20101021

Tipu dan sunat.

Tipu sunat sinonim dikaitkan dalam usaha untuk 'menyelamatkan diri' daripada rasa rimas, terkantoi, malu atau dihukum salah. Hukum tipu sunat, tidak la aku tahu. Siapa-siapa yang rajin mungkin boleh buat kajian akan hukum tipu sunat ni dalam Islam.

Dalam hidup siapa-siapa pun dalam dunia ni, aku sure pernah menipu sunat as in nak lepaskan diri daripada mana-mana bentuk 'hukuman'. Dan kebiasaannya, alasan-alasan tipu sunat ini sangat lah absurd dan kadangkala dalam berusaha nak menipu tu, terkantoi juga (yang mana akhirnya menampakkan ketidakpandaian mereka dalam menipu)

Panjang mukadimah aku kan?

Contoh tipu sunat yang mudah ialah seorang lelaki A menipu kepada lelaki B lain (yang merupakan suami kepada marka lelaki A) dengan mengatakan dirinya gay bila lelaki B mengetahui isterinya bermain kayu tiga. Si lelaki A terpaksa confess sedemikian demi mengelak dibelasah teruk oleh lelaki B. (kalau lelaki A benar-benar gay, wallahualam la kan).

Baru-baru, aku pun ada menipu sunat. Rasa bersalah, sebab bagi aku hidup ni perlu jujur dalam setiap perkara. Namun atas sebab malas nak layan (atau mungkin penat ketika itu), aku telah menipu dengan harapan yang ditipu itu percaya. Oh, tujuan menipu juga adalah supaya si kena tipu tidak berasa kecil hati. Bijak bukan aku?

Bagi aku, cara terbaik daripada mendowngradkan diri dengan menipu sunat ini ialah berdiam diri. Silent is gold, kata orang kampung Mak aku. Tapi diam diri pun biarlah berpada, kerana personally bagi aku, diam diri ini bukanlah 100% kelihatan wise, kerana silap gaya 'bodoh' pula nampak consequencenya.

Betul jujur itu perlu ada dalam setiap apa yang kita buat, tapi aku rasa tipu sunat itu tidak lah sejahat menipu diri sendiri, kan?

Remember, matsalleh ada cakap 'it's not a lie if you believe it'.

theblabber: Can not imagine budak-budak laki dulu sunat cara kampung.. Seriau cheq!

5 comments:

LiFe KaMi said...

tipu untuk perkara kebaikkan masih boleh diterima cuma jika tipu yg mndatangkn keburukn pada org lain mmg tk dapat dimaafkan..

Shila said...

contoh situasi menipu tu mcm xberapa lgkap je ayat...ade tertinggal "gay" ke??

theblabber said...

haha.dah repair. tengs.

Unknown said...

tipu nie blh kot..tapi jgn hidup dgn tipu sudah ler

en_me said...

tipu kanns.. uhuhu