20100818

# Dua Dua

Unsung Hero.
Minggu depan, inshaAllah at this very moment, aku akan habis master ni, Alhamdulilah, rasa macam baru semalam datang Edinburgh ni. Balik Malaysia nanti, macam-macam aku nak buat (dan makan). And of the things yang aku nak buat ialah jumpa makcik-makcik yang aku pernah baik masa dulu-dulu. (aku pernah citer dulu kat sini, sebelum blog ni didilit kejap)


High school.

Masa ni baik dengan sorang makcik cafe. Kitaorang panggil makcik cafe ni Darling. Darling ni baik dengan aku dan 2-3 orang lain. Apa yang aku ingat, aku pernah fly untuk ke rumah Darling sebab dia masakkan lunch satu weekend ni. Masa pergi rumah Darling, rasa insaf gila. Kalau kita merungut-rungut rumah kita kecik, rumah Darling pakai tampal-tampal kayu je.
Darling masa ni tengah dalam proses nak cerai dengan laki dia. Bayangkan budak lelaki macho (aku ler tu) umor 16 tahun jadi 'telinga' kisah rumah tangga makcik umor dekat 50 tahun.

Darling juga sangat appreciate apa-apa yang aku bagi.Bayangkan, lepas hari sukan, aku petik bunga maggar sehelai p bagi kat dia, Darling boleh simpan bawa balik. Terharu aku!! Aku pernah refuse bila Darling nak ambil gambar sama-sama, sampai Darling cakap 'eleh, macam la orang nak mandremkan dia'.huhu. Malas masa tu nak beriya.

Hubungan dengan Darling berterusan sampai masuk matrik. Anak dia rajin bagi kad raya (Darling buta huruf, so anak dia yang tuliskan), called tanya khabar sampai to one extent aku rasa rimas. Dan aku pun tatau since when kami lost contact. Masa tu aku rasa I need my own space, kot.

Uni-life.
Masa masuk uni lak, aku suka makan ikan bakar kat satu restoren ni. Nak dijadikan citer, entah camne boleh ter'rapat' dengan makcik yang keje potong ikan kat situ. Makcik ni bahasakan diri dia 'Mak'. Mak ni orang jawa, kebetulan kawan aku pun jawa so dari situlah kot kitaorang getting closer dengan Mak.
Satu hari, masa Mak dah nak benti keje, dia suruh datang restoren tu, dia nak jumpa nak bagi kuih raya. Tapi kami tak pergi. Tak pergi sebab auntie kawan aku tu pesan- jangan baik sangat dengan orang, nanti terhutang budi. Huhu

Tapi, aku rasa ralat gila bila kawan Mak tanya kami time kitaorang datang buka puasa kat situ days later 'awat hangpa tak mai? Sian Mak dia bawak kuih raya untuk hangpa. Dia bukan keja lagi sini'(sila baca dengan nada sorang pondan). Huhu

Balik ni, kalau panjang umur, aku nak jumpa Darling. Nak minta maaf sebab tak contact dia. Nak ajak Darling amek gambar banyak-banyak. Dan inshaAllah, ada rezeki nak p utara jumpa Mak nak mintak maaf sebab terburuk sangka (ni semua gara-gara terpengaruh kata-kata auntie kawan aku la ni). Nak bagi Mak kueh raya banyak-banyak.

Darling and Mak, you two are really my Unsung Hero(es) (or Heroin(s), appropriately).

What I learned from this life experience is -appreciate those who appreciates you. Because these people treat you like you are really matter.

theblabber: Oh, aku pernah bawa parents aku jumpa Mak masa kami having dinner time datang konvo dulu, and bertambah terharu bila Mak bitau parents aku 'bagus theblabber ni, pandai bawa diri tempat orang'. Ma, abah, I hope you proud upon hear that. Haha

18 comments:

meriahceria said...

umph..maybe masa tuh muda sangat tak..likes my maklang said..cewah...orang selalu konfius dan keliru, BUT when ur gettin olders, ur will be more calmer...cewah..umph...for me, sejak makin tua nih(muda ni lagi hahaha)..ada benar nye lar...peace...

Nurul Binti Ibunya said...

eee..
cepatnya.
rasa mcm baru je baca entri auto post ala-ala drama masa kamu baru nak jejak ke edin dulu.
btw, gudluck!

whne would be my turn ea?

Hazelsyd said...

hi john,

i agree with you, appreciate those who appreciates you..while we still have the chance (if i may add)...i am indeed now learning to appreciate people who appreciates me too..

neway, all da best yea!

indahhouse said...

Salam ramadhan the blabber.
:) salam perkenalan. Akak tergerak hati nak komen boleh?
bab baik ngan makcik2 akak salute, sebab the blabber pandai amik hati orang tua. Tentu mak ayah mentua nanti sayang.

