20110123

10 pemikiran tipikal dunia kelas ketiga orang kita.

1) Suka bertanya pada benda yang dah jelas tahu jawapannya. Contohnya bertanyakan sesorang yang tengah memasak apa yang sedang dilakukannya- takde common sense.

2) Sebut perkataan babi dianggap mencarut, tapi tidak bila menyebut anjing. Oh, perkataan tetek juga may sound offensive to some eventho benda tu bukan aurat pada lelaki pun. Kalau offended, makanya eloklah lepas ni tukar ayat seperti ini - Auderyah sedang memayudarakan anak kecilnya yang merengek kelaparan.

3) Kalau dihidangkan makanan (misalnya 10 biji karipap), mesti ditinggalkan sebiji karipap. Dengan alasan segan mahu menghabiskan kesemua karipap tu sehingga diberitahu tuan rumah "eh,habiskan lah, jangan segan-segan".

4) Kebanyakan ibu bapa (termasuk Perempuan Cantik dan Lelaki Macho sikit2) akan menggalakkan anak2 untuk bekerja dengan government. Terjamin sikit-kata mereka. DAN kebanyakannya menganggap kerjaya doktor, jurutera, peguam itu sesuatu yang "besar", dan merasakan menjadi pelukis, anthropologist, pemuzik itu tidak memberi kehidupan yang terjamin.

5) Solat sunat Aidilfitri bagi kebanyakan orang is a must-do, padahal solat2 fardhu yang lain endah tak endah je.

6) Lelaki yang tidak bermain bola sepak itu kurang jantan. Kalau macam tu, kesian lelaki2 yang duduk Amerika nun. Untuk melengkapkan definisi seorang lelaki, seseorang itu haruslah mendengar lagu2 rock,indie dan lain2.

7) Kurus itu "sihat", dan gemok itu "sakit". Banyak je kot case orang kurus yang sakit dan orang berbadan besar yang bebas dari sebarang penyakit.

8) Beriya2 cerita pasal politik sana sini, tapi bila ditanya samaada dah daftar pengundi atau belum, jawapannya a big BELUM. Woof woofff.

9) Bila orang puji sikit2, akan dijawab "ala, takdelah mahal mana LV I ni. Biasa2 je. Coach you apa kurangnya ".Well sebenarnya orang yang bercakap tu nak suruh orang yang memuji tu puji lebih lagi.

10) Merasakan berkawan dengan seseorang artis atau selebriti tu sesuatu yang membanggakan dan patut diketahui oleh rakan2 yang lain walaupun "artis" itu peserta pertama yang tersingkir dalam mana2 rancangan realitivi tanahair.

11) Orang yang berbahasa inggeris dengan slanga itu adalah hebat, biarpun pengetahuan vocabnya sangat terhad.

Ok lah, terlebih satu point lak. Tadi kata 10 je. Apapun, itulah serba sedikit pasal orang kita, particularly (kebanyakan-bukan semua) orang Melayu. Ada antara yang aku point kat atas tu kita lakukan tanpa sedar pun sebab dah tertanam dalam otak sejak dari kecik lagi. Dan untuk mengubahnya adalah sesuatu yang agak janggal dalam kehidupan seharian.

Ibarat dah biasa sarapan roti canai, tiba2 bertukar makan oat and french toast. Bukan tak sedap, tapi lain "kenyang"nya. Make sense tak contoh aku bagi ni? Haha.

Oklah, pen off. See you,when I see you. Choww.

16 comments:

Anisa Hang Tuah said...

saye gune brand paso malam jeee
tak pun paso siam
maklumlah duduk kat sempadan thailand

hehee

A E D A said...

point 3 : kalau perempuan suka berebut the last piece sbb akan ade org ckp " cepat sape makan dpt suami soleh". haha itu tipikal jugak :P

Afyy :) said...

Hahahah cool gila!

Dewi Batrishya said...

Interesting motion..
aku bley relate.
Nice review & observation.

Askrie Hishamuddin said...

sangat-sangat SETUJU dengan kesua point yang diberikan!

EZATUL HANI said...

wow, aku suka!
thumbs up lah

Namz said...

Iya la. 100% benar. Tapi 11 faktor ini baru mencuit permukaan aja.

Kalau betul nak di senaraikankan, ayo, karut jadinya. Satni bergadoh pulak.

So saja nak tambah satu lagi:-

12) Bila lama tak berjumpa, soalan pertama yang keluar dari mulut ialah:-
i)"Dah kawin?"
ii)"Berapa anak"

Kenapalah sibuks sangat pasal status seseorang itu? Kan lebih molek, kalau soalan pertama tu bertanyakan khabar dulu? Apa kurangkah nilai persahabatan seandainya seseorang itu tak bernikah lagi?

Anyway bro, you are right ~ typical third class world mentality. Sedih!

Grow up already!

Kap said...

1Lagi, selalu anggap sepatutnya 1Juta yang mereka dapat dari kerajaan mesti disertai dengan undian di masa hadapan (sebagai tanda bersyukur nikmat Allah). walhal kalau mereka banyak membaca (dan buka pintu hati), sepatutnya mereka layak dapat 20 - 30 juta dan kerajaan yang beri 1Juta itu sangat layak dibakulsampahkan. saya sayang orang kita. peace. ok. tammat.

l.i.f.e said...

tapi jangan lah kecik2 lagi dah aim masuk AF je....nanti budak tak rajin belajar...
*kakak yg dah lama tak jengah*

♥CIK SHA♥ said...

memayudara??ahaha..lawak oh!

theblabber. said...

anisa..
aku pun pakai cap ayam je.

afyy+dewi+askrie..
thank you :)) much appreciated.

aeda..
it's the first i heard that. maybe it's more towards adat atau kepercayaan orang tua2 dulu? wallahualam..

namz..
AND anak dara/anak bujang have to egt married before 30yo, else they'll end up be andalusia or bujang terlajak.

kap..
haha. aku tak pernah terfikir macam tu, maybe sebab aku bukan sucky politician kot.

life..
itu pun critical minded gak. as if semua anak remaja sekarang kena masuk reality show.

ciksha..
terpaksa la cakap camtu, kalau dah offensive sangat. hehe

FARYN said...

hahaahaha..agreeeeeeeeee!!!!!!



no 4 tu yg penting tu...
mak pak kita mmg begitu..
lebih2 gi kalau mereka mmg gomen staff... haishhhh

Alia said...

I'm gonna start using the word "memayudarakan"

Hahahahahahhahahahaha!

theblabber. said...

farynn..
parents aku juga bukan staff gomen, tp tulah :(

alia..
you should!! haha

Putri_Aizat said...

argh...cm aku jek tu...haha...

Zulfikar Hazri said...

ok.. kebanyakan sama dengan ape yg aku pikir kan.. :P