Cuba.
Ada yang tanya, tak menyesal ke delete entry dulu-dulu. Ada yang hantar email tanya kenapa. Entahlah, mula-mula memang tak menyesal, sebab bagi aku life moves on. Takde guna nak toleh belakang.
Tapi rasa menyesal tu datang bila ada yang cakap "saya suka entry tu", which kadang aku sendiri tak ingat yang aku pernah tulis pasal tu. Rasa bangga pun ada gak bila ada pembaca yang email aku citer masalah peribadi. Ada yang email cakap jadi silent reader aku etc.
Aku menulis dulu-dulu saja suka-suka. Melempiaskan apa yang aku rasa. Daripada blog ini aku jumpa ramai kawan, dan kat sini juga aku hilang setengah kawan. *tsk tsk.
Kadang-kadang aku rasa macam hipokrit, bila selalu cuba (bukan lagu Faizal Tahir) nak kelihatan positif atas apa yang aku tulis. Ye, aku cuba, sehabis daya. Tapi ada kalanya aku tewas juga. Kadang-kadang apa yang aku cuba tu sangat menghampakan especially bila time aku rasa lost and betul betul in need of absolute guidance, aku taktau nak cari siapa. Loser gila rasanya.Fadzilah Kamsah yang selalu nampak ceria dan bagi nasihat tu pun tipulah kan kalau takde masalah.
Rasa hipokrit juga bila kadang kadang aku rasa tak layak nak cakap begini, nak nasihat orang camtu, nak "kelihatan" bagus, walhal diri sendiri pun serba kekurangan. A weak being, that's that!!
Jadi, sempena Ramadhan yang mulia ni, mari kawan-kawan kita sama-sama cuba memperbaiki mana yang mampu. Jangan harapkan kesempurnaan, sebab itu bukan fitrahnya kita sebagai manusia. Tapi sekurang-kurangnya kita mencuba.
Dan apa yang pasti, Tuhan tak pernah lupakan kita.
Selamat berpuasa, semua!! (bunyi cenggerik dan unggas tiba-tiba. Haha)
theblabber: Berpuasa ketika summer adalah satu pengalaman money can't buy. 19 jam, tell you!!
10 comments:
hi john,
betul tu sekurang2nya mencuba...time rasa positif..feel it, inhale it wholeheartedly..time rasa tak baper nak positif, kasi hantammm jugaa laaa heheheheh
apa2 pon, all da best!
berbuka free dimasjid...
makan sedulang dengan mak2 arab...
pun best....
Woww..19 jam!! selamat mengharunginya.... salam ramadhan al-mubarak dari Malaysia..eceh..
itu la miezi..aku pun rasa banyak entry2 terdahulu tu best...tapi takpe la. Yang dah pergi tu biarkan pergi. Pandang hadapan, baru ada kemajuan..ke camne? hehe
19 hour?
Selamat berpuasa dr kami untuk anda sekeluarga..semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna..
selamat berpuasa...
saya suke semu entry encik sebelum encik ke Edinburgh
haih. patot la dah tak boleh bukak blog baruitunew.
selamat berpuasa to all.
tengs semua!! terharu ni *sob sob*
selamat puasa juga ;)
i can relate this to myself..
haha!
i glad u can:)
Post a Comment