20120326

Cakap tak mahu kalah.

Satu
Ahmad: Aku bertolak keluar rumah pagi tadi lambat gila. Nasib baik sampai ofis on time. Teror kan aku drive? Dari Ampang to Shah Alam only in 1 hour.
Salina: Eleh, aku drive lagi teror. Dari Seksyen 7 ke Seksyen 28 ni 10 minit je.

Dua.
Kamal: I dapat offer jadi model.
Kamaliah : I pun pernah dulu. Model pakaian pengantin untuk orang chubby cam I.

Tiga.
Razak: Saya ingat saya nak jadi penulis lah. Ramai orang beri galakan. Even daripada orang yang saya tak kenal.
Salamiah : Awak tak tengok saya menulis lagi.Selalu menang anugerah.

Empat.
Shazana : I dulu masa sekolah rendah pandai belajar. Selalu dapat high score. Tapi sebabkan ada orang dengki, I kena madrem, so study I habis teruk. Tu pasal sekarang jadi kerani je.
Anas: For real, sekolah rendah lagi orang dah dengki sampai nak mandrem-mandrem?

Ahmad, Kamal dan Anas tu ialah aku,manakala Salina, Salamiah dan Shazana adalah orang yang sama, i.e Miss-Cakap-Tak-Mahu-Kalah (MCTMK).

Seriously, kalau dalam kehidupan seharian korang ada berjumpa dengan golongan MCTMK, si jangan argue on who's better. Biarkan dia terus dengan "aku lagi bagus/hebat daripada ko". It best to remain silent rather than utterly making fool of yourself.

Ada sebab Allah jadikan kita lebih satu sudut, dan kurang dari satu sudut yang lain. Aku tak dapat bayangkan kalau MCTMK itu seorang wanita yang berbody solid cantik lagi berjawatan tinggi, apa pula yang dia nak berlagakkan kat aku.

Cantik kan percaturan Tuhan tu membuatkan MCTMK takde satu pun ciri-ciri yang aku sebutkan kat atas tu?

Lagi pula, orang handal jarang canang kehandalan dia kan?

P/S: Gilalahhhh. Dah lama tak update blog, sekali update nak ngutuk orang lak.