Tapi bab dengar masalah rumahtangga, janganlah.. itu pesan kak. sedara akak penah terkena. budak lagi, dok politeknik. situasi macam the blabber juga. tapi dia tak pandai elak macam blabber. Kawan2nya yg repot mak dia. maknya paksa dia berenti poli, sbb makcik tu slalu kacau dia. huhu....
Itu jerla, pesan kak. rasanya blabber dah matang dalam hal ni.
Maaf ya akak tercakap. harap blabber tak amik ati. salam kenal. :)

theblabber said...

indah..
yup yup!! agreed. experience that money cant buy.

anne..
inshaAllah awal Oct, kot. lama dah rasanya duduk sini. haha

hazel..
as to them, we are really matter. saya pun selalu je ter'appreciate' salah orang and end up kuciwe. haha

indah..
kak, thats one of the reason why saya macam need my own space kot. lupa nk citer, mak kawan saya siap tepon Darling tu pesan jgn close sgt dgn anak dia.
p/s: eh takde la nak marah. nak marah apa nya.

salam kenal juga :)

cik markonah said...

sweet kot budak lelaki (time muda remaja laaa) baik dengan makcik makcik...payah nak jumpa..

DrNotts said...

tahniah habis master. am proud of you, miezi! bila balik malaysia? jadi tak singgah tengok auntie di ireland ni.

nurmisnan said...

salam Blabber..
ur story lebih kurang sama le dgn story aku
masa umur 13 - 16 ada seorang makcik pembantu kantin sekolah selalu cerita
kisah suka duka dia.. trutama
bab suami dia yang tidak endah
masalah anak2..

kasihan sungguh. berkaca mata dengar dan masa tuh
aku nak hulur cuma ada 10 hinggit
je kat poket.
nak tak nak aku sedekah juga
5 hinggit..

till now aku tak tahu makcik tuh duduk mana skrg.. wish dapat jumpa dan bantu dia.. =(

Shahada Fauzi said...

erk..sedikit terasa..hehe..sdg mengalami perasaan rimas bila mak angkat asyik kol/sms selalu..huhu..kena mintak maaf ni..

mekaseh mengingatkn..betul tu..kita kena appreciate org yg appreciate kita..

theblabber said...

markonah..
ahha.orang buat baik, kita balas la baik juga. hehe

auntie nott..
auntie!! i wud love to go there, buka puasa, raya semua. tp nnt la tgk camne eh. anyways auntie, thanks!! tak sangka dah dekat setahun kita kenal kat 'sini',jumpa je belum lagi.

Hv a good puasa there. heard 18 jam juga? haha

nur..
aku rasa kadang depa ni perlukan 'telinga' je utk luahkan apa yang terbuku dihati. macam Darling, dia citer hubby dia nak ceraikan dia bila dah dpt duit insurance kemalangan. heh, macam-macam.

the least we can do, dgr je lah :)

ciksha..
jgn reply sms/kol dia time bengang, nnt takot lain lak jadinya. takpe, buat baik, dibalas baik. tak rugi pun ;)

ryann said...

wahh..kejap je dah nak habis belajar. tahniah ye miezi. moga dapat laksanakan apa yang diidam.

en_me said...

nyesall kanns.. ehehe

Dr Singa said...

seminggu je lagi bro....
raya di malaysia??
:)

theblabber said...

ryann..
thanks kak for the doa.

en me..
haha. nyesal sikit2 :)

dr.singa..
tu la doc, sgt tak sabar ni. raya kat sini je, mls nk balik awal2 :D

nabnab said...

salam, tahniah.

kadang kadang kita tak pernah sangka stranger yang kita jumpa dalam hidup kita akan jadi someone yang akhirnya bantu kita. saya pernah melalui pengalaman yang sama :)

btw, minta izin link ke post ini ya.

AZAD said...

john, congratulation dapat juga habiskan master
bangga ada anak melayu macam kamu yang tak berputus asa
anyway, kalau balik malaysia, singgah2 la kat seri kembangan
rasanya u duk kat area situ kan
bleh ngeteh :)

theblabber said...

azad..
inshaallah. utk org2 yg sporting+supportive spt kamu, anytime bebeh!! haha

AiMi D said...

ceh , jeles dah nk habis ...x pa ak habis bln 3 thn dpn, nk dkt jgk tu =p

ak pn dulu2 slalu baik dgn makcik2 kat sekolah2 tp makcik2 jual buah lah , slalu dpt buah free stiap kali jumpa ...wee wee =)

* sgt2 lmbt utk reply to what u post .., but better late than never -kn =p

** selamat sukses