am all well prepared to get married. Tapi, aku taknak lah dah sedar diri tak mampu dari segi kewangan, gatal nak kahwin meriah2. Esok dah kahwin, nak sumbat bini makan apa? 

Biarlah kahwin lambat pun (but atleast before 30), tapi yang penting,betul2 bersedia.

Cinta tak pernah buta, tapi kita yang selalu jadi buta kerana cinta.

Dan jodoh datang sendiri, tak perlu dicari.

theblabber: Harap cikgu BM dulu berpuas hati dengan karangan ini. Tak pernah dapat A masa exam penulisan BM dulu. *sob sob

13 comments:

Anonymous said...

kejam kan? kesian dekat budak kecik yg kena dera tu. sumpah kalau aku jumpa ak tiri dia tu, aku pijak2!

and apa la jenis bapak, yang membiarkan darah dagng sndiri didera oleh bini baru. tak berperi kemanusiaan langsung..!

and bercakap pasal jodoh.. hurm...
(teiba taknak komen)

okbye

anne said...

yg ttg arwah 2... nangis kot bca paper n tengok pic die... pelik~! kite yg x knal n x da kne mngena ngan arwah terasa sebak sgt. inikan yg ad pertalian... jahat~!!

meriahceria said...

susah nak cakap nowadays :)

afrohead said...

kahwin bukan benda main-main.

Shahada Fauzi said...

aku setuju sangat dengan point ko dlm entri ni bab kahwin tu..semua betul..

kahwin bukan perkara main2..ade tggjwb lagi besar kena pikul..bukan setakat nak tunaikan kehendak batin..

bab wedding event tu pun aku setuju..^_^

yernterry said...

yup.setuju dgn pendapat anda.
sekarang kawen awal2 dan x pikir masa lepas kawen nti ape jadi.
ape2 pon,bg stabil dulu pastu baru la nk pikir ke langkah seterusnya.

err...btol ke cinta x yah dicarik??

Ann said...

kalo agak2 xleh terima anak org, jgn lah kawen...dan yg nk cari psgn pun, make sure yg dorg betul2 blh terima anak2 tu...

A E D A said...

Lagi sgt sedih baca budak 14 tahun dah pandai merogol :|

zixol said...

kekadang aku makin xpaham dengan manusia zaman skang ni..tiap ari aje je brite penderaan. tu yang kite leh tau..yang kite xtahu mgkin lagi banyak..dunia dah dipenuhi org2 yg zalim dan org yang xamek peduli...grr

zyr zh said...

saya terpengaruh dengan Cinderella. HUHU

aliaaroslan said...

keji mak pak gitu.

saya dulu karangan A tapi pemahaman B. nasib UPSR ok.

sis_fazi said...

orang macam tu namanya bingai!!!! kalau dia jiran saya, sumpah kena tampar!!!!

Unknown said...

manusia akhir zaman...