20120111

Of "jangan duduk Malaysia lah kalau itu pun tak tahu" dan Anwar 901.


Saya bagitahu kawan yang saya tak tahu bezakan antara duku dengan langsat. Dan teka apa dia jawab? Ye, seperti tajuk di atas, "jangan duduk Malaysia lah kalau itu pun tak tahu". Lol. Pelik kan bila orang expect kita tahu apa yang dia tahu. Expect kita suka apa yang dia suka, benci apa yang dia benci.

Malam tadi aku baru perasan, selain duku dengan langsat, aku juga tak tahu nak beza ikan kembung dengan ikan selar. Kesian.

Bukan tu je, satu lagi masalah aku ialah nama-nama kuih. Selalu bila teringin nak makan satu kuih tapi tak tahu nama, aku akan tanya Perempuan Cantik "mak, abang nak makan kuih yang atas dia kaler hijau, bawah dia ada pulut tu". Or something like this "mak, nanti tolong beli kuih dalam daun pisang empat segi tu yang atas dia hijau, bawah dia kaler putih, rasa dia manis-manis". Panjang berjela deskripsi, padahal nama kuih pendek (dan pelik) je.

Terukkan aku? Ignorance tahap dewa. Tu belum lagi kuih taik itik, badak berendam, puteri ayu dan lain-lain nama pelik. Apa yang aku tahu, makan je.

By the way, Isnin lepas aku ada meeting di area Jalan Duta. Dan disebabkan kami sampai awal, aku ajak supervisor pergi singgah tengok crowd Anwar 901 tu. Apa lah supervisor aku, nama je minat Anwar, tapi aku ajak pergi macam takut-takut lak dia. 




Aku sampai sana masa orang tengah baca doa kesyukuran (mungkin) dan lepas tu ada sorak-sorak "reformasi" (semangat kot supervisor aku jerit reformasi sekali). Aku tengok je.Kata observant?

Mungkin ada yang suka berdemo camni, tapi aku tak suka. Sebab yang aku cakap kat atas tu, tak semua yang orang suka, kita perlu suka. Tapi yang pasti, aku sukakan keamanan. Aku sayang Malaysia.

Ok lah, sat lagi teringin nak makan kuih yang bulat, tengah dia ada lubang salut dengan gula halus tu. MELAMPAULAH KALAU DONUT PUN TAK TAHU KAN?

Chow.