20101204

Kenapa sesetengah orang sukar jadi pemaaf?

Aku mesej kawan. Tanya khabar. Tanya bila nak nikah. Kata nak suruh aku jadi pengapit.

Senyap.

Memang dah agak. Aku memang tak berharap apa-apa reply.

Susah mungkin bagi sesetengah orang nak jadi pemaaf.

Kakak hot tapi pandai bagi ceramah agama ni cepat-cepat suruh aku gugel mengenai pahala merendahkan diri di sisi Allah bila aku tanya kenapa sesetengah orang sukar memaafkan dan why the hell lah kadang2 aku yang tak bersalah yang kena pergi minta maaf. (wow, ilmiah sungguh perbincangan kami!! Sila kagum)

Terus aku jumpa ayat ni;
“(Orang-orang yang bertakwa yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang, maupun sempit, dan orang-orang yang (selalu) menahan amarahnya, serta (mudah) memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Qs. Ali 'Imran: 134).

Tak salah kan, sesekali merendahkan ego sesama kita.

After all, kau,aku, dia, kita semua sama je di sisi Dia.

theblabber: Aku tak pernah penat jadi terhegeh. Pathetic kan?

8 comments:

Chooyaya! said...

assalamualaikum... bagus dik, merendah2 kan diri sesama manusia mulia martabatnya disisi Allah... Manusia tak layak judge manusia. Allah jerk yang layak. Tu pasal aku tak suka nak judge orang. *macam bagus. Padahal???

P/s; baik selalu.. jahat? kadang2 pon ada. haha.

theblabber said...

tiba-tiba panggil adik lah kan?

haha

Maya Ariffin said...

Aku pulak dah terlampau letih terhegeh2.. errkkk...
Memaafkan tu mudah, tapi melupakan tu susah.

Chooyaya! said...

haha, bangang kan? eh, seliyes siket boleh tak? ni isu serius ni. dah. aku nak tido. babai.

doyah said...

aha, betol tuh. bila kita yang tak bersalah ni mtak maaf, pyahnye nak maafkan. uhmm =.=''

shima said...

kgd2 sukar untuk memaafkan orang sebab ape yg dilakukan tuh susah nak diterima.like orang baik ngan dia,tapi dia buat taik ngan kite.makan masa untuk maafkan jugak.:)

Ann said...

sukar nk jd pemaaf, bila kali ptama, kali kedua..mmpu lagi..tp kalo dh byk kali, hati pun jd kering...

Anonymous said...

aku tak pernah marah orang. jadi agak selalu jadi bahan di marah la, kdg2 memang salah aku,dan kdg2 bukan salah aku. jadi yg salah aku mmg la aku minta maaf, yg bukan salah aku, aku jugak minta maaf,pastu siap maafkan dalam hati lagi..habis tu.macam mane tu?