20111028

Tak semua orang kurang bijak seperti mereka.



Untuk dua hari berturut-turut aku sangat gembira. Kenapa? Sebab berjaya mengantoikan orang yang menipu. Tak. Aku tak buat apa-apa pun. Kantoian itu berlaku dengan sendirinya. Tuhan nak tunjuk. Mungkin. Wah, bunyi macam orang-orang alim, tapi itulah hakikatnya.

Tipu SATU tapi terkantoi.

theblabber: Bila nak bayar duit aku? Aku pun tengah sengkek <--ini tak tipu.
Durjana : Sorry tak reply SMS ko. Aku baru balik offshore.


Hahaha. Offshore lah sangat. Padahal in the same time aku dok berSMS dengan the other kawan (namakan beliau Beauty) berceritakan masalah Durjana yang liat nak bayar hutang. Menurut Beauty, Durjana ada je kat ofis all the time. Jadah apanya dia nak pergi offshore?

Tipu DUA tapi kantoi.


theblabber: Eh kau buat tatu ni dah lama ke?
Durjana2: Takdelah. Tu lekat punya. Saja pakai untuk annual dinner semalam.


Korok mu. Padahal gambar bertatu tu dah letak kat facebook setahun lepas kot. Annual dinner apanya semalam. Durjana2 ohh Durjana2.


Hmmm.. Aku bukanlah nak mengajar korang semua menipu, tapi kalau betul-betul desperate nak menyembunyikan sesuatu kebenaran, do it wisely. Sebab tu aku lagi prefer to hear NO daripada dengar orang menipu cakap YES untuk sesuatu yang patut di'NO'kan.

Tapi macam best kan. Semalam orang tu terkantoi, hari ni orang lain pula terkantoi. 

Apa-apa pun, salam Jumaat semua. Assalamualaikum.

P/S: Selamat Hari Lahir lelakisesuxx. Semoga Allah terus-terusan melimpahkan ilham kepada anda untuk menghiburkan golongan marhaen seperti saya.