20110131

Untuk sukses,kita haruslah menjadi ambisyes dan praktikal.


Dulu2 kita marah giler bila ada pihak mat salleh mempertikaikan cita2 kita untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa antarabangsa. Menurut pihak mat salleh tu (boleh google, malas aku nak cari), daftar kata dalam bahasa Melayu adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan daftar kata bahasa Inggeris.

Tu dulu punya cerita, 4-5 tahun yang lepas mungkin.

Semalam, bila ada kawan cakap kat aku yang fi (read:yuran) adalah salah satu kata baru (not sure if it's been ages. Pardon my ignorance) dalam bahasa Melayu, tergelak besar aku. Buruk kot bunyinya. Cuba observe contoh ayat ni :-

"Fi penyertaan adalah RM50.oo seorang".

Atau jika ianya plural (fees), kita akan menggunakan ayat seperti di bawah;-

"Fi-fi yang tertunggak haruslah dilangsaikan sebelum hujung bulan".

Sumpah, bagi aku buruk giler bunyinya. Dan terserlah kecelaruan identiti di situ. Semuanya kalau boleh nak direct translate/spell. Dalam merealisasikan visi dan misi kantri kita, everi sitizen haruslah kooperatif dan saling toleret sama lain. Duhh..

Hari ni, aku tend to agree dengan pihak2 mat salleh yang mempertikaikan apa yang mereka pertikaikan 4-5 tahun lepas.

Apa yang sebenarnya kita marahkan?

theblabber: Kita selalu memperjuangkan sesuatu yang kita sendiri tak pasti apa yang kita perjuangkan.

6 comments:

ila ni said...

di JKR pahang ada satu notis pasal bayaran untuk sesiapa nak ambil pelan tanah.

"satu syit pelan akan dikenakan bayaran sebanyak RM3" malu nak baca :D

BonekadalamChermin said...

agree.


ke,

egri?


kehkehkeh.

♥CIK SHA♥ said...

burok gila bunyi..depa ni tak fikir betul2 ke eh? sudah2 la nak memelayukan bahasa omputih tu ke bahasa melayu..tak sesuai..nak ikut style indonesia kot..T_T

p/s: aku setuju dengan kata2 ko yg terakhir tu..

Cik A.i.d.a.n said...

oh yes.

banyak di temui dalam perjanjian sekarang.

instead of using fi, ada baiknya guna yuran.

memula dulu masa tengok perjanjian2 tersebut, jadi serabut baca perkataan "fi" itu.

taktau apa maksudnya.

haih.

bahasa kita tiada identiti dah kut?

=)

Chooyaya! said...

1) Lisa surihani tweet nko. itu sangat menjeleskan! ko good nite kat dia? wow!

2) sapa kawan ko tu? laki ke pempuan? Hahahah (Padahal aku tau la kawan nko tu mira, kan kan)

okbye
gigi i buruk, jeles dengan u

Putri_Aizat said...

pe nak jadi..hehe...
tak leh blah..
nais tengkyu tu...