20120104

Ada apa dengan Amalina Che Bakri?



Sebagai salah seorang yang pernah berada di Edinburgh dulu, tipulah kalau aku tak pernah tahu pasal Amalina. Ye, kami semua dah tahu lama pasal dia. Cuma tak bother nak public kan, sebab rasanya perbuatan 'jaga tepi kain orang lain' sungguh low class. 

Cuma yang sedihnya dalam twitter, berapa ramai ustaz dan ustazah jadian yang tiba-tiba bertindak sebagai penghukum "maka ke neraka lah engkau wahai Amalina".Kesian sama beliau. Hanya sebab beliau seorang "public figure", terus beliau di"bash" sedemikian rupa, walhal berlambak lagi student Malaysia di sana yang tidak bertudung.

Entahlah. Malas nak kupas panjang isu ini. Sebab bagi aku, lebih baik tulis atau bercakap untuk benda-benda yang kita tahu dan yakin saja. Dan di kala ustaz dan ustazah di twitter mendoakan beliau mendapat hidayah, aku juga turut mendoakan agar mereka yang bertindak sebagai "penghukum" itu diberi hidayah oleh Allah SWT supaya mereka sedar bahawa hukum mengaibkan sesama sendiri itu juga amat berat seksaannya (juga). 

Sekali kita aibkan orang, sepuluh kali Tuhan boleh balas.

Dan kepada Amalina, bertabahlah. 

P/S: I told a friend "i don't think those who writes about her are those from Edin". Sekali bila baca blog-blog yang attach gambar beliau, ternyata telahan ku tepat. Much disgrace!