Lately ni gua rasa payah betul nak lelap time malam. Imsonia gua suspek. Tapi kawan gua syak otak gua active, meaning masa nak tidur banyak fikirkan benda2 lain. Gua rasa apa yang kawan gua cakap tu ada betulnya. Banyak benda yang gua fikirkan these days. Masalah umat akhir zaman salah satu daripadanya.
Apa yang gua boleh buat selain daripada berqiamulail ialah berdoa agar mata ni terlelap. Disebabkan gagal juga untuk lelap, gua cuba2 selak2 buku2 yang gua pernah beli dulu. FYI, lebih separuh buku2 ni gua tak habis baca pun. Saja beli. Haha. Sebab bila masuk kedai buku, tangan gua macam gatal nak beli. Baca sehelai dah mengantok,so bitau gua bila masanya nak habis? That explains kot kenapa gua takleh jadi doctor.
Sebahagian buku yang gua beli. Ada lagi, tapi nanti ada pulak yang kata menunjuk. Payah dowh jadi orang handsome ni, ada je yang jeles. Pelik gua.
Tengah gua belek2 satu buku ni, tiba2 kad debit RBS gua terjatuh dari buku tu. Baru gua teringat, gua ada tabii pelik iaitu menggunakan apa saja yang gua fikirkan layak untuk diangkat sebagai penanda buku. Makanya hari ni gua nak citer pasal penanda2 buku gua lah. Tak banyak pun, ada tiga je.
Satu.
Ada kisah disebalik kad debit gua ni. Masa gua study dulu, gua beli lah satu benda alah ni secara online. Right after gua beli benda tu, baru gua tahu syarikat yang jual benda tu ialah scam. Babi!! Maknanya dia akan "makan" duit dalam bank gua bulan2 atas service haramjadah apa yang lain. Disebabkan gua kat UK dulu hidup atas ehsan MARA, gua cepat2 pergi bank dan buat report kata kad gua hilang, (tipu sunat takpe dalam hal ni) padahal gua nak deactivekan kad tu.
Disebabkan kad itu sudah diactivatekan, makanya layak menjadi penanda buku. Oh by the way, sebelum lu orang beli apa2 online, make sure lu orang check dulu term and condition else kad bank korang akan jadi penanda buku juga.
Dua.
Ini adalah kad pintu (atau kunci pintu) bilik gua masa bercuti di Melbourne 2 tahun lepas. Hotel ni nama Formule 1.Baik dowh hotel ni kasi bawa balik kunci bilik. Next time kalau pergi Melbourne lagi, boleh gua seludup masuk bilik tu lagi (kalau masih ingat nombor bilik).
Gua tak pasti macam mana nak sebut nama hotel ni, sebab rasanya spelling formula ialah formula. Mungkin boleh tanya Fauziah Ahmad Daud untuk kepastian.
Tiga.
Ini penanda buku paling tak boleh blah. Bukan sebarang kad gua guna tapi nota poket Panduan Mengerjakan Solat Waktu Dalam Pesawat yang gua cilok dalam flight masa balik dari London hari tu. Everytime baca buku ni, gua tertanya2- "eh, tadi dah isha tak?" Gitu lah lebih kurang.
Ada perasaan macam mahu jadi alim setiap kali baca buku ni.Sejuk hati Perempuan Cantik kalau mengetahui akan perkara ni.
Haa itu saja cerita pasal penanda buku. Lu orang pula selalu gunakan apa sebagai penanda buku? Batang aiskrim? Ke main lipat2 je hujung kertas tu?
Anyway, gua saja pakai gua-lu, sebab tidak la skema sangat nampaknya. Gua pun tak paham apa entah kaitan buku dengan skema. Again, you are what you read- banyak baca Mangga, esok lusa muka lu orang lak wa nampak bergambar seksi di tepi kolam. Pe jadah? (Dalam hal ni, kata2 hikmah membaca jambatan ilmu sudah jadi tidak praktikal)
Sekian entry entah apa2 kali ini. Adios!!
theblabber: Tajuk kat atas tu applicable kat aku juga. Dah kata penganggur?Haha.
8 comments:
sib baik gua tak layan mangga. hihihi ...
lg 1, gua pun slalu susah mau tido mcm lu. dari bismillah sampai khatam tak bole nak lelap jugak.
At last gua ambek minyak serai wangi, sapu kat hidung dan mata, gua boleh tido. Aromaterapi cara tradisi, gua cakap lu.
Apa omputeh pikir dia je ada lavender? melayu kita pun tak kurang hebatnya.
Bangga arr jadi melayu walaupun rock mcm lu. haha ..
hahaha..tak boleh blah. berkesan ke kak? nanti saya nak try juga!!
err aku pulak baca komik.. macaman tu?
hehe
debit kad dgn kad kunci kira okay tu. aku pakai kad topup, atau paling miskin kertas lipat tiga segi. dan tak pernah ada penanda buku yang cantik2 mcm org lain.
haha :)
aku pon lebeh kureng prangai cenggitu..bli j buku..bacenye idok!
tradisi aku punya penanda buku; sekeping duit seringgit biru.
tu la. banyak sgt tgk blue. dah otak aktif (matila kena reject komen ni) haha
hehe...penanda buku creative ke asal boleh capai je nih...
tul gak kan..kata2 hikmah membaca jambatan ilmu dah tak relevan gan skang nih...
Post a Comment