Anda seorang yang ketiak becak? Seringkali malu bila melihat ketiak baju anda basah dan rakan-rakan seringkali menjauhkan diri kerana masalah yang anda hadapi?
Amacam introduksi kat atas tu? Agak-agak boleh jual tak produk deodorant MLM? Hahaha.
Well, adalah satu petang Ahad ni, aku tengah tukar-tukar channel tv, terbuka rtm1 ada satu program yang ala-ala melodi ni where the host seorang lelaki berketiak becak giler sedang yakin mengacarakan rancangan tersebut. For god sake kan, tak kan lah takde yang berani nak tegur mamat tu?
Sebenarnya, masalah ketiak becak ni takde kena mengena dengan deoderant. Pakailah deoderant mahal macam mana sekali pun, becak tetap becak.
Jangan risau sebenarnya. Kepada mereka diluar sana, ada penyelesain mudah untuk masalah anda. Apa yang anda perlukan ialah sehelai inner untuk dipakai bersama tshirt atau kemeja. Jimat dan mudah, bukan?
Pemakaian inner secara tidak langsung, dapat mengelak peluh di ketiak dari terus membasahi baju yang seterusnya membuatkan anda kelihatan seperti kurang hygiene.
Bukan tak mampu beli baju dalam, tapi I lagi selesa orang tahu ketiak I becak. Bukan semua orang memiliki kelebihan seperti ini. Gambar from mediamalaya.
Aku pula memakai inner sebab aku mahu kelihatan sedikit berisi disamping tampil yakin dengan tiadanya masalah ketiak becak yang agak memalukan.
Bagaimana pula untuk mereka yang bermasalah ketiak sebegini ek? Dayang perlu dapatkan deodorant whitening Rexona mungkin.Gambar dari beautifulnara.
Ye, yakin itu perlu tapi biarlah bertempat. Muka hensem, suara sedap tapi nampak "selekeh" pun tak guna gak, ye tak?
Objektif apakah tiba-tiba cerita pasal ketiak ni ek?
Suka hati aku la, blog aku.
Haha.
theblabber: Teringat zaman sekolah dulu letak deoderant kat baju sebab nak bagi wangi. Kurang berkemampuan nak beli minyak wangi dulu.
8 comments:
ketiak becak vs ketiak karat..mane lagi hebat??kah3..
*ketibas* haha :))
dari mengantuk..terus segar mata saya selepas membaca kisah ketiak ini
omaigosh.. aku pon letak deodoren kat baju.. konon paling wangi la ketika itu.... muahahaa gimme 5~
and yet ada orang boleh kata yang depa tergila-gilakan Jehan Miskin.
what the ???
Selamat Menyambut Aidiladha!!!~ ^_^
hurrmmmm.....(-____-)
*sambil ganyang ketiak dengan serai*
entry yg lucu tp berisi. mungkin boleh buat entry pasal ketiak berbulu pula.lelaki vs wanita. ade sesetengah lelaki dikatakan 'turn on' melihat wanita yg berbulu ketiak. apa komen anda?
Post a Comment