20101126

Mencari kesempurnaan.

Satu.
Mek Selamah, 26 tahun seorang lulusan SRP yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik di Manjung. Memiliki paras rupa yang cantik, sudah 3-4 orang pakwe Mek Selamah tukar dan ganti. Pakwe nombor satu walaupun lulusan luarnegara direject kerana pendek katanya. Yang kedua pula, tak berapa nak kaya. Ketiga pula kurang handsome walaupun kaya. Yang ke-empat dan terbaru, tidak kaya walaupun handsome bergaya.

Dua.
Wak Rembo, 58 tahun ingin menunaikan solat dhuha. Namun niat murninya itu terbantut bila dia teringatkan kata-kata ustaz di masjid malam kelmarin -"Allah tak terima amalan sunat kalau yang wajib kita tinggalkan". Mengenangkan Wak Rembo ada tertinggalkan solat subuh pagi semalam, cepat-cepat dia gulung semula sejadah dan terus sambung tidur.

Tiga.
Tajuddin, 39 tahun seorang jurutera projek yang diamanahkan untuk menyiapkan satu progress report (apa ek progress report dalam bahasa melayu?) esok. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5 pagi, namun report yang sudah siap itu masih belum berada di tahap "kepuasan" hati Tajuddin. Ada saja salah yang dia jumpa dalam report tersebut. Waima kesalahan tatabahasa pun dia sanggup memperbaik kesalahan tersebut. Sudahnya, kerana being meticulous, report itu gagal disiapkan pada waktu ditetapkan, iaitu 5.30pagi.

Soalan aku yang agak mudah- Apa masalah yang membelenggu ketiga-tiga case study di atas? Ya, mereka terlalu perfectionist.

Hanya kerana Mek Selamah merasakan dirinya cantik, dia terlupa akan menilai kekurangan dirinya. Mahu yang handsome, kaya dan berpendidikan tinggi, tanpa mengetahui dirinya biasa-biasa saja (selain paras rupa yang agak menawan).

Kerana terlalu mengenangkan dosa-dosa lampau akibat tertinggal amalan wajib, niat Wak Rembo untuk bersedekah, membaca al-Quran, dan memperbanyak amalan sunat tidak dilakukan kerana beliau was-was amalan itu akan diterima atau tidak oleh Allah S.W.T.

Kerana terlalu meticulous juga detail, haram kerja Tajuddin langsung tidak dihantar. Elok saja mahu aim for perfection, maki hamun pula yang dia dapat.

Betul orang kata practice makes perfect, tapi yakinlah tiada yang bersifat sempurna melainkan Allah yang Kamil. Jangan kerana terlalu menilai kekurangan orang lain, kita terlupa kekurangan diri sendiri. Jangan kerana terlalu meremehkan sesuatu yang mudah, kita menjadi terlalu judgemental. Jangan sebab mahu sentiasa kelihatan hebat, cool kita terlupa bahawa manusia dilahirkan dengan limit yang tersendiri.
Kerana mahukan Mr.Perfect, Mek Selamah sudahnya menjadi anak dara lanjut usia. Dek kerana terlalu risau amalannya tidak diterima Tuhan, semakin was-was Wak Rembo mahu melakukan amalan pahala yang lain dan dek kerana terlalu mahukan pujian dari pihak atasan, kutukan dan kejian pula yang diterima Tajuddin.

Berhentilah menjadi Mek Selamah, Wak Rembo mahupun Tajuddin. Bukan lah tidak boleh target untuk sesuatu yang perfect, takot in the end nanti kita akan end up dengan frustration. Bagus untuk meletakkan satu sasaran dalam hidup, tapi biarlah realistik. Dan yang lebih penting, sedar ruang. Jadilah realistik, itu jauh lebih mudah. Sesekali berpijak lah di bumi nyata.

Cubalah cari di mana kesempurnaan tu berada.

Sampai mati kau takkan jumpa.

theblabber: Buat apa yang aku rasakan betul dan mampu, selagi tidak menyusahkan orang lain.

10 comments:

kakchik@ella said...

Agree.

+d.O.Y.A.h+ said...

mantablah :)

kirei girl said...

input yang menarik...=) bole sy link kn entry dlm entry blog sy x?

Hazelsyd said...

miezi,

this is one very good entry!!

theblabber. said...

boleh takde masalah :)

thank you. sharing my 2 cent saja.

Maya Ariffin said...

ahh.. sempurna tu cuma ilusi fikiran je. Kalau sempurna tu wujud dlm satu jasad makhluk.. takde nye Allah jadikan 2 makhluk berbeza dari spesis yang sama, yang dinamakan lelaki dan perempuan, jantan dan betina.

Hanya Allah je yang sempurna.. oh! tersedar diri aku sekejap.

kin said...

May Allah get us out of the darkness of ignorance and illusion to the lights of knowledge and from the mud of lusts to the paradise of good deeds. Amin.

missSenget said...

progress repot = laporan kemajuan~

kot...

agaga...

aku ain said...

super duper like! :)

Ann said...

mcm pakar motivasi..thanks...smg aku bukan mcm tu