20120103

Labelisme.



Aku pernah ternampak dalam twitter,ada sorang brother ni tulis lebih kurang "lelaki sejati tidak membaca buku".

Sedih,bukan? Sedih sebab aku rasa di alaf baru serba moden ni ada lagi golongan-golongan yang suka melabelkan orang lain atas definisi pilihan hati sendiri.

Terbaru bila kawan aku komen dalam FB "wahh so metro jumpa personal trainer", aku terus gelak 5 minit non stop. Aku gelak bukan apa, sebab sesiapa yang kenal rapat dengan aku, pasti depa setuju akulah manusia paling simple dan sempoi. Jauh panggang dari metro. Jadi, menurut kawan aku, sesiapa yang consult personal trainer semuanya adalah metro. Awas kalian!! Hahahahakkkpuithhh. (Seperti yang diduga komen kawan tersebut didelete selepas beberapa minit).

Ada beberapa perkara yang aku fikirkan kenapa kita suka melabelkan orang mengikut fahaman fikiran masing-masing. 

Yang pertama ialah sebab apa yang dilabelkan pada orang lain itu ialah satu tabiat atau perkara yang dia sendiri alami atau tanggungi. Misalnya, hanya sebab kau BUKAN seorang lelaki sejati yang gemar membaca buku, maka lelaki-lelaki yang yang gemar membaca juga turut difikir seperti dirinya. Lebih kurang macam "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga".

Ortodoks. Point kedua ni lebih kepada pemikiran masyakarat yang SUKAR menerima sesuatu perubahan sebab masih terlekat dengan stigma kolot. Contohnya bila nampak sorang wanita lasak bermotosikal, langsung dituduh kakak tersebut sebagai tomboi. Nampak lelaki jadi tukang masak di hotel terkemuka, terus dicop sebagai pondan. Come on lahhhh..

Selain dua sebab kat atas, sebab lain ialah orang tu takde keje lain selain dok perasan diri dia bagus daripada orang lain dengan melabel sana sini.  Padahalllll..... (sila sambung dengan syarat tidak lebih daripada 100 patah perkataan).

Sekian saja entri untuk kali ni. Hari ni saya (tadi bukan bahasakan diri 'aku' ka?) MC. Jimat duit tol sebanyak RM6.80. Tapi bila kejap lagi nak pergi klinik, kosnya dah tentu lebih mahal daripada kos duit tol tersebut, kan?

Akhir kata, orang yang MC masa first day work on new year mesti golongan pemalas. Eh?