20120410

Things a sales person/promoter should and shouldn't do.


Pernah tak kome jalan-jalan di pasar raya atau di mana-mana saja, tetiba datang seorang promoter suruh korang beli barang dia. Suruh beli tu ok lagi, tapi yang maha celakanya bila "huh, krim ni boleh melangsingkan perut yang buncit tu".

Tak, ayat tu bukan dituju kat aku, tapi kawan aku. Dan sebagai wanita yang jiwanya sensitif bak mutiara di persisiran pantai (??), tentunya kawan aku berkecil hati. Dan kejadian tersebut sebenarnya pernah berlaku sebelum ini. Tapi dengan kawan yang lain. Sorang wanita juga. Nampak tak kasanova aku kat situ? Hahahaha


Sebagai sorang sales person/assistant/promoter, there are few things that they need to bear in mind. This not only could attract people, but also shows how good you are in dealing and doing business with other. A salesperson should/should never;

Satu.
Say anything about physical appearance potential customer. You can approach people for your slimming product, but instead of aiming it directly to the potential customer(s), cuba gunakan kata2 tersirat yang tidak menghina. Kau suruh orang berbadan besar beli slimming tea adalah satu penghinaan, tahu dak? Ibarat menyuruh orang kulit hitam legam beli "Fare and Luvly", pencerahan dalam 4 minggu. My ass.

Dua
Ni yang paling kerap berlaku. Aku serius rimas bila nak beli baju, nanti budak-budak yang keje dalam kedai tu dok mengekori ko ke mana saja dalam kedai tu. Rimas kot? Perempuan Cantik sangat tidak suka kejadian ini berlaku. Bila kejadian ini berlaku, barulah aku faham perasaan Madonna bila mana sering diekori paparazi. Madona ko! Contoh tak nak kalah.

Tiga.
Ni pun satu benda biadap yang promoter selalu buat iaitu memerhati pelanggan yang selekeh atas bawah. As if kalau ko pakai kain pelekat masuk butik Chanel, makanya kau tak mampu nak beli 5 bijik bag dalam butik tu. Sekali amek. Bukan 5, tapi 6 terus pakcik pakai kain pelekat tu beli. Kau yang dok meng"euww" kan orang sebab dress camtu, mampu? Gaji 6 bulan keje butik Chanel tu pun belum tentu mampu nak beli sebiji bag (ini pengalaman sebenar kawan aku. Tapi idak la dia pakai kain pelikat, cuma jeans and tshirt je. Sekali dia beli bag, barulah amoi butik tu gelabah tetek nak attend dia).

Empat.
Senyum la sikit. Tak luak pun gaji tu kot kalau senyum kat pelanggan. Walaupun bosan sebab dok menunggu orang datang beli produk korang, tak salah senyum sikit-sikit. Pahala pun dapat. Yang tengok pun sejuk hati. Daripada takde niat nak membeli, sebab tengok senyuman korang, sanggup pegi ATM cucuk duit nak beli. Sudahnya tengah bulan kena diet sebab dah habis duit beli produk korang.

dan yang kelima
Pastikan badan tak berbau keti DAN nafas tidak berbau longkang. Okbai.