20120615

Rahsia itu secret.


Bila kita cakap mengenai rahsia, maksudnya ia adalah perkara sulit yang tidak patut dihebahkan kepada orang ramai. Macam yang aku pernah tulis sebelum ni (google la sendiri), sekali kita buka aib orang, sepuluh kali Tuhan akan balas perkara yang sama. 

Dan bila kita pesan kat sesorang "jangan bagitahu orang lain, ini rahsia antara kita", maka berhati-hatilah kerana kemungkinan rahsia anda tersebar adalah sangat besar. Maka disini, sila gunakan reverse psychology "eh pi lah habaq kat orang rahsia aku ni". Hahahha

Bila aku tengok instagram sorang kawan ni, aku teringat sesuatu. Sesuatu yang sangat dirahsiakan dari pengetahuan umum. No wonder dia seakan awkward dengan aku bila berselisih.

Begitu juga dengan seorang gadis heart broken yang aku jumpa sebelum dating ke Miri ni. Setelah puas bercerita segala kekesalan yang diharungi bersama bekas kekasih, masih ada sekelumit lagi yang si gadis masih tidak ketahui mengenai bekas kekasihnya.  

Bagi aku cukuplah apa yang aku tahu, aku simpan sendiri. Masuk kanan, keluar kiri. Kalau ingat, ingatlah. Kalau tak, tak luak pun duit gaji aku kan? Hahaha.

Bila orang memberitahu kita rahsianya, maksudnya dia percaya pada kita. Terpulanglah kepada kita samaada mahu berasa gembira/bangga  atau sebaliknya dengan kepercayaan yang diberikan.

Signing off,
theblabber.

theblabber: Psssst2, aku nak bagitahu rahsia. Jangan beritahu orang lain ya. Aku nak niaga kek lapis Sarawak lah nanti. Now go tell everybody about this rahsia!! Hahaha.