20110215

Jimmy hampa.

Hari tu sangat bosan bagi Jimmy. Entah kenapa ringan tangannya untuk teks Aminah.
"Awak, dinner hari tu still on?"

Diam kejap. 15 miniit lepas tu baru Aminah balas.
"Hey awak, apa khabar? Yup yup, still on".

Makan malam tu paling romantik Jimmy rasa. Jimmy awkward. Mana pernah selama ni dia makan bertemankan cahaya lilin dengan suasana keliling restoran yang agak gelap.
"Awak, awak masih tiada rasa apa-apa lagi macam dulu?"

"Entah lah, awak, it takes some time kot to recuperate. Bagi lah saya masa".Aminah menjawab soalan Jimmy lantas disusuli hela nafas yang panjang. Lepas satu rasa beban yang dipendamnya, mungkin.

"Awak", kata Jimmy sambil memegang tangan Aminah. "Will you marry me?" sambung Jimmy.

"Awak ni kenapa, Jimmy? Gila ke?" marah Aminah seraya melepaskan pegangan tangan Jimmy.
"Dah la, saya nak balik". Terus dicapai handbag dan berlalu pergi daripada pandangan Jimmy. Langsung tak dijamahnya makanan yang dipesan.

"Awak!!"..jerit Jimmy kehampaan.




Ayam berkokok, bunyi alarm handphone Jimmy. Tanda sudah pukul 6.45 pagi. Masa untuk bangun bersolat.

Damn, nasib baik mimpi. Lega Jimmy, kerana romantic candle light dinner tadi tu hanya mimpi. Patutlah drama semacam je. Tak pernah pernah aku romantik macam tu. Jimmy capai handphone untuk matikan alarm juga untuk SMS Aminah. Mengajak Aminah keluar makan tengahari semperna cuti Maulidur Rasul hari ni.

Pagi tu, ketika sarapan, Jimmy terima SMS balas daripada Aminah. Ternyata apa yang ditunggu Jimmy sejak pagi subuh tadi menghampakan.

"Sorry wak, saya kat kampung sekarang. Rain check".

Jimmy terus hampa.

theblabber: Salam Maulidur Rasul, semua.

6 comments:

Chooyaya! said...

dah jom bowl dgn aku.

Askrie Hishamuddin said...

nice short story!!!

sambungan pleaseeee... hehe :)

Kap said...

Aminah, adakah you dipaksa bertunang dengan Mail Boncit budak kampung you tu???
Lekas beritahu, biar I sunatkan dia buat kali kedua.
hahah.

theblabber said...

choyaya..
jimmy cakap segan nk boling dengan makcik cantik, macam choyaya ;)

askrie..
soon, inshaAllah.

kap..
garang sungguh incik kap. haha

afrohead said...

salam maulidur rasul, theblabber.

haidan said...

nasib baik mimpi... haha!