20110430

Tak lawak lah sangat dan aku suka ending filem Red Riding Hood.

Adakah sebab aku yang dahagakan untuk tergelak riang ria atau adakah mereka yang sudah kehabisan idea untuk membuatkan aku tergelak riang ria,itu aku kurang pasti.

Tapi yang pasti, masa aku terbuang tengah malam semalam menonton siaran ulangan Maharaja Lawak di YouTube setelah terlepas siaran langsung kerana pergi menonton Red Riding Hood. Tiada kekesalan di situ.

Melihat wajah Amanda Seyfried (walau terpaksa berhabis RM13 untuk tiket wayang) sudah cukup mengujakan daripada menonton lawak Amir yang hmmmm (Astro Warna harus di unsubscribe sesegera mungkin!!).Ye,beliau sangat hmmm.

Selamat bulan May!

6 comments:

Unknown said...

amir sgt hmmmmmm

Melda Mohd said...

Ye, beliau sangat hmmm. *Sokong*

shasha said...

Yup..suka juga ending red riding hood...
Errr...itu pasal la tak subscribe warna...jenuh nak tunggu dia tu t'keluar sebenarnya...

Kap said...

aku syak Mamat Khalid kena santau.

Unknown said...

mc kot santau dia kap....

jap aku col jambu untuk minta kepastian...

afrohead said...

aku harap next week bukan mamat khalid yang judge amir.